Selain daripada Briged Al-Qassam, ada 1 lagi gerakan sayap pejuang yang turut sama-sama mempertahankan tanah Palestin dari Zionis Israel.

Siapa diorang?

Briged Saraya Al-Quds.

Asasnya kita kena kenal dulu siapa Jihad Islam Palestin (JIP).

Misi diorang untuk tubuhkan sebuah negara Islam, dan penempatan rakyat Palestin di tempat yang dianggapnya sebagai tanah air mereka yang sah dalam sempadan geografi Palestin sebelum 1948 yang diberi mandat oleh British. 

Diorang taknak ambil bahagian dalam proses politik atau rundingan mengenai pertukaran penempatan Israel dan Palestin. JIP ni majoritinya dibiayai oleh Iran dan Syria.

JIP ialah kumpulan kedua terbesar di Semenanjung Gaza, selepas HAMAS. Pemimpin Saraya al-Quds ialah Ziyad al-Nakhalah berpusat di Damsyik, Syria.

Jihad Islam Palestin dan Saraya al-Quds diasaskan pada tahun 1981 oleh Fathi Shaqaqi dan Abd Al Aziz Awda di Gaza, dan telah aktif di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, terutamanya di bandar Jenin.

Awda disenaraikan sebagai “Wanted List” Amerika Syarikat pada 23 Januari 1995, dan Shiqaqi dibunuh di Malta pada 26 Oktober 1995.

Saraya al-Quds ni terlibat dalam beberapa serangan terhadap Israel, termasuk serangan roket, tembakan dan pengeboman.

Operasi yang meluas terhadap infrastruktur Saraya Al-Quds yang dijalankan oleh IDF akibatkan kerugian teruk kepada diorang dan diorang nampak lemah dengan ketara menjelang 2004.

Saraya al-Quds ni diklasifikasikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat, Israel, Kanada, Kesatuan Eropah dan Jepun. 

Bagaimanapun, Saraya al-Quds dapat sokongan luas di kalangan rakyat Palestin, yang melihatnya sebagai kumpulan penentangan terhadap pendudukan Israel.

 

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply