Kehidupan selepas Perαng Dunia Pertama di Jerman bukanlah mudah. Dengan kadar inflasi, kemiskinan dan pengangguran yang tinggi, membuatkan ramai berebut-berebut untuk mencari peluang dan ruang bagi meneruskan kehidupan.

Begitulah yang terjadi kepada Sepp Dietrich, bekas Sarjan Mejar dalam Tentera Imperial Jerman yang terpaksa diberhentikan akibat Perjanjian Versailles. Beliau terpaksa betukar-tukar kerja bagi meneruskan kehidupan. Sehinggalah pada suatu hari, beliau berjumpa dengan Adolf Hitler.

Pengenalan

 Josef “Sepp” Dietrich dilahirkan pada 28 Mei 1892 di Bavaria, Empayar Jerman. Beliau dilahirkan didalam keluarga kelas pertengahan dan dibesarkan di sebuah perkampungan ladang kecil di Memmingen. Beliau bukanlah seorang yang cerdik tetapi seorang rajin bekerja. Beliau cuba memohon untuk menjadi pegawai tentera tetapi tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.

Oleh itu, pada 1911 Dietrich  memasuki rekrut didalam Tentera Bavaria (salah satu kerajaan di dalam Empayar Jerman). Beliau dimasukkan kedalam 4th Rejimen Artileri Diraja Bavaria. Ketika Perαng Dunia Pertama meletus pada 1914, beliau menjadi peninjau artileri di Medan Barat (Western Front) menentang tentera Perancis dan British.

Beliau seorang peninjau meriam yang handal apabila berjaya membidik sasaran musuh dengan baik. Pada 1917, beliau dinaikkan pangkat kepada Koperal (Gefreiter) dan dianugerahkan pingat Iron Cross Kelas Kedua. Pada 1918, beliau dinaikkan pangkat kepada Sarjan (Unteroffizier) dan dianugerahkan pingat Iron Cross Kelas Pertama.

Selepas Jerman menyerah kalah pada 1918, Dietrich diberhentikan daripada perkhidmatan tenteranya. Beliau terpaksa bekerja sebagai pembantu pegawai polis dan juga pegawai kastam. Pada 1928, beliau ditemukan kepada Adolf Hitler oleh Christian Weber (pejuang awal Nazi). Hitler pada masa itu memerlukan pengawal peribadi dan melihat rekod Dietrich, beliau berhasrat untuk melantik Dietrich sebagai ahli Schutzstaffel (SS atau Pengawal Peribadi Hitler). Beliau memasuki Parti Nazi dan menjadi ahli SS yang ke 1,117 (antara yang paling awal).

Hitler memberi tanggungjawab kepada Dietrich sebagai drebar kereta dan seringkali memandu ke mana sahaja Hitler pergi. Selepas Hitler dilantik sebagai ahli parlimen, beliau membenarkan Dietrich untuk tinggal di dalam kuarters kerajaan di Reich Chancellery. Maka, Dietrich tidak perlu lagi menyewa bilik di Berlin. Hal ini menyebabkan Dietrich menjadi setia kepada Hitler kerana banyak membantu kebajikannya walaupun beliau hanyalah seorang drebar peribadi sahaja.

Politik

Dietrich memandu Hitler ke Berlin (1929).

 Pada 5 Januari 1930, Hitler mengambil keputusan untuk menjadikan Dietrich sebagai wakil Nazi di Lower Bavaria, di bawah tiket Parti Nazi. Kini, Dietrich bukan sahaja seorang drebar malah juga seorang wakil rakyat.

Dalam pada itu juga, Dietrich sering menghimpunkan ‘geng-geng’ untuk bertempur di jalanan menentang puak Komunis dan Anarkis yang cuba menentang Parti Nazi di Bavaria. ‘Pertempuran Jalanan’ ala-ala gengster ini berjaya dimenangi hasil pengurusan Dietrich yang cemerlang. Maka, bertapak kuatlah Parti Nazi di selatan Jerman dan tiada sebarang kumpulan yang berani menentang kerana takut akan Dietrich dan geng SS-nya.

Pada 1931, Hitler menganugerahkan pangkat SS-Gruppenfuhrer (suatu pangkat paramilitary SS, yang setaraf Leftenan Jeneral). Selepas Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman pada 30 Januari 1933, Dietrich diberi tanggungjawab untuk membentuk sebuah ketumbukan bersenjata elit kecil iaitu Leibstandarte SS Adolf Hitler (LSSAH). Kumpulan ini akan menerima latihan ketenteraan dan aset ketenteraan daripada Tentera Darat Jerman (Heer) bagi menjadi tentera peribadi paling elit untuk Adolf Hitler.

Malam Pisau-Pisau Panjang (Night of the Long Knives)

 Selepas Hitler mengambil alih tampuk kerajaan pada 30 Januari 1933, beberapa ahli Parti Nazi berasa kurang senang dengan tindakan “kurang radikal” olehnya. Salah seorang pelopor kuat dalam hal ini ialah Ernst Rohm, Ketua Sturmabteilung (SA – sebuah paramilitari Parti Nazi).

Rohm mahukan “Revolusi Kedua” diadakan di Jerman dimana Socialism diperkenalkan, kekayaan diagihkan sama rata, sistem aristokrat dihapuskan dan menjadikan 2 juta ahli SA diserapkan kedalam Angkatan Tentera Jerman (Reichswehr), di mana Rohm menjadi Panglima Angkatan Tentera.

Hitler dan Dietrich melawat berek SS, 1936.

Hal ini menimbulkan rasa kurang senang bagi beberapa figura besar di Jerman seperti Presiden Jerman Paul von Hindenburg, dan Panglima Reichswehr General Werner von Blomberg. Kumpulan SA ini memiliki akhlak yang terkutuk dan sering menggunakan gengsterism dalam menghancurkan lawan mereka. Kekuatan mereka mencecah 2 juta orang dimana membimbangkan General Blomberg yang mana angkatan tenteranya hanya dilimitasi seramai 100,000 orang sahaja.

Sebagai Menteri Tanpa Portfolio, Rohm pernah menyatakan hasrat di Reichstag (Parlimen Jerman) yang beliau mahu menjadi Menteri Pertahanan dan menggabungkan SA dan Reichswehr dibawah naunganya. Hal ini mengejutkan dan menakutkan ramai pihak termasuk Hitler sendiri. Beliau mula merasakan Rohm mahu mengadakan kudeta.

Tanpa membuang masa, Hitler memanggil orang-orang kananya iaitu Heinrich Himmler dan Hermann Goering bagi merencana pelan menghapuskan pesaing-pesaing dan musuh-musuh Parti. Pada 30 Jun 1934, Hitler mengarahkan semua pucuk kepimpinan SA termasuk Ernst Rohm untuk berada di Bad Wiesse, Bavaria bagi mengadakan mesyuarat tergempar pada keesokkan paginya.

Pada petang tersebut, Hitler bersama-sama Dietrich dan sekumpulan anggota LSSAH pergi ke Bad Wiesse untuk menahan Rohm dan konco-konconya. Dietrich menahan mereka di Penjara Stadelheim bagi menunggu arahan selanjutnya oleh Hitler. Pada jam 1700H, beliau mendapat arahan untuk membμnuh “para pengkhianat” di penjara tersebut, termasuklah Rohm.

Pada awal pagi 1 Julai 1934, Dietrich menelefon markas LSSAH di Berlin untuk pergi ke Kementerian Keadilan untuk menembak mαti beberapa orang kanan SA seperti Karl von Spreti (ajutan kepada Rohm) dan bekas Canselor, General Kurt von Scheicher

Tidak lama selepas itu, Hitler menaikkan pangkat Dietrich kepada SS-Obergruppenfuhrer, panglima 3 bintang di dalam paramilitari SS.

Sebelum Perαng

 Selepas Malam Pisau-Pisau Panjang, Dietrich mula mengembangkan unit pengawal dibawah pemerintahanya iaitu Leibstandarte SS Adolf Hitler (LSSAH). Pada asalnya unit ini hanya bersaiz kompeni dengan jumlah 118 orang anggota kemudian dibesarkan sehingga ke size rejimen serta mendapat dijadikan unit “Infantri Bermotor”.

Pada 1 Mac 1935, Dietrich bersama-sama unit LSSAH memasuki kawasan kawalan League of Nations, Saarland. Pada 12 Mac 1938, beliau dan unitnya memasuki Austria kemudian bergambung dengan Nazi Jerman membentuk peristiwa Anschluss. Pada 10 Oktober 1938, akibat daripada Munich Agreement, Dietrich dan LSSAH memasuki dan menawan Sudetenland, Czechoslovakia.

Pada tahun 1939, Dietrich berjaya membentuk satu pasukan bersenjata SS yang setaraf dengan Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht). LSSAH kini mempunyai uniform berwarna sama seperti Wehrmacht; mempunyai 3 batalion infantri penuh, 1 batalion artileri, dan beberapa unit anti-kereta kebal, tinjauan dan pasukan jurutera tempur. Tambahan lagi dengan setiap pasukan di dalam LSSAH akan mempunyai kenderaan bermotor yang tersendiri bagi mengangkut infantri dan peralatan perαng.

Dietrich menerima tabik hormat daripada seorang pegawai SS di markas LSSAH, 1939.

Perαng Dunia Kedua – Serαngan Ke  Atas Poland

Pada 1 September 1939, Nazi Jerman menyerαng Poland. Dietrich dan rejimen LSSAH juga mengambil bahagian di dalam serαngan ini apabila di letakkan dibawah 17th Infantry Division pimpinan Generaleutnant Hebert Hoch. LSSAH diberi tanggungjawab untuk menjaga sayap kanan divisyen berkenaan di bahagian selatan Poland.

Ketika ini, Dietrich dan LSSAH sangat terkenal dengan api apabila selepas bertempur dengan tentera Poland, mereka akan membakar kampung-kampung dan membμnuh orang-orang Yahudi di sana.

Melihat kejayaan tersebut, LSSAH dihantar ke Warsaw bagi membantu tentera Wehrmacht menawan ibukota berkenaan. Mereka berjaya mengekang tentera Poland daripada cuba melepaskan diri daripada Warsaw dan kota tersebut jatuh pada 28 September 1939. Walaupun dilihat sebagai satu kejayaan, tetapi Wehrmacht mengkritik unit LSSAH kerana sangat cuai dan terburu-buru dalam bertempur. Ramai anggota LSSAH cedera dan terbμnuh akibat kecuaian tersebut.

Pertempuran Perancis

 Pada Februari 1940, Dietrich diberikan sebuah bateri kereta kebal di mana sebanyak 50 buah kereta kebal Sturmgeschutz telah diberikan. Dietrich dan LSSAH dihantar ke Belanda bagi persediaan menyerαng negara berkenaan dan seterusnya memasuki Perancis dari arah utara.

Pada 10 Mei 1940, LSSAH menjadi penggempur barisan hadapan bagi memecah masuk pertahanan Belanda seterusnya bersatu dengan tentera payung terjun pimpinan General Kurt Student di Rotterdam. Sekali lagi, LSSAH membuktikan kecuaian mereka dengan casualties yang mencanak dan secara tidak sengaja tertembak General Student ketika Pertempuran Rotterdam.

Pada 15 Mei 1940, Belanda tumbang ketangan Nazi Jerman.

Kemudian Dietrich dan LSSAH bergerak ke selatan bagi menyerαng Perancis. Pada 24 Mei, Dietrich mengarahkan tenteranya untuk mengambil posisi di sekitar Dunkirk selepas Hitler melarang semua unit Jerman di sekitar Dunkirk untuk memasuki kota berkenaan yang memerangkap lebih 300,000 tentera British dan Perancis.

Pada 25 Mei, Dietrich (seorang Nazi tegar dan tidak pernah pergi Kolej Perαng) mengingkari arahan Hitler. Beliau memanggil Batalion Ketiga daripada LSSAH untuk menyeberang sungai dan menawan kedudukan artileri British di utara Dunkirk.

Tindakan ini mengejutkan ramai pihak di mana Dietrich boleh dikenakan court-martial. Sebaliknya, Hitler menganugerahkan Dietrich pingat Knight Cross of the Iron Cross.

Pada 28 Mei, barulah Hitler mengarahkan unit-unit Jerman mara untuk menawan Dunkirk namun sudah ramai tentera British dan Perancis berjaya diselamatkan keluar daripada pengepungan di sana. Bagi melepas geram, beberapa unit LSSAH berjaya menawan beberapa kampung di sekitar Dunkirk sebelum membakar dan membμnuh tawanan-tawanan perαng di sana.

Serαngan Ke Atas Yugoslavia dan Greece

 Setelah Pertempuran Perancis tamat pada 22 Jun 1940, Dietrich memindahkan unit LSSAH ke Metz di utara Perancis untuk rehat dan rawat. Pada ketika ini, Dietrich bergembira apabila unitnya dibesarkan kepada saiz Briged dengan keanggotaan seramai 6,500 orang. Mereka juga dilatih untuk membuat serαngan amfibia bagi persediaan menawan Britain.

Dietrich berehat di sebuah ladang di Greece, April 1941.

Namun, Hitler menghantar unit LSSAH ke selatan Eropah dimana mereka akan bersama-sama 12th Army pimpinan Field Marshal Wilhelm List untuk menyerαng Yugolavia dan Greece.

Pada 6 April 1941, Belgrade dibom oleh Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) menjadikan bandar tersebut padang jarak padang tekukur. Pada 12 April, Dietrich dan LSSAH diberikan penghormatan untuk memasuki dan menawan bandar berkenaan.

Pada 20 April, Dietrich dan LSSAH mara sehingga ke Athens dan kemudian ke Teluk Patras menghadap Laut Mediterranean menjadikan mereka unit pertama yang secure di pesisir pantai selatan Greece.

Dietrich bersama-sama pegawai tentera tawanan British (kiri) dan Greece (tengah) ketika Pertempuran Greece 1941.

Serαngan Ke Atas Soviet Union

 Reichsfuhrer-SS Heinrich Himmler mengarahkan LSSAH dinaiktaraf sebagai sebuah divisyen tentera penuh selepas prestasi yang hebat ketika Pertempuran di Yugoslavia dan Greece. Dietrich akan membawa divisyen baru ini ke Czechoslovakia pada bulan Mei bagi persediaan dalam serαngan besar-besaran keatas Soviet Union – Operation Barbarossa.

Pada 22 Jun 1941, Nazi Jerman melancarkan Operasi Barbarossa, serαngan paling besar dalam sejarah ketenteraan; lebih 2 juta tentera menyerαng Soviet Union dalam satu masa.

Dietrich dan LSSAH (kini digelar 1st SS Division (motorised)) diletakkan dibawah naungan 1st Panzer Army pimpinan Generaloberst (Colonel-General) Ewald von Kleist, sebahagian daripada Army Group South pimpinan Field Marshal Gerd von Rundstedt.

Dietrich memimpin 1st SS Division dalam Pertempuran Uman dan Penawanan Kiev pada September 1941. Selepas itu, tentera pimpinan Dietrich perpindah ke Sevastopol dan diletakkan dibawah naungan 11th Army pimpinan Generaloberst Erich von Manstein.

Pada bulan Oktober, Dietrich dan tenteranya dipunggah ke Rostov untuk mempertahankan kota berkenaan daripada serαngan balas Soviet yang hebat. Dietrich meminta kebenaran Rundstedt (Panglima Army Group South) untuk berundur daripada Rostov kerana sudah ramai anggota tentera 1st SS Division yang terkorban dan berisiko untuk dimusnahkan.

Pada Disember 1941, Rundstedt bersetuju untuk meninggalkan Rostov dan hal ini menjadi punca kemarahan Hitler. Beliau memecat Rundstedt akibat daripada pengunduran tersebut. Mendengar daripada peristiwa itu, Dietrich terbang ke Markas Fuhrer di Wolf’s Lair dan menerangkan kepada beliau mengenai rasional pengunduran tersebut.

Dietrich bersama-sama Hilde Speer dan Margett Speer di Obersalzburg, 1942.

Kesal dengan keputusan tersebut, Hitler memberikan hadiah tunai sebanyak 50,000 Reichsmark serta memberi Dietrich dan 1st SS Division rehat dan rawat di Normandy, barat Perancis.

Panglima Panzer

Pada Julai 1942, tiga buah division SS, 1st SS Division (LSSAH), 2nd SS Division (Das Reich) dan 3rd SS Division (Totenkopf), digabung dan membentuk sebuah Kor iaitu SS Panzer Corps. Ketiga-tiga divisyen tersebut kini dilengkapi dengan kereta kebal yang baru dan terkini. Antaranya ialah sebuah kereta kebal berat iaitu Tiger I.

Panglima pertamanya ialah Sepp Dietrich. Kor ini mengambil bahagian dalam serαngan keatas Toulon, Perancis dalam Operasi Anton bagi menawan seluruh Tentera Laut Perancis yang berpangkalan di sana.

Selepas kecelakaan di Stalingrad, tentera Jerman yang baru dibentuk di selatan Rusia; Army Group Don pimpinan Field Marshal Erich von Manstein. Beliau mengarahkan Dietrich dan SS Panzer Corps untuk membantunya di selatan Rusia bagi menstabilkan barisan hadapan tentera Jerman di sana.

Tetapi, Dietrich dipanggil semula ke barat oleh Field Marshal Gerd von Rundstedt (kini Panglima Medan Barat) bagi memimpin ketumbukan SS Corps yang baru, 1st SS Panzer Corps. Manakala di Rusia, tempatnya diambil alih oleh SS-Obergruppenfuhrer Paul Hausser, kini dinamakan semula sebagai 2nd SS Panzer Corps.

Medan Barat

 Pada Julai 1943, sekutu Nazi Jerman iaitu Itali menyerah kalah dan berpihak kepada pihak Berikat. Hitler menghantar Dietrich dan 1st SS Panzer Corps ke Itali dalam Operation Axis bagi menyahsenjatakan tentera Itali yang setia kepada pihak Berikat. Dietrich juga dihantar untuk menyelamatkan perempuan simpanan Benito Mussolini iaitu Clara Petacci di utara Rome.

Kemudian, Dietrich membina pangkalan baru di Brussels, Belgium bagi persediaan dalam menghadapi serαngan amfibia pihak Berikat yang akan berlaku tetapi tidak tahu dari arah mana.

Pada April 1944, Rundstedt mengarahkan Dietrich untuk memindahkan seluruh 1st SS Panzer Corps ke Paris sebagai pasukan tentera Panzer simpanan. Perkara ini ditentang keras oleh Field Marshal Erwin Rommel, komander Army Group B yang mempertahankan pesisir pantai Perancis.

Rommel merasakan adalah lebih baik tentera Panzer ini dihantar ke pantai bagi menghalang pendaratan tentera Berikat. Kemudian, Hitler membahagi dua tentera Panzer tersebut, sebahagian di Paris, sebahagian di Normandy dan sebahagian di Calais, merosakkan lagi pelan pertahanan Jerman di Atlantik.

Pada 6 Jun 1944, tentera Berikat mendarat di Pantai Normandy. Dietrich yang pada ketika itu berada di Berlin, bergegas semula ke Paris bagi membendung serαngan tentera Berikat. Malangnya, tentera Berikat sudahpun mendaratkan hampir 1 juta tentera di Normandy dalam masa 24 jam.

Dietrich juga tempang apabila semua divisyen SS dibawah 1st SS Panzer Corps tidak centralized di mana mereka dihantar dan diletakkan di luar kawalan dan pemerintahan beliau. Contohnya, 1st SS Panzer Division di Calais, 2nd SS di Caen, 3rd SS di selatan. Dietrich kemudian menghantar protes kepada Rundstedt tetapi tidak mempunyai apa-apa maklum balas.

Tentera Jerman juga gagal dalam beberapa siri serαngan balas seperti Operation Luttich apabila tentera Berikat berjaya mematahkan serαngan balas yang lemah tersebut akibat bantuan bertali arus oleh tentera udara pihak Berikat.

Plot Membμnuh Hitler

Rommel (kiri) dan Dietrich di Normandy, Mei 1944.

Seawal 1944 lagi, Dietrich sudah rasa peperαngan ini semakin sia-sia. Kekalahan yang berlaku di Rusia, kelemahan Luftwaffe di udara dan beberapa siri kekalahan di Lautan Atlantik membuatkan Dietrich, antara Nazi tegar, berfikir dua kali mengenai perαng ini.

Hubungan Dietrich dan Hitler sangat rapat dek kerana Dietrich pernah menjadi drebar sejati kepada Hitler diawal penubuhan Parti Nazi. Dietrich juga merupakan ketua pengawal peribadi Hitler dan mempunyai akses yang cukup rapat dengan Fuhrer berkenaan.

Tidak hairanlah Dietrich dilantik sebagai komander 1st SS Division dan diberikan banyak anugerah. Hitler juga menaikkan pangkat Dietrich kepada SS-Oberstgruppenfuhrer (atau Colonel-General), sebuah pangkat setaraf panglima 4 bintang dan kedua tertinggi di dalam SS pada 1 April 1944.

Ironinya, Dietrich sering berbual-bual secara privasi dengan Hitler dan sering menegur tindak-tanduknya di dalam perαng. Dietrich bukanlah seorang ahli politik tegar. Obsesi Dietrich sekarang ini tertumpu kepada pengendalian perαng, (walaupun tidak pernah mendapat pendidikan strategi peperαngan yang formal).

Hubungan rapat inilah yang menjadi kunci kepada beberapa konspirator yang cuba menjatuhkan Hitler. Di Medan Barat (Oberbefehlshaber West, OB West) terdapat paramilitari seperti SS tidak mendapat kuasa penuh kerana didominasi oleh pegawai-pegawai Wehrmacht.

Colonel Claus von Stauffenberg, salah seorang konspirator pernah berjumpa dengan orang-orang tertinggi di Medan Barat (OB West) seperti Field Marshal Rundstedt dan Field Marshal Rommel. Stauffenberg juga berjumpa dengan panglima-panglima SS seperti Dietrich dan SS-Obergruppenfuhrer Wilhelm Bittrich.

Mendengar daripada plot ini, Dietrich pergi ke markas Army Group B untuk berjumpa dengan komandernya iaitu Rommel pada 14 Julai 1944. Dietrich memberitahu Rommel (yang merupakan hero perαng), jika Rommel ingin mengadakan kudeta, seluruh tentera SS di Medan Barat akan menyokongnya. Terkejut Rommel apabila mendengar kata-kata tersebut.

Pada 15 Julai, Rommel menulis surat kepada Hitler agar beliau mencari jalan terakhir untuk menghentikan perαng. Namun surat tersebut dilewatkan selama 2 minggu.

Pada 20 Julai 1944, Stauffenberg meletupkan bom di markas Hitler di Wolf’s Lair di timur Prussia. Rommel dan Dietrich tidak terlibat secara langsung dalam percubaan membμnuh Hitler tersebut. “Operation Valkyrie” tersebut gagal membμnuh Hitler dan kudeta yang diadakan di Berlin berjaya dipatahkan.

Hitler mengarahkan Rommel untuk “dilenyapkan” pada 14 Oktober 1944 selepas surat tersebut sampai kepada Hitler. Dietrich pula terselamat apabila Hitler tidak tahu langsung jika Stauffenberg atau para konspirator pernah berjumpa dengan Dietrich ataupun tidak.

Dietrich (kiri) bersama-sama Field Marshal Model (tengah) dan General Eberbach (kanan) di markas Army Group B

Antara Jun hingga Oktober 1944, tentera Jerman perlahan-lahan terpaksa berundur keluar daripada Perancis dek asakan demi asakan oleh tentera Berikat. Dalam kekalutan tersebut, Dietrich memangku sementara sebagai Panglima 5th Panzer Army sebelum menyerahkan tampuk kempimpinan kepada General der Panzertruppe Hasso von Manteuffel.

Dietrich kemudianya dianugerahkan pingat Knight’s Cross of the Iron Cross bersama Oak Leaves, Swords dan Diamonds oleh Hitler.

Battle of the Bulge – Perjudian Terakhir

Pada 15 September 1944, Hitler memanggil Sepp Dietrich ke Berlin untuk berbual dan membincangkan isu semasa. Hubungan Hitler dan Dietrich bukanlah biasa-biasa. Dietrich merupakan bekas drebar yang memandu Hitler kemana sahaja ketika di awal kancah politik Hitler.

Debaran juga dirasai Dietrich jika Hitler sebenarnya tahu yang Dietrich sebenarnya pernah cuba untuk menentangnya dan terlibat secara tidak langsung dalam Plot 20 Julai.

Hitler bersalaman dengan Dietrich ketika lawatan kerja pada Oktober 1944

Dalam perbualan tersebut, Dietrich tanpa segan silu menegur Hitler mengenai caranya dalam mengendalikan perαng di barat. Dietrich juga memberi jaminan bahawa tentera SS akan sentiasa setia kepadanya walau apa jua yang terjadi.

Kemudian Dietrich dikejutkan dengan niat sebenar Hitler yang mahu mengadaka serαngan balas besar-besaran di Medan Barat. Dietrich dilantik sebagai komander kepada 6th Panzer Army. Dietrich yang tercengang hanya mengangguk sahaja.

Perjudian kali ini bukan biasa-biasa. Hitler mengerahkan seluruh aset simpanan Jerman di Medan Barat bagi menjayakan serαngan ini yang diberi nama Operation Watch on the Rhine. Hitler mahu Rundstedt mengerahkan formasi paling kuat yang beliau ada iaitu Army Group B, pimpinan Field Marshal Walter Model untuk melancarkan operasi ini.

Operasi ini bertujuan untuk menawan kota-kota penting di Belgium iaitu Antwerp dan Brussels. Seterusnya memecahbelahkan tentera British dan tentera Amerika di Medan Barat.

Army Group B mempunyai jumlah tentera seramai 406,342, 557 kereta kebal, 667 kereta kebal pemusnah, 1,261 kereta perisai, 4,224 meriam dan anti kereta kebal.

Komposisi tersebut termasuklah 13 divisyen infantry dan 7 divisyen armor merangkumi 5th Panzer Army pimpinan General Hasso von Manteuffel, 7th Army pimpinan General Erich Bradenberger dan 6th Panzer Army pimpinan SS-Colonel General Sepp Dietrich.

Dietrich diberikan komposisi tentera yang paling hebat dan paling lengkap sekali. Beliau juga diberikan jalan mudah dan paling dekat dengan objektif iaitu Antwerp dibahagian utara. Kali ini, Hitler memberikan kepercayaan kepada Dietrich, seorang panglima SS untuk memimpin serαngan awal dan mutlak dalam operasi ini.

Selepas Plot 20 Julai, Hitler sudah tidak mempercayai panglima-panglima Wehrmacht. Sebagai seorang Nazi tegar, Hitler lebih mengagung-agungkan tentera 6th Panzer Army yang kebanyakkan dipimpin oleh panglima-panglima SS seperti Dietrich, Bittrich dan Peiper.

Rundstedt yang risau dengan keadaan ini menghantar beberapa pegawai staf kepada Dietrich bagi membantu dalam misi tersebut.

“Dietrich tu bagus. Tapi bodoh. Orang itu tidak tahu macam mana nak baca peta.” – Field Marshal Gerd von Rundstedt.

Pada 16 Disember 1944, Hitler melancarkan operasi tersebut. Serαngan kali ini sama seperti yang berlaku ketika menyerαng Perancis pada 1940; melalui hutan tebal Ardennes. Dengan cuaca salju dan kabus tebal, tentera Jerman menyerαng kedudukan tentera Berikat di seluruh sektor di Ardennes.

Sepp Dietrich dan 6th Panzer Army menusuk masuk dari arah utara. Namun, serαngan mereka terpaksa terhenti akibat asakan hebat oleh tentera Amerika. Dietrich mengaktifkan sebuah ‘battlegroup’ iaitu Kampfgruppe Peiper untuk menjadi pasukan penusuk. Peiper mempunyai sepasukan armada kereta kebal seperti Tiger II dan Panther cuba untuk melalui jalan-jalan pintas bagi melepasi pertahanan tentera Amerika.

Walaupun begitu, Peiper menghadapi kesukaran akibat cuaca buruk membantutkan operasi serαngan mereka. Ada satu ketika unit tersebut tersesat di hutan Ardennes dan terpijak periuk api sendiri. Mereka juga terpaksa berhempas pulas di pekan Elsenborn yang berjaya dipertahankan oleh tentera Amerika yang berkampung di sana.

Manakala progress di bahagian tengah oleh 5th Panzer Army pimpinan panglima Wehrmacht, General Manteufel harus diberi pujian. Beliau berjaya mengepung pekan Bastogne dan mara sehingga ke Sungai Meuse, 50 batu daripada Antwerp.

Pada 25 Disember, tentera Amerika pimpinan Lt. General George S. Patton melancarkan serαngan balas dan membuka jalan kepada tentera Amerika yang terperαngkap di Bastogne. Pada ketika ini seluruh operasi serαngan Jerman sudah terbantut.

Pada 26 Disember, Tentera Udara Pihak Berikat memulakan serαngan udara selepas cuaca mula cerah dan kabus mula beransur hilang. Dietrich yang tersangkut di pekan Elsenborn di utara ketumbukan mula kucar-kacir akibat serαngan udara tersebut.

Pada 7 Januari 1945, Hitler mengarahkan seluruh tentera Jerman untuk berundur dan melupakan terus operasi tersebut.

Kembali ke Timur

Dietrich kemudian dihantar bersama-sama 6th Panzer Army ke Medan Timur. Tentera Soviet pimpinan Marshal Fyodor Tolbukhin dan Marshal Radion Malinovsky (yang memimpin 3rd Ukrainian Front dan 2nd Ukrainian Front) telah memecah masuk ke Hungary dan cuba menawan salah satu telaga minyak terakhir di sana.

Dietrich dan 6th Panzer Army diletakkan dibawah kepimpinan Army Group South pimpinan General der Infantrie Otto Wohler. Namun, pelan dan rancangan operasi di dalam ketumbukan ini hanya dilakukan oleh Hitler sendiri tanpa mendengar nasihat panglima-panglima bawahanya.

Pada 6 Mac 1945, Hitler mengarahkan Operation Spring Awakening diaktifkan. Dietrich dan 6th Panzer Army menjadi tentera penusuk bagi membedil kedudukan Soviet di telaga minyak sekitar Tasik Balaton. Sebanyak 230 kereta kebal dan unit elite dan veteran SS menjadi taruhan Hitler demi mendapatkan semula telaga minyak ini.

Objektif Dietrich ialah Sungai Danube di mana dengan menawanya mereka akan memerangkap seluruh 3rd Ukrainian Front dan bergabung dengan 2nd Panzer Army (sebuah pasukan sahabat di sebelah utara.

Namun pada 14 Mac, Dietrich diasak oleh beberapa elemen partisan Yugoslavia daripada Marshal Josip Broz Tito yang melancarkan serαngan gerila keatas Dietrich dan tentera Panzernya.

Asakan demi asakan yang diberikan oleh tentera Soviet yang bertahan di sekitar Sungai Danube dan Tasik Balaton mengurangkan kekuatan Dietrich sehingga tinggal 85 kereta kebal Panzer sahaja yang tinggal.

Pada 16 Mac, Marshal Tolbukhin dan 3rd Ukrainian Front melancarkan serαngan balas bersama-sama 2nd Ukrainian Front yang datang dari arah timur. Serαngan ini memberi risiko yang besar di mana Dietrich dan 6th Panzer Army mungkin akan terkepung.

Pada 22 Mac, Dietrich mengarahkan seluruh 6th Panzer Army (selepas casualties meningkat) untuk berundur ke terus ke Vienna, Austria. Pada ketika ini, 6th Panzer Army hanya tinggal 6 biji kereta kebal Tiger II sahaja yang tinggal.

“Diorang panggil kita ‘Tentera Panzer Ke-6’ sebab kita hanya ada 6 biji Panzer sahaja yang tinggal” – SS-Oberstgruppenfuhrer Sepp Dietrich.

Vienna

Pada 8 April 1945, Dietrich dan 6th Panzer Army dalam keadaan yang sama lemah, tiba di ibu kota Vienna. Bagi Dietrich, peperαngan sudah tamat dan Vienna merupakan kota terakhir untuk dipertahankan. Di sebelah timur ialah tentera Soviet dan di sebelah barat ialah tentera Amerika.

Hitler yang berang Dietrich membuat pengunduran, mengarahkan seluruh unit SS dibawah 6th Panzer Army untuk membuang “gegelang nama Adolf Hitler” (cuff title) kerana telah gagal dalam misi mustahil mereka. Dietrich menghiraukan sahaja arahan tersebut.

Dietrich bersama-sama isteri dan staf-staf menyerah kalah di markas 36th US Infantry Division, Mei 1945.

Tentera Soviet mula membanjiri timur Austria dan kini bertempur dengan beberapa elemen yang lemah 6th Panzer Army di Vienna. Kota tersebut ditawan pada 15 April 1945.

Dietrich yang sempat melarikan diri dan menyerahkan kalah kepada tentera Amerika 36th Infantry Division pimpinan Maj. General John E. Dahlquist.

Epilog

 Dietrich kemudianya dibawa ke muka pengadilan diatas jenayah perαng yang dilakukan ketika Pertempuran Ardennes 1944 (Operation Watch on the Rhine) apabila anak buahnya SS-Colonel Joachim Peiper membμnuh 84 tawanan perαng Amerika di Malmedy dan lebih 100 orang awam Belgium di Stavelot.

Sebagai Panglima Memerintah dalam serαngan tersebut, Dietrich didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Kemudian, hukuman tersebut dikurangkan kepada penjara 25 tahun. Beliau dipenjarakan di Landsberg sehingga 1955 apabila menerima parol.

Kemudian, Dietrich ditahan lagi pada Ogos 1956 diatas kesalahan terlibat secara langsung dalam Malam Pisau-Pisau Panjang 1934 yang membμnuh lebih 80 paramilitari SA termasuk Ernst Rohm. Beliau didapati bersalah dan dipenjara selama 19 bulan. Pada 2 Februari 1958, beliau dibebaskan.

Dietrich kemudian terlibat dalam Persatuan Veteran Perαng Waffen SS (HIAG), sebuah kumpulan veteran SS pasca Perαng Dunia Kedua. Selepas itu, kehidupan beliau dibantu oleh warga HIAG yang masih menghormαti beliau dalam memimpin mereka ketika perαng.

Pada 21 April 1966, Dietrich meninggal dunia akibat serαngan jantung berumur 73 tahun. Beliau dikebumikan di Lundwigsburg, Baden, Barat Jerman. Hampir 6,000 orang veteran Wehrmacht dan SS hadir melihat pengebumian beliau.

Dietrich di penjara Landsberg, 1947.

Penilaian

 Dietrich berkahwin sebanyak 2 kali. Yang pertama pada 1921 bersama Barbra Betti Deidl dan bercerai pada tahun 1937 serta tidak mempunyai anak. Pada 1942, beliau menikah untuk kali kedua bersama Ursula Moniger-Brenner, seorang model terkenal dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Gotz-Hubertus, Wolf-Dieter dan Lutz.

Selepas diberhentikan daripada tentera, bekas Sarjan Mejar tersebut pekerja sebagai pegawai kastam dan pegawai polis di sekitar Bavaria. Kemudian beliau diperkenalkan kepada Hitler dan Parti Nazi pada 1928 dan seterusnya memasuki parti berkenaan.

Beliau mengambil keputusan untuk menjadi drebar kereta Hitler selepas beliau keluar daripada penjara dan berkempen untuk Parti Nazi. Di sinilah hubungan Dietrich dan Hitler mulai rapat. Hitler mempercayai Dietrich kerana Dietrich merupakan veteran Perαng Dunia Pertama dan kagum akan Dietrich dalam hal-hal pentadbiran. Kemudian, Dietrich dilantik sebagai pengawal peribadi SS dan dilantik sebagai ketua pengawal tersebut.

Dietrich menjadi seorang fanatik dan pengikut setia kepada Hitler. Dietrich kemudian dilantik sebagai jurulatih dan komander bagi unit pasukan bersenjata paramilitari SS iaitu Leibstandarte SS Adolf Hitler (LSSAH). Hitler yang melihat Dietrich sebagai seorang bekas Sarjan Mejar menjadikan dia calon terbaik untuk mendisiplinkan unit SS tersebut.

Dietrich juga sering bertelingkah dengan Ketua SS iaitu Reichsfuhrer-SS Heinrich Himmler kerana beliau melihat Himmler lebih ‘junior’ daripada beliau. Himmler seorang yang opportunist dan suka bermain politik mebuatkan beliau mendapat tempat yang lebih tinggi dikalangan Parti Nazi, lebih-lebih lagi selepas kemαtian Ketua SA, Ernst Rohm.

Namun, Dietrich juga mengecapi beberapa tempiasnya. Beliau dinaikkan pangkat ke SS-Obergruppenfuhrer (1933) dan SS-Oberstgruppenfuhrer antara pangkat yang tertinggi yang boleh dianugerahkan Hitler sendiri.

Dietrich bersama veteran-veteran Waffen SS, 1960.

Ketika Perαng Dunia Kedua meletus, Dietrich seorang yang cuai dan suka memperjudikan tenteranya dalam mengecapi sesuatu objektif. Ramai anggota tentera dibawah pimpinanya yang terkorban membuatkan panglima-panglima Wehrmacht berasa risau.

Dietrich tidak pernah pergi ke Staff College atau Akademi Perαng seperti pegawai-pegawai Wehrmacht yang lain. Tidak hairanlah beberapa siri kempen ketenteraan yang dipimpin beliau tidak membuahkan hasil yang baik. Beliau terpaksa diberikan beberapa pegawai-pegawai staf yang berkaliber bagi membantunya di dalam kempen peperαngan.

Hubungan rapat beliau dengan Hitler membuatkan Dietrich menjadi kebal dan dipandang tinggi oleh masyarakat di Jerman. Banyak video dan gambar propganda mengenai beliau ditayangkan bagi menunjukkan Panglima dari cawangan SS ini setaraf dengan panglima Wehrmacht, padahal semua itu hanyalah wayang sahaja.

Pengebumian Sepp Dietrich, 1966.

Apa pun, Dietrich telah menunjukkan jika ada peluang dan ruang, mereka juga boleh berjaya. Daripada seorang pemandu drebar kereta kepada panglima Panzer.

RUJUKAN:

  1. Parker, Danny S. (2014). Hitler’s Warrior: The Life and Wαrs of SS Colonel Jochen Peiper. Boston: Da Capo Press. ISBN 978-0-306-82154-7. Archived from the original on 29 June 2017.
  2. Weale, Adrian (2012). Army of Evil: A History of the SS. New York; Toronto: NAL Caliber (Penguin Group). ISBN 978-0-451-23791-0.
  3. Caddick-Adams, Peter (2014). Snow and Steel: The Baαtle of the Bulge, 1944–45. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-933514-5.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Leave A Reply