Bayangkan anda sedang menikmati pagi yang damai, tetapi tiba-tiba langit dipenuhi kapal terbang perang, dan bunyi ledakan mula bergema. Itulah yang berlaku pada 7 Disember 1941, apabila Jepun lancarkan serangan mengejut ke atas pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii.
Tapi, kenapa Jepun memilih untuk menyerang Hawaii?
Pada awal abad ke-20, Jepun semakin agresif meluaskan wilayahnya. Mereka sudah menguasai sebahagian besar China dan ingin kembangkan pengaruh ke Asia Tenggara, yang kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak, getah, dan bijih timah. Namun, Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan tindakan Jepun dan mengenakan sekatan ekonomi, termasuk sekat bekalan minyak ke Jepun. Ini jejaskan keupayaan Jepun untuk teruskan kempen penaklukannya.
Jepun tahu bahawa Amerika Syarikat merupakan halangan utama dalam usahanya kuasai Asia Pasifik. Untuk pastikan tiada gangguan dari Amerika, Jepun merancang serangan ke Pearl Harbor, tempat armada Pasifik Amerika berpusat. Dengan memusnahkan kapal-kapal perang utama Amerika, Jepun berharap dapat lemahkan tentera laut Amerika dan melambatkan tindak balas mereka terhadap serangan Jepun ke Asia Tenggara.
Jepun sedar bahawa jika perang dengan Amerika tidak dapat dielakkan, mereka harus memulakan serangan terlebih dahulu untuk dapatkan kelebihan. Mereka memilih serangan mengejut sebagai strategi utama supaya Amerika tidak sempat bertindak balas dengan segera. Jika mereka berjaya, Jepun dapat menakluk kawasan-kawasan kaya sumber dengan lebih mudah tanpa gangguan besar dari Amerika.
Walaupun serangan ke atas Pearl Harbor berjaya musnahkan banyak kapal perang dan pesawat Amerika, ia tidak mengenai sasaran utama seperti kapal pengangkut pesawat, yang kebetulan tiada di pangkalan ketika serangan berlaku. Selain itu, serangan ini bangkitkan kemarahan rakyat Amerika, sekaligus menyebabkan mereka mengisytiharkan perang terhadap Jepun pada keesokan harinya. Ini akhirnya membawa kepada kejatuhan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
Serangan Jepun ke atas Hawaii adalah satu tindakan berani tetapi berisiko tinggi. Jepun berharap serangan ini dapat melemahkan Amerika dan memberi mereka peluang untuk menguasai Asia Pasifik. Namun, tindakan ini akhirnya menjadi pemangkin kepada kejatuhan mereka sendiri.
Peristiwa ini mengajar kita bahawa dalam peperangan, strategi sahaja tidak cukup. Hal ini kerana, kesilapan dalam menilai tindak balas musuh boleh membawa akibat yang besar. Jangan kejut harimau yang sedang tidur!
—-
Kita semua tahu lepas serangan Pearl Harbor:
Amerika Syarikat isytihar perang terhadap Jepun!
Tapi tahukah anda, macam mana dua kuasa ini bertembung?
Anda nak belajar pasal perang pasifik antara Amerika dan Jepun?
Jom dapatkan buku: PERANG DUNIA KEDUA

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.