Apabila seluruh dunia menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin ketika Israel terus mengebom Gaza. Ada antara mereka ini dihukum hanya kerana pendirian mereka.

Siapakah pemain-pemain bola sepak yang terlibat ni?

Noussair Mazraoui, pemain kelahiran Maghribi bangkit menyatakan pendiriannya yang pro Palestin mendapat reaksi segera oleh kelab dia sendiri iaitu Bayern Munich yang Israel.

Anwar El Ghazi, pemain Belanda-Maghribi enggan tarik balik sokongannya terhadap Palestin walaupun ditekan oleh kelabnya Mainz 05 yang memintanya merakam video permohonan maaf atas sebab memilih Palestin sebagai pendiriannya.

Youcef Atal, pemain kelab Perancis OGC Nice yang berasal dari Algeria turut menjadi mangsa hanya kerana bercakap mengenai pendirian mereka. Beliau digantung 7 perlawanan.

Walaupun Karim Benzema bermain di Arab Saudi sekarang, tapi kewarganegaraan beliau digugat apabila Senator Perancis Valerie Boyer, naib presiden Parti Les Républicains konservatif menggesa untuk melucutkan kewarganegaraan Perancis Benzema hanya kerana menyokong Palestin.

Walaupun Arsenal merupakan kelab yang lantang kerap tindakan kepada pemain yang menyatakan pendiriannya seperti yang berlaku pada Mesut Ozil dahulu, ia tak menggugat Mohamed Elneny untuk menunjukkan sokongannya terhadap Palestin.

Nabil Fekir, pemain Perancis yang bermain untuk Real Betis menekankan penderitaan rakyat Palestin yang berpanjangan di bawah Apartheid yang dilakukan oleh Israel.

Hakim Ziyech yang kini beraksi bersama Galasataray menyatakan sokongan terhadap Palestin dengan mesej “From the river to the sea, Palestine will be free.”

Tambahan pula, bintang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah, dengan berani menyatakan sokongannya dengan memberikan sumbangan besar kepada rakyat Palestin. Malah beliau gesa pemimpin-pemimpin dunia supaya hentikan konflik ni daripada berlarutan lagi panjang.

Tak lama dulu, pemain-pemain kena pakai lilitan kapten golongan songsang walaupun langgar akidah. Namun apabila free speech dimanfaatkan, diorang pula menggelabah.

Itu kalau dia yang kena, kalau kita yang kena, kita pulak yang ditutup mulut daripada bersuara. Isu kemanusiaan ditolak tepi hanya kerana ia bukan agenda barat.

 

Oleh: Azizul Farhan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply