Mereka adalah ‘fuller’ iaitu pencuci pakaian kepada semua warga kota. Mereka dipandang rendah kerana menggunakan air kencing manusia dan haiwan sebagai detergen tetapi merupakan antara pekerjaan yang paling berjaya dan bergaji tinggi ketika itu.
Perkataan ‘fuller’ ini berasal daripada perkataan Latin, fullo, yang bermaksud “pencuci” atau “penggosok kain”. Tukang cuci Rom purba ini adalah pencuci yang mencuci pakaian kota dan juga memproses kain yang kemudiannya dijadikan pakaian, selimut, atau barang lain yang diperlukan.
Pada zaman itu, orang Rom kelas atasan amat mengambil berat cara pemakaian mereka kerana ia mencerminkan status seseorang. Mereka berhati-hati dalam memupuk imej awam yang mengagumkan. Pakaian Rom adalah uniseks, dan kanak-kanak hanya memakai versi pakaian dewasa yang lebih kecil (biasanya hanya tunik untuk lelaki dan perempuan).
Untuk menyelesaikan kesemua urusan mencuci pakaian ini, tukang cuci inilah yang diberi tanggungjawab untuk melakukannya. Proses mencuci ini ada tiga langkah utama. Pertama, pelanggan akan membawa pakaian mereka ke fullonica (tempat cucian) dan meninggalkan pakaian kepada fuller tadi.
Mereka diberi arahan lengkap tentang perkara yang perlu dilakukan dengan setiap pakaian itu. Kedua, tukang cuci memasukkan pakaian ke dalam tong khas dan kemudian menambah air dan air kencing sebelum melangkah masuk ke dalamnya.
Air kencing yang dijadikan detergen ini sebenarnya dikumpulkan dari tandas awam dan para tukang cuci sangat obses untuk mengumpul lebih banyak air kecing demi pekerjaan yang mereka lakukan.
Tong berisi pakaian itu dibahagi antara satu sama lain dengan dinding rendah, yang akan digunakan oleh orang untuk menjaga keseimbangan semasa dia menginjak-injak pakaian dengan kaki kosong.
Selepas beberapa lama, pakaian dikeluarkan dari tong basuhan dan diperah sama ada dengan tangan atau melalui penekan khas dan kemudian dipukul dengan kayu untuk menanggalkan kotoran yang tertinggal. Pakaian diletak pula dalam mangkuk bilas yang dibekalkan dengan air bersih dari sistem pusat bandar.
Pakaian sekali lagi diperah dengan tangan atau melalui penekan dan kemudian dihamparkan di atas rak kawasan terbuka untuk dikeringkan. Semasa dijemur ini, ia digosok untuk mengeluarkan sebarang serabut.
Pakaian yang putih diletakkan sulfur untuk mengekalkan warna putihnya, manakala pakaian berwarna disapu dengan bahan semula jadi yang dikenali sebagai ‘fullers’ earth’ yang membantu memulihkan warna, mengekalkan kualiti kain dan menghilangkan sebarang kotoran yang berlarutan.
Setelah dibersihkan dan dikeringkan, pakaian itu biasanya ditandakan dengan nama pelanggan untuk pengambilan atau penghantaran bergantung pada pengaturan yang telah dibuat.
Ini mungkin servis dobi tertua dunia yang pernah didengari. Namun, melihat kepada jenis detergen yang digunakan, mungkin kita harus berfikir sekali lagi sebelum menggunakannya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih