Pada abad ke-13, umat Islam berdepan serangan Mongol. Ketika itu, Rumi dan ayahandanya menjadi ulama besar di kota Konya, Anatolia. Saksikan bagaimana Rumi memberi motivasi kepada ummah.

Sultan Alauddin Kaykobad dan pegawai kerajaan Bani Seljuk sering meminta pendapat Rumi untuk menghadapi zaman yang getir itu.

Rumi tidak mengasingkan kerja dengan ibadah.

Seorang penghulu Bani Seljuk pernah mengeluh, “Malam dan siang, sepenuh jiwa aku mahu bermunajat, tetapi kerana tanggungjawabku menangani masalah Tatar aku tidak mempunyai masa untuk banyak beribadat.”

Rumi menjawab, “Tanggungjawab engkau dilakukan untuk Allah, ia amat penting untuk keselamatan negara. Engkau mengorbankan diri, harta benda dan masa bagi menenangkan hati orang lain agar dapat beribadat dengan aman. Jadi ini juga merupakan kerja yang baik. Allah telah menarik minat engkau terhadap kerja yang baik dan kasih sayang engkau untuk apa yang engkau lakukan sebagai bukti keberkatan Allah.

Rumi turut membongkar kepura-puraan Mongol.

Seseorang telah berkata, “Tatar mempercayai kehidupan selepas mati dan hari pembalasan di akhirat.”

Rumi menjawab, “Bohong! Mereka berpura-pura supaya dapat diterima oleh kaum Muslimin. Apa buktinya? Dosa-dosa, kejahatan serta kekejaman yang mereka lakukan turun sedingin salju dan tinggi membukit. Sedangkan kaum Muslimin acap kali mengingati hari mahsyar, dosa-dosa kita mencair seperti salju yang dipanah panas matahari. Mana mungkin musim merubah namun salju kekal begitu sahaja. ‘Salju dan ais’ mereka yang tidak berkutik ialah bukti bahawa ‘matahari’ mereka masih belum terbit.”

Semua yang mendengar termenung panjang. Benarlah kata ulama ini. Kekejaman Tatar tidak boleh ditolak ansur. Sudah banyak kota yang menjadi padang jarak padang tekukur. Melimpah-limpah darah yang tumpah dari kepala kaum Muslimin yang disembelih.

Pada tahun 1260 Masihi di Ain Jalut, Tatar akhirnya kalah di tangan raja berjiwa sufi bernama Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz.

Jullanar, isteri tercintanya meraih syahid terlebih dahulu lantaran menerobos ke dalam perang dan menjadi perisai hidup bagi suami.

Semasa Jullanar nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata, “Wahai kekasihku.” Jullanar membalas dengan mengucap, “Wahai Saifuddin, lebihkanlah kasihmu terhadap Islam.”

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy

Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply