Takdir memang berpihak pada Amerika Syarikat dalam perlumbaan ke Bulan. Pentadbiran negara tersebut memanggil ribuan pemikir cerdik pandai untuk memangkinkan sebuah teknologi lengkap.

Mereka menyelesaikan beberapa misi penting sebelum kejar menara gading yang dijayakan Neil Armstrong, Buzz Aldrin dan Michael Collins… atau senang, Apollo 11.

Bendera tidak berkibar pun. Tiangnya berbentuk L.

Meskipun segelintir tidak percaya, mereka hanyalah minoriti kecil yang tidak boleh terima kenyataan. Mereka bertanya, “kalau betul berjaya, kenapa tidak pergi lagi?”

Sebenarnya NASA menghantar enam Apollo ke langit untuk mendarat di Bulan. Yang percaya pada fakta pula tahu nasib menimpa Apollo 13. Tetapi mereka mungkin tidak tahu tentang peranan seorang wanita besi bernama Judith Love Cohen.

Judith Cohen.

Sejak di bangku sekolah lagi, Judith sudah cekap dalam bab matematik. Terlalu cekap, sampai kawan-kawan sekelas akan membayar Judith untuk buat kerja sekolah. Bakat ini menjadi kuda tunggangan. Judith menceburi bidang kejuruteraan dalam Kolej Brooklyn.

Sementara masih belajar, beliau masuk kerja sebagai jurutera bersama North American Aviation.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

NASA Hampir Pengsan

Apollo 13 berada 330,000 kilometer dari Bumi apabila semua anak kapal terdengar bunyi let.upan sangat kuat daripada luar, yang diikuti dengan gangguan elektrik pada sistem kapal. Mereka sangka kapal terlαηggαr sebutir batu angkasa.

Tiga angkasawan Apollo 13.

Tetapi oksigen dalam Tangki 1 sedang menurun begitu mendadak. Dan Tangki 2 pula sudah kosong. Dan di luar tingkap kapal, mereka ternampak semburan bahan seakan-akan gas (Houston, et al., 2015)… baru semua sedar, mereka ada masalah sangat besar.

Selepas mengenal pasti masalah, NASA tahu yang Apollo 13 takkan mendarat di Bulan. Semua anak kapal pun akur, kerana Apollo 13 tidak cukup bekalan untuk mendarat… apatah lagi pulang. Jadi NASA menggembleng tenaga untuk memastikan semua anak kapal dibawa pulang.

Sistem Yang Menyelamatkan Tiga Nyαwα

Judith Cohen menamatkan pengajiannya pada tahun 1957 dan terus bekerja dengan pihak Space Technology Laboratories (STL). Untuk menjayakan misi Apollo, pentadbiran NASA mendapatkan khidmat STL. Jadi Judith pun diserap masuk dalam misi kebangsaan ini, kerana pihak STL diupah untuk merapikan sistem penerbangan misi Apollo.

Mereka membangunkan Sistem Abort-Guidance (AGS), yakni program komputer khas untuk operasi manual.

Dalam misi Apollo 11 (Neil Armstrong dan Buzz Aldrin), AGS digunakan untuk keluar daripada Bulan. Peranannya penting, cuma kecil kerana wujud sebagai alternatif kalau apa-apa terjadi. Tetapi untuk misi Apollo 13, semua bergantung pada AGS.

Kerana kes Apollo 13 bukan setakat “apa-apa”. Masalah sudah besar. Bekalan elektrik tidak cukup untuk menghidupkan kapal utama (service module). Jadi angkasawan terpaksa jimat elektrik dan pulang ke Bumi dalam kapal pendarat Bulan (lunar module).

Lukisan kasar untuk faham. Kalau tidak faham, boleh tanya di ruangan komen.

Kapal pendarat menggunakan AGS. Jadi tanpa AGS yang dibina Judith, Apollo 13 takkan boleh terbang balik ke Bumi (Smith, 2019).

Cerita ini mungkin nampak remeh. Seorang wanita yang berjaya. Apa yang peliknya? Pelik untuk zaman 1960-an. 99.5 peratus jurutera di bawah payung NASA pada masa itu adalah lelaki. Bermakna tidak sampai 0.5 peratus adalah perempuan.

Dalam kalangan 0.5 peratus ini, seorang sahaja yang hamil. Dan orang itu adalah Judith Cohen. Pihak NASA ada masalah teknikal ketika beliau sedang bersalin (masih “contraction”). Di antara dua “contraction”, Judith cuba menyelesaikan masalah ini… buat kiraan-kiraan penting demi misi Apollo. Dan anak itu adalah Jack Black.

RUJUKAN:

Houston, R., et al. (2015). Go, Flight! The Unsung Heroes of Mission Control, 1965-1992. University of Nebraska Press.

Smith, K. (2019, Julai 19). The women who helped make Apollo 11’s giant leap for mankind. Forbes.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.