Siapa sangka, imej Melayu bertanjak menjadi sesuatu yang kita dapat lihat dalam arena gusti antarabangsa yang dibawa oleh Ayez Shaukat-Fonseka Farid.
Dan baru-baru ini Shaukat memulakan debut pertamanya di Ohio Valley Wrestling (OVW)! Kepada sesiapa yang tidak tahu OVW ni apa, OVW merupakan salah sebuah syarikat promosi gusti popular yang jadi pilihan penggusti-penggusti WWE memulakan karier.
Sebut sahaja John Cena, Randy Orton, Batista malah Brock Lesnar juga pernah beraksi di gelanggang OVW.
Bagaimana pula dengan permulaan karier Shaukat di Malaysia?
Asalnya Shaukat yang menggenggam ijazah dalam teknologi makmal perubatan mula mengejar impiannya jadi penggusti profesional pada 2014 setelah menang sebuah pertandingan TV3 dimana hadiahnya ialah peluang untuk bertemu bintang WWE, Booker T.
Booker T bagi cadangan kepada Shaukat untuk mulakan akademi gustinya sendiri di Malaysia sebab tak ada satu pun akademi gusti yang wujud pada waktu tu di sini.
Shaukat pun ikut saranan Booker T tadi dan tubuhkan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) dengan hanya 4 orang pelajar asalnya.
Pada 2016, MYPW beraksi di dalam ekspo gusti anjuran Kelab Peminat Gusti Malaysia. Dari sinilah mereka mula dikenali ramai.
Shaukat kemudiannya meninggalkan MYPW dan menubuhkan Asian Pacific (APAC) Wrestling yang turut dianggotai oleh penggusti wanita berhijab pertama di dunia, Nor “Pheonix” Diana.
Latihan-latihan untuk penggusti yang diadakan di APAC dicipta oleh Shaukat bersama Tom Prichard, pelatih lagenda yang pernah melatih The Rock, Randy Orton dan Kurt Angle.
Walaupun arena gusti di Malaysia tak berapa besar, banyak kekangan yang perlu dihadapi Shaukat seperti masalah kewangan tapi hasil usaha Shaukat membuatkan beliau berjaya tembus ke arena gusti profesional Amerika Syarikat.
Shaukat menjadi penggusti Asia Tenggara pertama yang beraksi di dalam arena gusti TV Amerika pada 2022 bersama Reality of Wrestling yang dimiliki oleh Booker T.
Disebabkan kebebasan berkreativiti yang diperoleh, Shaukat mengekalkan identiti The Prophet of Pain yang bertanjak dan berbaju layang songket untuk mempromosikan budaya Melayu ke dunia luar.
Dan kini beliau kembali lagi ke Amerika Syarikat untuk bersaing di dalam OVW. Salut kepada anak Melayu ini yang tak kenal penat lelah untuk membawa nama Malaysia ke persada tertinggi gusti profesional.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih