Kecewa apabila mendengar Universiti Malaya, sebuah universiti terkemuka di Malaysia menjemput seorang pro-Zionis memberi syarahan dan mengutuk Malaysia secara terang-terangan di dalam syarahannya.
Ketika dia sampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Bruce nyatakan “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States”. Ayat ini sememangnya dia tujukan kepada kita rakyat Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia takkan nak berdiam diri je bila perkara sebegini berlaku. Orang luar yang fikir mereka bertamadun ni sewenang-wenangnya sebegini. Apa dia ingat negara dia bertamadun sangat ke?
Konon “White Man Burden” padahal pemimpin negara dia yang kononnya “Polis Dunia” tu langsung tak buat apa-apa untuk hentikan kancah peperangan, malah ia melibatkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin tak kira wanita atau kanak-kanak!
Kau orang Amerika Syarikat tak ada hak untuk tuntut kami memperjuangkan realiti nasib rakyat Palestin yang terseksa dek kerana kamu orang putih tak sedar diri.
Sempat lagi dia keluarkan kenyataan di media sosialnya selepas dia berjaya keluar dengan “selamat” dari Malaysia. Katanya “I have safely departed from Malaysia, one step ahead of the Islamo-fascist mob whipped up by the government there. This is not a safe country to travel to now.”
Orang yang tak berpijak di bumi yang nyata ni memang takkan pernah nampak apa realiti yang berlaku di depan mata. Rupanya bila kita selongkar lagi apa yang dilakukan professor pro-Zionis ni, dia juga seorang yang cuba whitewashing sejarah kolonial British.
Dia cuba menyebarkan dakyah suci kononnya British yang menghapuskan perhambaan dan membawa impak pada ekonomi dan sosial masyarakat negara jajahannya. Untuk menjustifikasikan penjajahannya itu, dia sapu rata semua jenis penyiksaan yang dibuat kolonial ini sebagai satu cara kemanusiaan.
Tolonglah, saya menyeru kepada institusi pengajian tinggi supaya jangan dibawa lagi orang-orang yang mahu menyebarkan dakyah Zionis ini ke dalam negara kita. Mereka inilah musuh dalam selimut yang berdiri disebalik topeng akademik. Jangan sampai pisang berbuah tiga kali.
Oleh: Azizul Farhan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih