Dalam artikel lepas, kami mengulas bagaimana Marvel hidupkan balik bahasa Babylonia yang sudah pupus. Ada yang marah kami balik dengan tuduhan kami buta bahawa Marvel sedang berusaha kembalikan kuasa Namrud.

Tidak perlu ulas lebih pasal falasi konspirasi. Kini kita kembali untuk bercerita pula tentang Gilgamesh dan Enkidu yang disebut dalam persembahan hebat Lia McHugh sebagai Sprite.

Kata-kata beralun Sprite yang diajar seorang pakar bahasa Babylon.

Pertama sekali untuk elak kekeliruan, Gilgamesh dalam artikel ini bukanlah Gilgamesh dalam Eternals. Kita sedang bercakap tentang protagonist dalam syair Epik Gilgamesh yang ditulis dalam bahasa Akkadia.

Gilgamesh merupakan anak Raja Lugalbanda, yang berkahwin dengan seorang dewi bernama Ninsun. Status campuran ini menganugerahkan darjat demigod pada Gilgamesh, suatu perkara biasa ketika zaman purbakala terdahulu dengan lagenda-lagenda seperti Hercules dan Perseus.

Ini memang zaman pra-tauhid, kerana Nabi Ibrahim as (menurut sumber Judaisme) pun dipercayai belum lahir lagi. Kalau ikut catatan para rabai, Ibrahim as hidup sekitar 1996 S.M. hingga 1821 S.M.

Manakala Gilgamesh pula dalam lingkungan 2900 S.M. hingga 2004 S.M. Kira ada dalam alaf ini, satu zaman yang baginda berkuasa.

Sahabat Karim Yang Berpengaruh

Status campuran Gilgamesh membuatkan semua orang mahu merapatinya. Raja Shulgi di Ur sendiri mengakui diri baginda adik kepada Gilgamesh. Sini semua boleh nampak pengaruh Gilgamesh dalam budaya Sumeria.

Ukiran Gilgamesh melawan binatang.

Ada dua kebarangkalian: baginda adalah seorang figura hebat sampai ditokok tambah sedemikian rupa… atau baginda adalah seorang nabi yang mana mukjizatnya sangat dahsyat sampai tidak tertanding sesiapa. Dan sirah baginda ditahrif zaman.

Kisahnya apabila Gilgamesh menjadi Raja Uruk, baginda mula menganiayai rakyat. Dan rakyat pun berdoa pada dewi Aruru yang mencipta seorang lelaki primitif bernama Enkidu.

Tiada siapa kenal Enkidu pada mulanya sampailah seorang pemburu mendapati jeratnya hancur.

Siasat punya siasat, rupanya kerja lelaki berbulu ini. Pemburu ini membuat laporan kepada Gilgamesh yang mengutuskan seorang pelacur untuk menggoda Enkidu.

Fitrah liar Enkidu.

Ini cerita lagenda. Jadi memang ada unsur-unsur bangang gila. Tetapi kebangangan inilah yang mewarnai budaya purbakala. Selepas didampingi pelacur, Enkidu mula menjadi seperti manusia. Hilang unsur-unsur primitifnya (Tigay, 2002).

Pelacur ini pula ada rancangan lain. Enkidu dipujuk supaya pergi bunuh Gilgamesh. Sampai saja di Uruk, Enkidu mendapati ada peristiwa besar. Gilgamesh baru kahwin nampaknya. Sesuai sangat. Lalu Enkidu kacau malam pertama Gilgamesh.

Kalau kalian terbayang Enkidu bunuh Gilgamesh dan ‘dapat’ isteri baru tersebut, tolong tampar diri. Ini lagenda Akkadia, bukan Yunani Purba. Gilgamesh dan Enkidu lawan sampai kedua-duanya penat.

Kemudian mereka merenung antara satu sama lain, nafas laju dengan jiwa kejantanan berkocak… dan mereka ketawa. Macam beruk kedua-dua lelaki ini ketawa, kerana mereka kagum akan kegagahan satu sama lain.

Pada hari itu, Gilgamesh dan Enkidu menjadi sahabat. Ini yang celaka kalau baca lagenda. Kalau Yunani Purba, macam baca cerita dewasa.

Kalau Akkadia, doa rakyat (Enkidu) menjadi sahabat penguasa zalim. Apa bendanya? Sampai ibu Gilgamesh ambil Enkidu jadi anak angkat. Mereka sedar yang fitrah Enkidu masih liar. Gilgamesh sudi mendampingi Enkidu masuk Hutan Cedar untuk membunuh seekor raksasa (atau dewa) bernama Humbaba.

Humbaba sebenarnya murka kerana Enkidu sudah mengkhianati “jiwa hutan” (kerana bersekutu dengan Gilgamesh). Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan buat Gilgamesh dan Enkidu.

Mereka tidak sedar yang dewi Ishtar menjadi saksi. Ishtar pun mula menggatal dan masuk minang.

“Kita kawan jer, Ishtar.” – Gilgamesh (kononnya)

Tetapi Gilgamesh bagi jari tengah dan suruh dewi Ishtar sedar diri sikit. Ishtar pun koyak dan pergi menangis minta tolong bapanya Dewa Anu (nama pun macam (censored)). Anu malas layan pada mulanya.

Ishtar mengugut – hantar Bull of Heaven atau “aku akan jerit sekuat-kuatnya sampai alam barzakh terbalik”. Anu malas bising dan hantar Bull of Heaven yang dibunuh Gilgamesh dan Enkidu.

Babak ini yang diabadikan dalam Eternals. Persembahan Sprite menampakkan Gilgamesh di atas kepala lembu (memang terjadi dalam lagenda).

Gilgamesh menikam leher Bull of Heaven (yang dipegang Enkidu).

Manakala kapal pula menjadi gambaran ekspedisi mereka sepanjang hidup, sampailah Enkidu meninggal dunia.

Gilgamesh menikam leher Bull of Heaven (yang dipegang Enkidu).

Enkidu walaupun meninggal dunia katanya mempunyai roh yang khas. Tiba satu hari, Enkidu diizinkan timbul daripada alam barzakh untuk berjumpa Gilgamesh (Gadotti, 2014).

RUJUKAN:

Gadotti, A. (2014). Gilgamesh, Enkidu, and the Netherworld and the Sumerian Gilgamesh Cycle. Walter de Gruyter. Halaman 86.

Tigay, J. (2002). The Evolution of the Gilgamesh Epic. Bolchazy-Carducci Publishers. Halaman 46.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply