Orang Besut merupakan salah satu suku nomad yang pernah disatukan di bawah konfederasi Empayar Mongol oleh Genghis Khan, dan Baiju Noyan yang wataknya dimainkan sebagai watak antagonis dalam siri televisyen sejarah Turki Dirilis Ertugrul itu juga adalah berasal dari suku Besut.

Oh jangan salah faham, ini bukan pasal orang Besut di negeri Terengganu sana, kebetulan saja.

Baiju Noyan berasal dari suku Mongol Besut, dan dia juga sebenarnya memiliki pertalian da.rah dengan salah seorang panglima dan pemanah terhandal Genghis Khan, iaitu Jebe.

Tak ada banyak catatan mengenai suku Besut, tetapi mereka telah wujud jauh lebih lama sebelum Empayar Mongol didirikan, dan kali terakhir ia muncul dalam catatan sejarah ialah ketika ia menjadi salah satu suku yang berperanan menyem.purnakan penyatuan suku-suku nomad dari pecahan Konfederasi Khamag (pendahulu Mongol) ke dalam Empayar Mongol.

Bapa kepada Baiju adalah seorang komander tentera mingghan (struktur unit ketenteraan yang diasaskan Genghis) di bawah Genghis Khan dan dia kemudian mewarisi kepimpinan kontinjen ini selepas bapanya meninggal dunia.

Baiju kemudian dilantik sebagai seorang gabenor dan panglima tentera Mongol di barat laut Iran. Dia pernah terlibat dalam se.rangan ke atas Isfahan pada tahun 1228 M. Kemudian dia beroperasi di wilayah Kaukasus yang diperintah Chormaqan Noyan selepas dihantar ke Iran oleh Ogedei Khan pada tahun 1229, oleh itu Baiju dianggap sebagai pemerintah yang kedua selepas Chormaqan.

Pada tahun 1242 Chormaqan hilang keupayaan untuk mentadbir kerana dise.rang penyakit lumpuh dan Baiju menggantikan dia sebagai komader pasukan tentera  Mongol di barat laut Iran dan Iraq. Dia terus memulakan perluasan kuasa Mongol ke arah barat di Anatolia yang di bawah pemerintahan Kesultanan Rum Seljuk melalui penak.lukan Erzurum.

Kekalahan Sultan Kaykashraw II semasa Pertem.puran Kose Dag pada 26 Jun 1243 segera disusuli dengan kejatuhan kubu-kubu Rum yang penting seperti di Sivas dan Kayseri, dan sultan dipaksa tunduk kepada kekuasaan dan kedaulatan Mongol.

Pertem.puran Kose Dag.

Pada tahun 1244, satu detasmen yang kecil telah menyerang Syria utara, di mana Mongol pada mulanya menuntut penyerahan diri kerajaan Frank Antioch. Berita tentang kemaraan ini mungkin menjadi faktor yang mendorong Paus Innocent IV mengirim utusannya kepada Baiju Noyan pada tahun 1245.

Diketuai oleh friar Dominica Ascelin, utusan khas ini tiba di kem Baiju di Sisian, selatan Araxes, pada 24 Mei 1247 dan mencetuskan kemarahan pihak Mongol kerana tuntutannya berkaitan autoriti pihak Kepausan dan keengganan duta tersebut untuk menyembah dan berlutut sebanyak tiga kali kepada Baiju Noyan selaku wakil Khan Agung.

Baiju ingin menghukum bu.nuh utusan Paus itu tetapi dihalang oleh anggota keluarganya, dan rombongan utusan itu akhirnya dilepaskan pada 25 Julai, dengan membawa surat perintah dari Guyuk Khan dan surat dari Baiju Noyan sendiri untuk Paus.

Semasa berlaku kekosongan takhta Khan Agung berikutan kema.tian Ogedei Khan pada tahun 1241, Baiju telah menjadi subjek kepada anak saudara Ogedei iaitu Batu, pesaing Guyuk, yang menguasai padang rumput di utara Kaukasus atau Golden Horde.

Atas sebab ini, Guyuk memindahkan keseluruhan kuasa perintah ketenteraan ke Timur Dekat di bawah perintah Eljigidei dan Baiju pula disingkirkan.

Ascelin dari Lombardia menerima surat daripada Pope Innocent IV (kiri), dan menghantarnya kepada Baiju (kanan).

Utusan Eljigidei yang menemui Raja Louis, yang tiba di Cyprus pada waktu itu untuk membincangkan persediaan Pe.rang Salib Ketujuh terpaksa menjelaskan layanan Baiju terhadap utusan Ascelin dengan alasan bahawa Baiju berbeza dengan ketua baru mereka, dia adalah seorang berfahaman pagan dan dikelilingi oleh para penasihat Muslim.

Tetapi ada sikit keraguan akan kemungkinan Baiju telah bertindak mengikut adat dan Eljigidei mempergunakan persahabatannya dengan orang-orang Frank untuk mengalihkan pe.rang salib dari dilancarkan kempennya berdekatan dengan wilayah yang diduduki Mongol.

Bagaimanapun, Guyuk meninggal dunia pada bulan April 1248, Eljigidei ditangkap dan dihukum bu.nuh atas perintah Batu Khan pada tahun 1251 kerana penentangannya terhadap keputusan pemilihan Khan Agung yang berlangsung semasa persidangan kurultai yang memihak kepada Mongke Khan, dan Baiju dikembalikan kuasanya.

Apa yang kita tahu mengenai kegiatan ketenteraannya dalam tempoh ini adalah dia melancarkan ekspedisi punitif terhadap Georgia pada tahun 1249 dan pada Mei-Jun 1252, melabur di Mayyafareqin (Martyropolis atau Silvan moden), dan dia turut terlibat dalam pengepungan ke atas Baghdad yang diperintah oleh Kekhalifahan Abbasiyah.

Siri bersejarah Dirilis Ertugrul yang pernah menjadi fenomena.

Ketika Hulagu memulakan ekspedisi ke arah barat, Baiju adalah antara panglima tentera yang ditempatkan di bawah perintahnya. Semasa dia menunggu ketibaan Hulagu berhampiran Hamadan pada awal musim bunga 1257 dia dikatakan ditegur kerana sikap pemalas dan kemerosotan prestasinya, terutamanya kerana kegagalan menentang khalifah di Baghdad.

Tetapi peristiwa itu diragui dan tarikhnya tidak tepat, kerana sepatutnya pada waktu ini Baiju telah pun dipaksa untuk melepaskan kem yang biasa didudukinya kepada pasukan ekspedisi Hulagu yang mendirikan kem di kebun Mogan dan dia telah pun dihantar ke Anatolia.

Di sini, Sultan Kaykavus II dikalahkan pada tahun 1256 di Aksaray dan melarikan diri ke wilayah Byzantine, sementara itu Baiju terus memus.nahkan kubu-kubu kota Rum Seljuk di Konya. Kaykavus kemudian dikembalikan takhtanya atas perintah dari Mongke Khan, bersama-sama dengan adiknya yang lebih mudah dikawal, Kilij Arslan IV,  di mana Baiju bagi pihaknya didapati telah menundukkan kubu Malatya pada tahun 1527.

Kemudian pada tahun itu Baiju dipanggil oleh Hulagu untuk turut serta dalam kempen menyerang kota Baghdad pada Februari 1258, dan pada titik inilah catatan sejarah mengenai Baiju mungkin merupakan catatan yang terakhir ditemui.

Baiju disebut buat kali terakhir semasa menjelang persiapan Hulagu di Ramażan pada September 1259 bagi menceroboh Syria. Dalam penulisan sejarawan Ilkhaniyah, Rashid al-Din berkenaan suku-suku Turki dan Mongol, dia mendakwa Baiju Noyan telah dihukum bu.nuh dan kuasanya dialihkan kepada anak lelaki Chormaqan yang bernama Siremun.

Tidak ada tarikh tepat yang menjelaskan perisiwa ini, tetapi mungkin berkaitan dengan tindakan Hulagu yang menentang kontinjen dari Ulus Jochi (Golden Horde) yang beroperasi di Iran lalu berlaku pertembungan kuasa yang mencetuskan pe.rang saudara di Kaukasus yang melibatkan tentera Baiju Noyan (di bawah perintah Hulagu) dan tentera Berke Khan pada tahun 1261.

Ada teori lain mengatakan dia dihukum bu.nuh oleh Hulagu Khan kerana gagal menyem.purnakan misi memburu saki baki keluarga Khalifah al-Mus’tasim yang melarikan diri dari Baghdad menuju ke Mesir selepas Kekhalifahan Abbasiyyah diruntuhkan.

Suku Mongol Besut tiada kaitan dengan daerah Besut di Terengganu

Walau bagaimanapun, Baiju Noyan harus layak diberikan kredit atas usaha menyatukan kuasa-kuasa Mongol di Azerbaijan, wilayah yang akan menjadi pusat pemerintahan Ilkhaniyah, serta atas kempen yang telah dia laksanakan di Anatolia, yang secara efektif telah memainkan peranan terhadap kemerosotan dan kejatuhan kuasa Rum Seljuk.

Dia juga bertanggung jawab di atas perubahan dramatik sosiopolitik di Anatolia yang secara tak langsung turut membantu mempermudahkan kebangkitan kuasa baru yang lebih besar di Anatolia dan sekitarnya nanti, iaitu Empayar Uthmaniyah.

Nama / istilah noyan bukanlah nama umum mahu pun nama keturunan yang digunakan orang Mongol, sebaliknya noyan merupakan satu gelaran untuk para panglima tentera Mongol yang pada masa yang sama diberi kuasa untuk mentadbir sebuah wilayah, secara teknikalnya, noyan adalah seorang panglima-gabenor atau gabenor militari Mongol.

Ada ramai lagi para panglima terulung semasa Genghis Khan masih hidup diberikan gelaran noyan, bahkan Jebe sendiri merupakan seorang noyan. Manakala Chormaqan Noyan merupakan panglima Mongol yang pertama menjadi panglima gabenor ketenteraan sekaligus menjadi orang pertama yang memakai gelaran noyan.

Sebagai seorang panglima tentera Mongol yang kurang terkenal, nama Baiju Noyan mula menjadi menjadi sebutan baik di kalangan peminat sejarah mahu pun budaya pop moden berikutan wataknya sebagai antagonis ke.jam yang dilakonkan oleh pelakon Turki, Barış Bağcı adalah sangat meninggalkan kesan dalam siri drama tv Dirilis Ertugrul, sebuah siri yang menceritakan tentang sejarah awal kemunculan Empayar Uthmaniyah.

Kalau anda berminat dengan sejarah Mongol yang kami paparkan di atas, kami nak cadangkan anda membeli KITAB TAMADUN MONGOL, dua judul terbaru kami. Boleh buat pembelian di pautan dibawah: bit.ly/pratempahktmktr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.