Dalam masyarakat Mesir purba, rambut mereka memainkan peranan penting dalam identiti budaya. Ia menunjukkan jantina, umur, status dan peranan dalam masyarakat, dan juga membawa kesan erotik, keagamaan dan keajaiban.

Sepanjang era ketamadunan Mesir purba ini, gaya rambut masyarakatnya sering berubah-ubah. Bagi wanita kelas atasan, gaya rambut mereka kebanyakannya adalah panjang.

Namun, ada masanya, rambut mereka turut dipotong pendek atau dicukur. Paling utama, mereka juga mementingkan penggunaan rambut palsu untuk kegunaan ketika acara atau majlis tertentu.

Dalam satu penemuan di makam di Hierakonpolis, satu mumia wanita yang dipercayai hidup pada sekitar 3400 SM ditemui dalam keadaan masih memakai satu set sambungan rambut. Bukti ini menunjukkan bahawa wanita mungkin daripada golongan elit yang gemar memakai rambut palsu.

Jadi, apa sebabnya masyarakat elit Mesir purba ini gemar memakai rambut palsu?

Golongan elit Mesir purba kebanyakannya memakai rambut palsu sebagai penanda sttaus dalam hierarki sosial Mesir. Ini kerana rambut palsu yang lengkap memakan masa yang lama untuk dibuat dan harganya lebih mahal, maka penggunaannya dihadkan sebahagian besarnya hanya kepada golongan elit.

Malah, rambut palsu ini juga memenuhi keinginan mereka yang ingin menggayakan rambut dengan cara yang rumit, tapi masih berfungsi sebagai rambut yang praktikal.

Bagi golongan ini, rambut palsu melindungi kepala mereka yang dicukur daripada kesan berbahaya cahaya terus matahari dan, tidak seperti tudung kepala, alas asas rambut palsu yang seperti jaringan membenarkan haba badan keluar.

Bagi masyarakat Mesir purba, amalan ini mengekalkan tahap kebersihan kulit kepala, mengurangkan masalah kutu, kerana rambut asli turut dilindungi oleh rambut palsu yang boleh dibuang pada bila-bila masa.

Rambut palsu ini juga muncul kerana sebab yang lain. Jika anda nak tahu, orang Mesir purba tidak suka mempunyai rambut uban atau putih. Mereka gunakan inai untuk mengelakkan masalah ini, tetapi dalam iklim Mesir yang kering, rambut palsu adalah penyelesaian yang lebih baik.

Rambut palsu ini juga ada jenis-jenis tertentu bergantung kepada bahan yang diguna untuk menghasilkannya. Rambut palsu paling mahal kelihatan seperti rambut sebenar.

Ia diperbuat daripada serat seperti linen, bulu biri-biri, bulu haiwan lain, dan rambut manusia yang dilekatkan bersama dengan lilin lebah. Yang paling murah diperbuat daripada serat sayuran, dan hanya kerabat diraja menggunakan rambut palsu yang diperbuat daripada rambut manusia.

Untuk kedua-dua rambut asli dan rambut palsu, orang Mesir purba menggunakan minyak wangi seperti minyak cemara, minyak badam dan minyak rosemary. Mereka percaya bahawa minyak merangsang pertumbuhan rambut. Popular pada zaman dahulu, biji fenugreek masih digunakan sebagai ubat untuk pertumbuhan rambut.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.