Salary… itu perkataan yang digunakan merujuk kepada gaji anda. Tapi tahukah asal-usul perkataan bahasa Inggeris ini ada kaitan dengan garam? Ya, sebab pada zaman purba dahulu, betapa garam ialah komoditi paling mahal di dunia!

Istilah salarium, yang bermaksud gaji dalam bahasa Latin, berasal daripada perkataan garam atau sal, dan daripada sinilah lahirnya perkataan “salary” dalam bahasa Inggeris. Sebabnya dulu gaji-gaji tentera dibayar menggunakan garam, dek kerana betapa berharganya garam sampaikan hari ini, maksud gaji sama dengan garam!

Tahukah anda bahawa Rom sanggup membina jalan raya terbaik mereka yang sepanjang 242 km adalah kerana perdagangan garam, semata-mata semata-mata untuk mengangkut garam ke seluruh empayar? Malahan jalan ini mereka namakan sebagai Via Salaria merujuk kepada garam?

Tahukah anda bahawa manusia paling kaya dalam sejarah, lebih kaya daripada Elon Musk dan Bill Gates ialah Mansa Musa dari Empayar Mali? Cuba teka sumber kekayaan Mansa Musa ini apa? Ya, garam! Sebab tu di Afrika, betapa garam dikenali sebagai “emas putih” kerana nilai dagangnya yang tinggi.

Pedagang-pedagang dari utara Afrika membawa garam merentasi padang pasir Sahara untuk ditukarkan dengan emas di Kerajaan Ghana dan Mali. Di bandar perdagangan terkenal seperti Timbuktu, garam sering mempunyai nilai yang setanding dengan emas, dan dalam beberapa kes, ia lebih berharga daripada logam berharga tersebut.

Di China pula, Dinasti Tang dan Ming menyedari kepentingan garam sebagai sumber kekayaan negara. Oleh itu, kerajaan mengawal ketat pengeluaran dan perdagangan garam, mengenakan cukai tinggi ke atasnya bagi memastikan keuntungan kepada negara. Cukai garam inilah menjadi salah satu punca kestabilan ekonomi China selama berabad-abad dan menjadi sumber kekayaan-kekayaan maharaja-maharaja China!

Pernah dengar tentang Revolusi Perancis yang terkenal tu? Katanya ada kaitan dengan garam jugak! Di Perancis, terdapat sebuah sistem cukai garam yang dikenali sebagai Gabelle memaksa rakyat membeli garam dengan harga yang tinggi, sekali gus menimbulkan ketidakpuasan hati yang akhirnya menjadi salah satu faktor juga menyumbang kepada tercetusnya Revolusi Perancis.

Dalam sejarah moden, garam memainkan peranan besar dalam perjuangan kemerdekaan India. Pada tahun 1930, Mahatma Gandhi mengetuai Salt March, satu demonstrasi protes terhadap monopoli garam yang dikenakan oleh penjajah British. British melarang rakyat India daripada membuat atau menjual garam tanpa membayar cukai, meskipun garam boleh diperoleh secara semula jadi di pesisir pantai India.

Perjalanan sejauh 390 kilometer yang dilakukan oleh Gandhi ini menjadi simbol penentangan terhadap penjajahan, dan mengegarkan penjajahan British di India selepas itu!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.