Kebiasaannya, jika mahu melihat ban.gk.ai kapal karam, kita harus membuat selaman skuba atau menghantar robot selaman ke tempat ia karam. Tetapi baru-baru ini di Jepun, 24 buah kapal karam kelihatan di permukaan Lautan Pasifik selepas aktiviti seismik gunung berapi bawah laut Fukutoku-Okanoba yang terletak berhampiran dengan Iwo Jima.

Aktiviti seismik gunung berapi ini menghasilkan sebuah pulau kecil berbentuk C dengan diameter 1 km. Tetapi sejak ia dilaporkan, pulau tersebut kembali tenggelam dan kini saiz pulau dilaporkan satu pertiga daripada saiz asalnya. Mengikut keterangan Pengawal Pantai Jepun, pulau baru ini dibentuk oleh lava keras dengan komposisinya ialah pumis dan abu gunung berapi.

Bangkai-bangkai kapal yang timbul.

Pulau baru ini terletak 800 km dari ibu negara Jepun, Tokyo. Menariknya, 24 buah ban.gk.ai kapal yang dikesan ini merupakan ban.gk.ai kapal-kapal pe.ra.ng Jepun semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII). Dan disebabkan lokasinya berhampiran dengan Iwo Jima, ia sudah pasti menjadi saksi kepada salah satu pertem.pu.ran berda.ra.h dalam sejarah WWII.

Dalam pertem.pu.ran tersebut, 70,000 orang ten.tera Marin Amerika Syarikat berjuang habis-habisan menentang 20,000 orang ten.te.ra Jepun yang berkubu di bunker-bunker sekitar pulau berkenaan. Pada akhir operasi, 7,000 orang ten.te.ra Marin ma.ti dengan 20,000 lagi dilaporkan cedera. Sementara hampir semua ten.te.ra Jepun terbu.n.uh dalam Pertem.pu.ran Iwo Jima.

 Kesan pasca-Pertem.pu.ran Iwo Jima.

Pertem.pu.ran Iwo Jima merupakan petanda apa yang berlaku sekiranya pihak Amerika cuba menye.ra.ng Jepun. Perkara sama berulang di Saipan dan Okinawa dengan kehilangan nyawa yang ramai di pihak AS. Dengan kebimbangan se.ra.ngan darat ke atas Jepun bakal memakan ko.rb.an yang ramai, AS melancarkan se.ra.ngan b.o.m atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki pada pertengahan tahun 1945. Se.ra.ngan tersebut sekaligus memaksa Jepun menyerah kalah pada akhir WWII.

Ban.gk.ai-ban.gk.ai kapal ini berkemungkinan kapal-kapal pe.ra.ng yang ditawan AS susulan kejayaan di Iwo Jima sebelum ditenggelamkan ke dalam laut. Ia dibuat agar ban.gk.ai-ban.gk.ai kapal ini berperanan sebagai pemecah ombak. Ini kali pertama kapal-kapal ini dilihat sejak 35 tahun lalu di mana ia timbul akibat aktiviti seismik gunung berapi.

Jepun mempunyai 100 buah gunung berapi aktif yang membentuk 10% gunung berapi aktif dunia. Negara Matahari Terbit itu terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik yang menyaksikan aktiviti gunung berapi dan gempa kerap dilaporkan berlaku.

RUJUKAN

Fiorillo, C. (2021, 28 Oktober). Lost ‘ghost ships’ rise from the Pacific Ocean after volcanic eruption. Daily Mirror.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.