Baru je tular pasal mamat yang dulu pernah scam satu Malaysia pasal pencapaian dia bersama NASA dapat sertai program bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Bila dengar pasal ni, mesti korang teringat filem Catch Me if You Can lakonan Leonardo DiCaprio dan Tom Hanks yang diambil dari kisah benar Frank Abagnale.

 

Frank William Abagnale Jr. dilahirkan pada 27 April 1948 di sebuah pekan kecil yang bernama Bronxville di New York, Amerika Syarikat.

 

Frank Jr. ni memang nakal dari kecil. Beliau bergiat solo dalam aktiviti-aktiviti jenayah kecil seperti mencuri di kedai dan pasaraya di sekitar.

 

Frank Jr. kemudian larikan diri dari rumah ibunya. Di dunia luar bersendirian, Frank Jr. berkerja bagi menampung kehidupannya.

 

Walaupun begitu, gaji yang diterimanya sangat rendah kerana umurnya yang masih muda iaitu 16 tahun.

 

Oleh kerana Frank Jr. merasakan yang umurnya menjadi penghalang kepadanya untuk mendapat gaji yang setimpal, beliau dapatkan sebuah kad pengenalan palsu di mana umurnya pada kad tersebut adalah 10 tahun lebih tua daripada usia sebenarnya.

 

Lama-kelamaan, taktik scam beliau makin menjadi-jadi. Frank Abagnale Jr. gunakan teknik menukar nombor pada kod cek bagi mendapatkan sejumlah wang berdasarkan nilai yang ditulisnya pada cek tersebut. Tapi, bank susah nak percayainya dan keuntungan yang diterimanya selalunya amat minimum.

 

Oleh itu, Frank telah mendapat satu idea bernas apabila beliau menyamar sebagai seorang juruterbang. Frank Jr. menyamar sebagai juruterbang di syarikat penerbangan ternama di Amerika Syarikat, Pan American World Airways atau lebih dikenali sebagai, Pan Am.

 

Frank Jr. dapatkan pakaian seragam juruterbangnya di lapangan terbang dengan menggunakan kad pengesahan palsu berserta dengan lesen penerbangan palsu. Dalam aktiviti penipuannya sebagai juruterbang, Frank Jr. telah menggunakan nama Frank Williams.

 

Frank Jr. terbang sebagai juruterbang penumpang atau “deadheading” di mana staf syarikat terutamanya juruterbang boleh menumpang mana-mana penerbangan dengan hanya menunjukkan dokumen yang mengesahkan bahawa diri seseorang merupakan staf syarikat.

 

Hasil penyamarannya, Frank Jr. sertai lebih 250 penerbangan dengan jumlah jarak kumulatif lebih daripada 1.6 juta kilometer. Penyamarannya sebagai juruterbang Pan Am lah yang telah melonjakkan kekayaannya di mana Frank Jr. berjaya mengaut keuntungan hampir $2.5 juta.

 

Frank Jr. juga berjaya melonjakkan namanya dalam senarai paling dikehendaki FBI. Frank Jr. beralih kepada profesion lain bagi meredakan sedikit namanya yang berada dalam senarai dikehendaki FBI.

 

Frank Abagnale Jr. berjaya menyamar sebagai doktor di sebuah hospital di Georgia, Amerika Syarikat selama hampir 1 tahun.

 

Frank Jr. tak pernah berhenti dalam menyamar dalam profesion-profesion yang megah dan hebat. Frank Jr. berjaya palsukan dokumen yang buatkan beliau berjaya dapatkan kerja sebagai peguam dengan menyatakan bahawa dirinya merupakan graduan Universiti Harvard.

 

Frank Jr. melarikan diri apabila salah seorang rakan sejawatnya cuba untuk memeriksa latar belakangnya.

 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Frank diberkas di Perancis ketika cuba memulakan hidup baru dan berhenti bergiat dalam aktiviti jenayahnya itu.

 

Di Amerika Syarikat, Frank Abagnale Jr. dihadapkan ke mahkamah lalu dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara .

 

Walaupun begitu, Frank Jr. dipenjarakan 4 tahun kerana Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat menawarkannya untuk bebas dengan syarat yang dirinya perlu bekerja bersama FBI.

 

Frank Abagnale Jr. terus menerus menjadi penasihat FBI daripada jenayah-jenayah yang biasa dilakukannya sebelum itu sehinggalah ke hari ini.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertarik nak baca novel bertemakan rompakan ala-ala Robin Hood versi Melayu? Baca je novel Sabotaj. Confirm korang akan terkejut. Boleh klik dekat shope.ee/7zjn9Kjir4


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply