The Eternals akhirnya sudah tembus Disney+. Masa mula-mula tengok, ingin tahu juga apa yang teruk sangat. Katanya bosan habis. Selesai tengok, tertanya-tanya pula, apa yang bosannya?

Nampak dengan jelas The Eternals sedang mengatur langkah pertama ke bab baharu selepas The Infinity Saga. Mereka siap beritahu yang Thanos sebenarnya tidak sejahat seperti disangka.

Rupa-rupanya Thanos adalah seorang deviant yang menyelamatkan Alam Semesta daripada bencana Celestial. Sekarang kira tunggu kedatangan Galactus sajalah.

Sekali petik, semua Celestial bersarang dalam planet berpopulasi terbantut.

Tetapi ketepikan sebentar susunan plot The Eternals. Ada satu babak sangat menarik, yang Sprite bertutur dalam bahasa Babylonia. Asalnya ingat Marvel cipta bahasa fiksyen yang seakan-akan sama seperti Babylonia.

Memang pembikin filem selamba cipta bahasa fiksyen. Ambil contoh bahasa Na’vi dalam Avatar. James Cameron mengupah Profesor Paul Frommer, seorang pakar linguistik di USC Marshall School of Business (Boucher, 2009).

Bahasa Na’vi dalam filem sangat terhad, sekitar 1,000 patah perkataan terbatas pula dengan susunan tatabahasa sangat ringkas.

Berbeza dengan pertuturan Sprite yang rumit kerana sangat beralun-alun. Selidik-selidik rupanya memang Marvel upah seorang pakar bahasa Babylonia. Jadi kita ambil peluang belajar sedikit sebanyak tentang Babylonia di sisi linguistik.

Sentuhan Orang Lama Dalam Hiburan Moden

Tamadun Babylonia mencapai kemuncak semasa pemerintahan Nebuchadnezzar. Baginda membawa bala tentera ke Tanah Israel dan meruntuhkan Kuil Sulaiman yang dibina di Gunung Moriah, Jerusalem.

Walau bagaimanapun, dominasi Babylonia tidak bertahan selamanya. Pada tahun 539 S.M., Babylonia hancur ditakluki Parsi yang diperintah Cyrus (Rattini, 2019).

Selepas kejatuhan, bahasa Babylon pun lenyap di muka bumi secara berperingkat… selepas anak-anak bangsa ikut lidah asing sampai jadi sebati.

Hari ini Babylonia adalah bahasa untuk pakar-pakar sejarah seperti Dr. Martin Worthington misalnya. Beliau merupakan seorang ilmuwan hebat di Kolej Triniti Dublin.

Dr. Martin Worthington.

Banyak beliau kaji tentang Tamadun Babylonia, dengan penyelidikan mendalam yang dijadikan sumber untuk bukunya bertajuk Complete Babylonian. Beliau telah menterjemah banyak catatan tinggalan Babylonia.

Jadi sementara banyak kilang minta “Preferable Mandarin”, Worthington selamba badak cakap, “I know Babylonian language.”

Jadi Marvel pun tidak buang masa. Mereka terus mendapatkan perkhidmatan Worthington. Selepas dipilih, Gemma Chan, Richard Madden dan Lia McHugh terus pergi belajar bahasa Babylonia.

Nak buat macam mana. Marvel letak syarat “Preferable Babylonian”. Dan Gemma Chan paling awal menguasai bahasa purba ini, sampai boleh betulkan ayat Richard Madden. Patutnya Richard cakap, “you are beautiful”. Robb Stark pergi cakap, “I am beautiful.” (Hymas, 2021).

Richard tersilap kerana bahasa Babylonia memang begitu. Ia tidak kompleks seperti bahasa-bahasa moden, macam Melayu misalnya yang “awak, kamu, hang, engkau” membawa maksud sama. Ini bukan bermakna Babylonia kolot.

Tidak sama sekali. Saintis belajar bahasa Babylonia daripada catatan tanah liat. Jadi catatan zaman dulu memanglah terhad. Macam mana mereka bertutur, misalnya pelat atau loghat takkan mungkin boleh dikecapi.

Babylonia pula bersifat jantina, seperti Arab. “ilu likrubuki” dan “ilu likrubuka” bermaksud “semoga dewa-dewi berkati kamu”. Tetapi “buki” adalah untuk wanita dan “buka” pula untuk lelaki.

Itulah sebab kenapa Sprite bercakap secara beralun-alun semasa mempersembah adegan bercahaya.

Komitmen Marvel memang patut dikagumi kerana melihat filem sebagai wadah pembudayaan, bukan sekadar hiburan semata-mata.

Pembudayaan menjadi kunci kejayaan Eternals. Walaupun agak perlahan untuk dibandingkan dengan filem-filem The Infinity Saga, kunci ini boleh merancakkan masa depan Marvel yang sedang mencari penonton baru.

Kalau tengok balik, nampak sangat Eternals dan Justice League kelihatan sama – Ikaris dan Superman, Makkari dan Flash, Thena dan Wonder Woman. Dari segi kewangan, kedua-dua filem ini boleh kata tidak memberangsangkan.

Tetapi benih ditaburkan Eternals jauh lebih mekar untuk dibandingkan dengan Justice League.

RUJUKAN:

Boucher, G. (2009, November 20). USC professor creates an entire alien language for ‘Avatar’. Los Angeles Times.

Hymas, C. (2021, November 9). Hope springs Eternal for dead Babylonian language brought back to life in action film. MSN.

Rattini, K. B. (2019, Mei 6). Who was the Cyrus the Great? National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply