Tidak tenang Facebook selama beberapa hari ini terutamanya sejak pengusiran sebuah bot sarat dengan pelarian Rohingya. Majoriti berpendapat bahawa pengusiran tersebut ialah tindakan yang baik.

Kerana negara ini sudahpun melimpah di ambang krisis kesihatan dan ekonomi. Manakala ada yang mengecam, seolah-olah Malaysia tidak pernah buat apa-apa.

Tetapi segelintir dalam kalangan ini ibaratkan hilang pertimbangan dan menggalakkan kekasaran.

Satu masalah dengan pendekatan kebencian: semua orang dipUkul rata. Entahnya seorang warga Bangladesh yang berhak mencari rezeki di Malaysia pun dihumban sebagai Rohingya juga.

Dan baru-baru ini seorang Rohingya diaibkan di media sosial dengan tuntutan supaya mengucap. Ujaran bahawa “kalau engkau Islam, mengucap” diulang beberapa kali. =

Rohingya tersebut dilihat terkial-kial dan tergagap untuk menjawab.

Dua perkara boleh dikenalpasti hasil daripada kekasaran tersebut:

  1. Rohingya tersebut tidak fasih bahasa Melayu. Seorang Islam yang tahu tentang bilangan solat tentu sekali tahu cara mengucap. Cuma definisi “mengucap” itu yang tidak difahami.
  2. Rohingya tersebut masih bertatih di jalan Islam. Terdapat satu bahagian yang dia tidak mampu menjawab tentang raka’at solat Isyak (yang mungkin berlaku kerana tidak faham bahasa Melayu).

Walau apa pun, disini perlu diketengahkan bahawa undang-undang negara memanglah suci kerana diasaskan pada jalan keadilan.

Sesiapa yang melanggar undang-undang mestilah dihvkum, tidak kira warganegara atau pelarian. Dan para pelarian perlu dikoordinasi semula supaya tidak mengambil peluang pekerjaan warga tempatan.

Tetapi sangatlah z4lim dan k3ji jika ada yang bersetuju dengan tindakan diambil terhadap Rohingya dalam video.

Banyak soalan boleh diajukan.

  1. Siapa yang harus mengucap? Dalam video dengan jelas Rohingya tersebut masih tenang dan tidak menangis pun. Dia cuba menjawab walaupun tidak mampu. Tetapi individu yang bertanya tanpa henti menggunakan suara begitu kasar.
  1. Apa masalah sebenar? Jika Rohingya tersebut melanggari Perintah Kawalan Pergerakan, sepatutnya nombor UNHCRnya diambil untuk rujukan lanjut bersama pihak polis. Tidak lebih dari itu.
  1. Perlukah melenting? Disini jelas bahawa kebencian sosial telah meruncingkan sampai seorang hamba Allah tidak bersalah diaibkan sedemikian rupa. Boleh saja tanya elok-elok, tetapi ingin dimalukan juga.
  2. Apakah implikasinya? Inilah kebarangkalian yang paling menakutkan. Rasanya semua boleh fikir sendiri.

Tidak Lagi Bersinar Sebagai Lembah Selamat

Malaysia tidak minta kedatangan Rohingnya. Tetapi suratan takdir memastikan negara ini menggalas krisis kemanusiaan ini. Satu masa dahulu Malcolm Turnbull pernah memuji bahawa dunia sedang mencemburui dasar pelarian Australia (Karp, 2017). Hakikatnya Australia bergelumangan dengan kritikan tentang layanan buruk terhadap pelarian (HRLC, 2017).

Canada merupakan pejvang yang melondehkan pekung Australia. Bermula dengan Perdana Menteri Joe Clark, sebuah organisasi bernama Pusat Pluralisme Global (Canada) mendedahkan bahawa Australia mengamalkan “dasar tidak berperikemanusiaan” dan “retorik bertoksik” terhadap pelarian.

Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri telah menegur Australia berkali-kali supaya ubah pendekatan (Doherty & Hurst, 2015).

Ramai etnik Nauru yang dikurung begitu lama, sekaligus mencetuskan tanda tanya tentang nilai kemanusiaan di mata Australia. Dan inilah dasar bagi Turnbull “dicemburui dunia”.

Apa yang boleh dipelajari di sini ialah titik hitam layanan buruk terhadap pelarian kekal selamanya. Langit tidak sentiasa cerah.

Apabila hari mula kelam, silap haribulan “bangsa bersih” pun terpaksa melarikan diri.

Sementara Malaysia terjamin bebas daripada k0nflik besar, perlu diketahui bahawa seluruh dunia sedang tewas dalam pep3r4ngan kerana perubahan iklim.

Takkan perlu satu banjir besar untuk kita sedar siapa diri kita? Ini bukan sebab dasar negara tentang Rohingnya. Ini sudah kebencian individu sampai orang tidak berkenaan dipaksa bersyahadah.

Jika 1,000 orang membenci sebegitu rupa, berapa lama sebelum kebencian bertukar serius?

RUJUKAN:

Doherty, B., & Hurst, D. (2015, March 10). UN accuses Australia of systematically violating (ditapiskan) convention. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/australia-news/2015/mar/09/un-reports-australias-immigration-detention-breaches-torture-convention

HRLC. (2017, October 4). Australian lawyer wins prestigious international human rights award. Retrieved from https://www.hrlc.org.au/news/2017/10/3/australian-lawyer-wins-prestigious-international-human-rights-award

Karp, P. (2017, January 30). Malcolm Turnbull refuses to denounce Trump’s travel ban. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/australia-news/2017/jan/30/malcolm-turnbull-refuses-to-denounce-trumps-travel-ban


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.