Semalam, pemegang kunci Kaabah iaitu Sheikh Saleh Al-Shaiba telah meninggal dunia. Beliau merupakan keturunan yang ke 109 dari keturunan Uthman Ibn Thalhah RAH yang mana mereka ini telah memegang tampuk memegang kunci Kaabah sejak daripada era Rasulullah SAW lagi.
Baiklah, siapa Uthman Ibn Thalhah ini? Uthman Ibn Thalhah ini merupakan daripada Bani Syaibah yang sememangnya keturunannya memegang amanah untuk menjaga Kunci Kaabah ini. Awalnya pegangan ke atas kunci Kaabah ini bersilih ganti dari keturunan Khuzaah, dan akhirnya jatuh ke tangan Bani Syaibah.
Siapa Bani Syaibah pula ?
Hah ini kita kena telusuri sedikit susur galur bangsa Arab.
Nama sebenar Uthman Bin Thalha adalah Uthman ibn Talha ibn Abdullah ibn Abd al-Uzza ibn Uthman ibn Abd al-Dar. Baik kita dah nampak gambaran. Abd-Daar ini merupakan moyang kepada Uthman Ibn Thalha ini dan beliau merupakan anak kepada Qusay yang juga bersambung dengan silsilah Rasulullah SAW iaitu Abd Manaaf (Muhammad SAW Ibn Abdullah Ibn Abdul Mutallib Ibn Hisyam Ibn Abd Manaaf Ibn Qusay)
Jadi inilah susur galur bagi keluarga Bani Syaibah ini. Pegangan kunci Kaabah ini kemudiannya diteruskan oleh Rasulullah SAW. Hal ini dibuktikan melalui peristiwa Fath Makkah, Rasulullah SAW telah bersabda mafhumnya, bahawa pegangan kunci Kaabah akan terus kekal di bawah pegangan keluarganya Uthman Ibn Thalhah sehinggalah Hari Kiamat kelak.
Dan pegangan ini terus berlangsunglah sehingga kini iaitu pemegang kunci yang ke 109 dari keturunannya Uthman Ibn Thalha ini. Al-Fatihah buatnya. Semoga Allah merahmati usahanya dalam menjaga kemuliaan Bait-Allah Haram.
Oleh : Muqri Nizam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih