Sejak kemunculan 4G, dunia dikatakan sudah bersedia untuk mencipta teknologi komunikasi yang baru iaitu 5G. Teknologi baru ini direka untuk menghubungkan manusia dengan hampir semua objek dan peranti.
Senang cerita, kehadiran 5G akan memudahkan kerja kita untuk mengawal segalanya melalui internet of things (IOT).
Nampak macam tak logik sampai ada yang cakap 5G merupakan rancangan dajjal dan freemason untuk mengawal populasi manusia. Betul ke begitu dan persoalannya siapakah pencipta sebenar 5G?
Istilah 5G muncul buat pertama kali pada 2016 apabila Michael Lemke melakukan penyelidikan berkenaan teknologi komunikasi di Universiti Teknologi Dresden. Di situ, kerajaan Jerman telah menyediakan segala-galanya bagi merealisasikan penciptaan 5G yang dikatakan 20 kali lebih laju berbanding 4G.
Masalahnya ramai yang skeptikal dengan usaha beliau untuk membawa dunia kepada 5G kerana banyak tempat di dunia masih sukar untuk menerima akses hatta 3G sekalipun
Berbekalkan 60 orang profesor termasuk 600 pekerja di 5G Lab Germany, Universiti Teknologi Dresden, Jerman berharap mereka mampu menjadi pemula kepada 5G.
Tidak mahu ketinggalan jauh ke belakang, beberapa kuasa besar dunia seperti Amerikat Syarikat, Korea Selatan, China dan Jepun mula membangunkan teknologi 5G mereka sendiri. Malah gergasi lembah silikon iaitu Google turut mengambil bahagian dalam perlumbaan ini dengan memperkenalkan versi 5G mereka sendiri iaitu SkyBender.
Walau bagaimanapun, Verizon mendakwa mereka adalah pencetus kepada 5G kerana telah memperkenalkan G Technology Forum (5GTF) dengan kerjasama Ericsson, Qualcomm, Intel dan Samsung pada tahun 2015.
Semua percubaan mereka untuk membangunkan 5G mengalami banyak kegagalan sehinggalah menuju tahun 2019. Ketika itu, Verizon menjadi yang pertama melancarkan 5G melalui perkhidmatan mudah alih di Chicago dan Minneapolis.
Namun secara tiba-tiba Korea melalui SK Telecom dan KT Corp menyatakan bahawasanya mereka berjaya menewaskan USA dan China dalam perlumbaan 5G. Pihak Verizon menyangkal kenyataan itu dan mengatakan rangkaian 5G mereka sudah tersedia dalam telefon pintar biarpun hanya untuk dua bandar sahaja.
Selepas itu, Verizon mula meluaskan akses 5G mereka kepada 12 bandar di Amerika Syarikat. Hal ini sekaligus menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara pertama yang menerima pancaran 5G dengan lebih besar.
Tak lama kemudian, Huawei mula menjadi pemain utama 5G sehingga menggusarkan Amerika Syarikat.
Hari ini kita dapat melihat semakin banyak negara memiliki akses kepada 5G. Perkara paling mengejutkan adalah hampir kesemua tempat di Thailand memiliki akses 5G. Manakala negara kita hanya beberapa lokasi sahaja ada 5G dan masih dalam transisi untuk beralih kepada 4G sepenuhnya.
Jadi adakah kita perlu masa yang agak lama untuk berintegrasi kepada 5G? Tiada jawapannya yang konkrit.
Kesimpulannya, 5G bukanlah konspirasi freemason untuk kita semua semakin lalai tetapi teknologi ini dicipta untuk membantu kita memudahkan urusan seharian.
Malah, teknologi 5G yang sebahagian kita nikmati hari ini adalah berasal daripada persaingan syarikat dan kuasa-kuasa besar. Inilah baiknya persaingan kerana akan melahirkan produk terbaik diantara yang terbaik.
Ingat, jangan sampai jadikan persaingan itu suatu unsur yang negatif sehingga sanggup menjatuhkan lawan dengan taktik kotor. Bayangkan jika Jerman menghalang Amerika Syarikat membangunkan 5G, pasti kita agak lambat untuk mencapai kemajuan teknologi komunikasi.
RUJUKAN:
Li, Kenneth & Park Ju-min. (2019, April 5). Who was first to launch 5G? Depends who you ask. Reuters. Dipetik daripada https://www.reuters.com/article/us-telecoms-5g-idUSKCN1RH1V1
Verizon. (2019, Jun 12). When was 5G introduced? Dipetik daripada https://www.verizon.com/about/our-company/5g/when-was-5g-introduced
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih