Keluarga Imran merupakan sebuah keluarga yang diceritakan dalam Al-Quran. Keluarga Imran ini didalamnya terdapat ramai para nabi dan Rasul antaranya Nabi Yahya AS, Nabi Zakariyya AS, dan Nabi Isa AS serta ibundanya Nabi Isa iaitu Maryam.

Keluarga ini berada di Filistin pada era Raja Herod, pemerintah Judah pada ketika itu. Ayahandanya Maryam, Imran sudah bernazar bahawa jikalau lahirnya anak ini. Maka, anak ini akan diserahkan sepenuhnya kepada jalan Allah.

Takdir Allah menentukan segalanya, Imran telah mendapat anak perempuan. Anak ini dinamai Maryam. Maryam ini juga disebutkan dalam Al-Quran dan diceritakan tentang peribadinya yang sangat mulia. Hal ini diceritakan dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran 35 – 36.

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Maryam kemudiannya diletakkan di Mihrab di sekitar Masjid Al-Aqsa dan diberikan makanan oleh keluarganya, Nabi Zakariya setiap hari dan pintu Mihrabnya berkunci dan Maryam disibukkan dengan ibadah kepada Allah SWT.

Suatu ketika, Maryam telah dianugerahkan dengan kelahiran Nabi Isa AS dan semenjak itulah ujian pertama buat Maryam ini.

Begitu juga ujian untuk keluarganya ini seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS. Nabi Zakaria AS telah dibunuh oleh pemerintah pada ketika itu atas penentangannya dan dakwahnya kepada pemerintah pada ketika itu.

Begitu juga Nabi Yahya AS, yang merupakan anakanda Nabi Zakaria AS juga dibunuh oleh pemerintah pada ketika itu kerana bersama dengan ayahandanya menegakkan dakwah kepada pemerintah pada ketika itu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.