Ya, apa yang anda baca ini memang benar dan pernah berlaku pada era Uthmaniyyah. Bayangkan lebih dari 10 kerajaan Eropah bersatu dalam sebuah Perang Salib dan PADAM dalam satu pertempuran. Gabungan tersebut dari Kingdom of Poland, Kingdom of Hungary, Kingdom of Croatia, Grand Duchy of Lithuania, Kingdom of Bohemia, Principality of Wallachia, Bulgarian rebels, Kingdom of Bosnia Papal dan States Teutonic Knights.

 

Awalnya, kesemua wakil kerajaan ini bersepakat ingin menumbangkan kerajaan Uthmaniyyah yang semakin berkuasa di bahagian Eropah dan Anatolia. Ditambah lagi dengan pertabalah baharu Sultan Uthmaniyyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih yang ketika itu berusia 12 Tahun.

 

Perkara ini dilihat sebagai sebuah peluang yang baik untuk memadamkan Empayar Uthmaniyyah dalam peta Eropah. Berita ini sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan Muhammad Al-Fatih yang masih baharu dalam pemerintahan segera menulis surat kepada ayahnya, Sultan Murad II yang sedang berehat dari pemerintahan.

 

Surat tersebut berbunyi, “Jikalau ayahanda seorang sultan, maka kembalilah dan pimpinlah tentera Ayahanda dan jikalau sayalah sultan maka saya perintahkan agar ayahanda untuk kembali dan memimpin tentera saya.”

 

Sultan Murad II kemudiannya menduduki takhta semula dan memimpin pasukan Uthmaniyyah. Sebelum menuju medan perang, Sultan Murad II memerintahkan Candarli Halil Pasya, Wazir Agung Uthmaniyyah untuk meredakan sebarang ancaman dalaman seperti Emirriyah Karaman yang bangkit di Anatolia.

 

Kemudiannya, Sultan Murad II mara ke arah Varna bersama pasukan Uthmaniyyah. Pasukan Salib Eropah ini dipimpin oleh Wladyslaw III, John Hunyadi dan ramai pemimpin Eropah yang hadir bagi mengalahkan pasukan Uthmaniyyah. Akhirnya, pasukan Uthmaniyyah memenangi pertempuran ini yang dinamai Varna sempena tempat berlakunya perang ini pada tahun 1444.

 

Oleh : Muqri Nizam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply