Jika kita menatal video TikTok, pasti ada satu atau dua video yang dipaparkan dengan gaya estetik, dan meletakkan kapsyen sebagai ‘gaya Wes Anderson.’ Kebanyakan daripada video-video ini biasanya menggambarkan kehidupan harian atau umpama vlog seseorang.
Tapi, persoalannya, siapa sebenarnya Wes Anderson yang menjadi inspirasi kepada gaya video sebegini?
Wesley Wales Anderson yang dilahirkan pada tahun 1969 ialah seorang pengarah filem, penulis lakon layar dan penerbit dari Amerika Syarikat yang terkenal dengan gaya penceritaan unik dan visual yang tersendiri. Kerjaya beliau sebagai pembikin filem telah bermula sejak tahun 1996 lagi melalui filem Bottle Rocket serta Rushmore.
Meskipun gaya filemnya sangat berbeza daripada filem mainstream yang lain, namun Wes Anderson sentiasa optimis dan yakin dengan filemnya. Hampir kesemua karya beliau tidak mengikut gaya kebanyakan filem box office Hollywood.
Satu lagi perkara yang menarik ialah gaya yang menolak arus perdana ini sebenarnya menjadikan karya beliau lebih dikenali ramai orang. Ini terbukti dengan keghairahan penonton yang sangat besar terhadap filemnya, Asteroid City, di mana dalam tempoh sebulan sahaja, trelernya sahaja sudah ditonton lebih 13 juta kali.
Filem-filem sentuhan Wes Anderson ini meletakkan kekuatannya pada ton warna yang menarik perhatian, set, kostum, dan watak dalam filem yang unik dan menyerlah, penceritaan dan penggunaan muzik yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan, serta sinematografi simetri dalam setiap syot bagi pelbagai adegan dalam filem itu.
Selain itu, filem Wes Anderson juga signifikan dengan penggunaan muziknya. Gabungan yang sering dibuat adalah antara lagu pop dan karya klasik bagi menghasilkan runut bunyi yang mampu menunjukkan latar filemnya.
Hasil daripada gaya unik yang dipersembahkan dalam filemnya inilah menjadikan dia seorang pengarah genius yang berada dalam liganya yang tersendiri. Malah, banyak karyanya dijadikan sebagai bahan untuk perbincangan, kajian bahkan jenaka serta parodi.
Mungkin, daripada Wes Anderson ini kita boleh belajar bahawa menjadi berbeza dan unik itu bukanlah satu kesalahan, tapi itulah kekuatan yang membentuk personaliti diri kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih