Ya, sejarah membuktikan orang Melayu pernah menakluk dan menguasai Kota Ayutthaya daripada Siam. Sumber Siam sendiri dalam Ayutthaya Historical Research menyebut:

“In 1564, when a Burmese army moved to attack Ayutthaya, King Chakkraphat requested assistance from Patani, one of the obligations a powerful mandala might expect of its vassals in return for the protection it offered. However, as the Ayutthaya army suffered defeat against its enemy, Patani turned and occupied the city for a brief period, supported by a fleet of 200 ships, before the returning army managed to expel Patani’s force”

Kisahnya, pada tahun 1563 adalah permulaan kepada Perang Siam-Burma (1563-1564). Raja Siam memohon pertolongan daripada Kesultanan Melayu Patani memandangkan Patani pada waktu tersebut merupakan negeri pembayar ufti kepada Siam. Patani dipimpin sendiri oleh Sultan Muzaffar bersama dengan 1,500 orang pahlawan Melayu dan 200 buah kapal tiba di Ayutthaya, tetapi baginda bertindak menyerang dan menakluk Kota Ayutthaya sehinggakan Raja Siam terpaksa melarikan diri dan memohon bantuan tentera dari luar kota.

Akhirnya Siam berjaya menguasai semula kota Ayutthaya dan mengalahkan Patani malah Sultan Muzaffar terkorban dalam serangan balas tersebut. Peristiwa tersebut dirakam dalam Hikayat Patani yang menyebut:

“Sebermula khabar baginda mangkat di Siam itu pun masyhurlah mengatakan rakyat Patani itu habis mati di Siam dengan segala menteri hulubalangnya…”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.