Dah dekat seminggu dah kecoh kat platform Ta-Ya-Kaf-Ta-Wau-Kaf kononnya 13 September ni sesuatu nak jadi. Saya tanya Ahmad Faezal apa hal isu ni. Dia kata entah, mungkin Joe Biden nak kahwin lain kot… tak pun Godzilla nak perang dengan Wukong kat Taiwan. Jadi saya kaji lah sikit-sikit memang kena sangat dengan ramalan pasal bala ni.
Kenapa kena takut? Memang kena ada specific tarikh untuk nak buat ibadah ke? Hari lain tak buat?
Rupanya diorang ni dakwa yang pada hari ni iaitu Rabu terakhir bulan Safar akan turun 320 ribu bala menurut kasyaf “wali-wali Allah.” Siapa wali-wali Allah tersebut tidak dinyatakan pula namanya.
Mempercayai bala akan datang ni sebenarnya membawa kepada kepercayaan yang syirik dan menyekutukan Allah. Tengoklah orang Melayu kita dulu buat Mandi Safar, siap dikorbankan lembu kononnya untuk roh laut.
Wahai seluruh umat manusia yang dirahmati sekalian, Arab Jahiliyyah pun percaya pasal bala ni sampai Rasulullah (saw) pun pernah bersabda mengenai bala bulan Safar ni.
Rasulullah (saw) bersabda:
لا عَدْوَى وَلاَ طِيرَةَ ولا صَفَرَ وَلاَ هَامَّةَ
Maksudnya:”Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.”
Riwayat al-Bukhari (5770), Muslim(2220), Abu Daud (3913) di dalam al-Sunan & Ahmad(3031) di dalam Musnad.
Kalau sekiranya dikatakan perkara ini diberitahu oleh ustaz ni, ustaz tu. Perlu kita ingat yang ustaz tak maksum. Sekiranya apa yang dibawa itu bertentangan dengan sunnatullah, eloknya jangan la diikut. Takut juga akan membawa mudarat.
Perlu juga kita untuk merujuk pandangan para ulama yang muktabar untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang apa yang disabdakan oleh Nabi SAW.
Ibn Rajab al-Hanbali berpandangan:
“Ahli ilmu mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan safar adalah bulan Safar kemudian mereka berselisih dalam mentafsirkan maksud hadis tersebut.”
Pertama: Maksud hadis tersebut adalah menafikan apa yang dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah. Mereka berperang pada bulan Muharram dan berhenti pada bulan Safar.Ini adalah pandangan Malik.
Kedua: Masyarakat Arab Jahiliyyah menganggap bahawa akan berlaku perkara buruk apabila masuknya bulan Safar. Mereka menggelar bulan Safar sebagai bulan sial. Maka Nabi SAW menolak kepercayaan demikian. Pandangan ini dinukilkan oleh Abu Daud daripada Muhammad Bin Rashid al-Makhuli.
Pandangan yang kedua ni pandangan yang paling hampir maknanya. Kebanyakan orang-orang yang jahil sangka akan berlakunya perkara buruk di bulan lalu mereka mencelanya. Ada di antara mereka yang melarang untuk berkelana pada bulan Safar. Dan ini adalah jenis yang sama dengan perbuatan Thiyarah yang dilarang.
Oleh: Azizul Farhan
___
Boleh rosak akidah kita kalau percaya benda ni, buang kepercayaan ni dan percaya pada Qada’ dan Qadar Allah. KITAB TAMADUN ISLAM turut memuatkan keadaan berkenaan akhir zaman memberi gambaran fitnah-fitnah dajal yang amat dahsyat.
bit.ly/ktislam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih