Teknologi tidak boleh dimiliki satu pihak kerana sifatnya berjenis perkongsian. Ambil contoh teknologi kenderaan elektrik. Umumnya, semua pengeluar kereta berhak untuk menceburi bidang ini.

Ia bukan milik mutlak Tesla atau Toyota. Dua syarikat ini juga bukan pencetus teknologi, kerana Robert Anderson mencipta kenderaan elektrik pertama sekitar tahun 1832 hingga 1839 (Woodside, 2007).

Itu kalau bab teknologi kereta. Macam mana pula dengan teknologi lampu mentol? Ciptaannya lebih mudah dan ringkas, untuk dibandingkan dengan sebuah kereta. Apakah syarikat sedunia perlu membayar mana-mana pihak sebagai “ufti paten”?

Sebenarnya mentol nampak ringkas dan mudah kerana kemajuan saintifik tidak terhingga sekarang. Tetapi kalau letak perspektif beberapa ratus tahun lalu, lampu mentol tersangat rumit sebenarnya.

Teknologi ini benar-benar suatu game changer kerana menyalakan cahaya tanpa risiko kebakaran seperti lampu api. Dan rantaiannya masih sama – usahawan ini menyambung legasi usahawan itu.

Pemupukan Pra-Lampu Moden

Orang ramai banyak mengenang jasa Thomas Alva Edison dalam bab lampu. Kenangan ini sedikit pincang, kerana Edison sebenarnya mengkomersialkan teknologi lampu. Kerana Edison sendiri membeli hak paten daripada Henry Woodward dan Mathew Evans yang gagal dalam bab komersialisasi (Oxlade, 2012).

Figura penting dalam pembikinan lampu.

Kalau ingin mengulas semua usahawan yang cuba membuat teknologi lampu, nescaya perlu buat satu buku yang khas. Sangat ramai sebenarnya, seperti Moses Farmer, Jean Robert-Houdin dan John W. Starr. Dalam keramaian ini, hanya model dibuat Edison saja yang benar-benar berkesan atas dua faktor utama (Palermo & McKelvie, 2021):

  1. Bahan penyala yang sangat efisyen.
  2. Pengagihan elektrik dalam bentuk yang mesra ekonomi.

Kerana Edison mempunyai sistem elektrik yang berintegrasi.

Hukum Teknologi Dengan Ekonomi

Ramai usahawan berjaya menyalakan lampu. Tetapi bukan semua dalam kalangan mereka menyalakan lampu dengan kos berpatutan. Humphrey Davy misalnya menyalakan lampu yang sangat terang… tetapi padam dalam masa sekejap.

Humphry Davy

Warren de la Rue pula menggunakan filamen bersumber platinum yang sangat berkesan… masalahnya platinum pula terlalu mahal. William Staite bergantung pada bateri yang kecundang sekali lagi kerana kos.

Joseph Swan menggunakan konsep Davy tetapi tidak bergantung pada sumber platinum. Sebaliknya Swan menggunakan kertas berkarbon yang diletakkan dalam sebuah tiub untuk mengurangkan oksigen, sekali gus melanjutkan jangka hayatnya.

Prototaip Swan terbukti sangat berkesan… tetapi takat prototaip sajalah – apabila tiba masa untuk komersial, Swan gagal.

Thomas Alva Edison mengkaji kegagalan Swan (dan kegagalan Davy) dan sedar silapnya pada filamen. Sistemnya bergantung pada arus, menyalakan lampu dengan stabil dan selamat. Atas faktor paten, Edison terpaksa bekerjasama dengan Swan untuk menjadi pengeluar lampu mentol.

Edison tidak kisah untuk bekerjasama, sampai boleh menjalinkan persepakatan dengan hartawan seperti J.P. Morgan. Beliau juga bekerjasama dengan William Sawyer dan Albon Man.

Hasilnya, Edison benar-benar menyediakan sebuah teknologi yang praktikal. Dan ciptaannya kemudian ditambah baik usahawan-usahawan generasi susulan.

Lewis Latimer membangunkan filamen yang lebih efisyen untuk dibandingkan dengan filamen Edison. Dan ciptaan Latimer kemudian tunduk pada filamen Willis Whitney, yang lampunya lebih terang tanpa membakar kaca mentol.

Rantaian ini berterusan sepanjang masa, kerana William Coolidge kemudian membuat sebuah lampu mentol berfilamen tungsten.

Lampu tungsten relevan sampai hari ini.

 

Edison sebenarnya tahu tentang keberkesanan tungsten, yang malangnya tidak praktikal pada zaman beliau. Jarak antara Coolidge dengan Edison adalah 50 tahun, suatu jurang sangat jauh dalam bab teknologi.

Perlumbaan lampu bertukar lebih sengit daripada individu ke syarikat seperti Phillips misalnya. Dan masing-masing menambah baik teknologi semasa sampailah lampu LED pertama dicipta.

RUJUKAN:

Oxlade, C. (2012). The Light Bulb. Raintree. Halaman 26.

Palermo, E., & McKelvie, C. (2021, November 23). Who invented the lightbulb? Live Science.

Woodside, M. (2007). Thomas A. Edison: The Man Who Lit Up The world. Sterling. Halaman 91.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply