Pada Ogos tahun ini, NASA merancang untuk menghantar prob ke sebuah asteroid yang diberi nama 16 Psyche. Dengan menghantar prob, ia diharap dapat mengesahkan bahawa asteroid tersebut kaya dengan bahan mineral seperti besi, emas dan nikel. Sekiranya ya, ini bermakna asteroid tersebut bernilai AS$10 quintilion – jauh melebihi nilai ekonomi hari ini.

16 Psyche pertama kali ditemui oleh ahli astronomi Itali, Annibale de Gasparis pada 1852. Ia dipercayai teras planetesimal yang telah pecah – bahan binaan untuk pembentukan sesebuah planet. 16 Psyche turut dipanggil sebagai asteroid jenis-M berikutan lambakan deposit berharga. Diameter asteroid ini ialah 225 km dan mempunyai tempoh orbital selama lima tahun. Bagaimanapun, ia berjaya melengkapkan pusingannya setiap empat jam – ini menunjukkan waktu siang di Psyche pendek.

Sekiranya Psyche disahkan sebagai planetesimal, ia merupakan berita baik kepada komuniti astronomi. Ini kerana ia boleh mendedahkan bahagian dalaman planet seperti bumi termasuk kerak dan mantel serta memahami bagaimana sesebuah sistem suria terbentuk. Tetapi jika ada menyangka nilai AS$10 quintilion pada Psyche sebagai tinggi, hakikatnya ia berada di belakang sebuah asteroid bernama Davidas dengan nilai AS$27 quintilion.

Sekiranya pelancaran prob berjalan lancar pada Ogos 2022, ia akan beredar di kawasan angkasa lepas yang sukar dikesan dari bumi. Apabila ia melepasi planet Marikh, prob akan menggunakan graviti planet berkenaan untuk melancarkan dirinya ke kawasan rantaian asteroid. Apabila ia tiba di situ pada 2026, ia akan menghabiskan tempoh 21 bulan untuk memeta dan mengkaji asteroid dari kedudukan 431 km di atas permukaan Psyche.

Untuk prob yang akan digunakan untuk Psyche, beberapa peralatan akan dipasang seperti magnetometer dan beberapa buah kamera khas. Magnetometer digunakan bagi mengukur sama ada wujud medan magnetik pada sesebuah asteroid. Manakala kamera khas yang digunakan NASA pula untuk tujuan mengambil gambar permukaan dan memeta Psyche. Yang pasti, apa saja penemuan di asteroid berkenaan dijangka mengejutkan tetapi mengujakan komuniti astronomi antarabangsa.

RUJUKAN

Gamillo, E. (2022, 4 Januari). This Metal-Rich, Potato-Shaped Asteroid Could Be Worth $10 Quintillion. Smithsonian Magazine.

Sumber gambar: NASA/JPL-Caltech/ASU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply