Walaupun seisi dunia
melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi
Tanpa sisanya untuk diwarisi…”

Sesiapa saja yang mendengar bait lagu Salahuddin al-Ayyubi oleh kumpulan Mestica ini pasti mengerti impak pemergiannya pada Mac 1193. Sudahlah pergi ke hadrat Ilahi tanpa satu sen pun untuk menampung kos pemakaman. Tetapi rupanya ia sudah disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin, tanda cinta dan tanggungjawabnya kepada rakyat. (Baha al-Din, 2018) Tetapi sebab sebenar kemangkatan Salahuddin masih menjadi misteri sehingga hari ini.

Untuk pengetahuan para pembaca, punca kemangkatan baginda dianalisis dengan teliti oleh para pengamal perubatan ketika itu. Berikut anekdot doktor yang meneliti keadaan ma.ya.t baginda:

“Pesakit dilihat semakin pulih sehinggalah beliau mangkat pada usia 58/59 tahun. Pesakit merasakan dirinya semakin berusia, mengadu hilang selera makan, lemah badan, merasa lesu dan masalah ketakcernaan. Walaupun cuaca lembap dan sejuk, pesakit tidak memakai tunik kulit semasa di khalayak ramai dan seperti orang yang baru sedar dari mimpi.

Pada waktu petang, kelesuannya semakin bertambah dengan pesakit menderita demam panas akibat keadaan hempedunya yang kurang elok. Pada hari berikutnya, demam pesakit bertambah buruk. Tetapi apabila demamnya semakin berkurangan (tidak diketahui bagaimana ia dapat dilakukan), pesakit kelihatan semakin pulih dan kelihatan seronok berbual dengan orang yang dikenalinya.

Bagaimanapun, dari situ, keadaan beliau menjadi semakin buruk. Pesakit mengalami sakit kepala yang teruk dan orang yang bersama dengannya mula bimbangkan tentang nyawanya itu.”

Ini merupakan contoh diagnosis tabib yang merawat Salahuddin pada hari-hari terakhir kehidupan baginda. Melihat kepada diagnosis tersebut, keadaan baginda tidak menunjukkan sebarang pemulihan walaupun selepas dirawat dengan kaedah enema. Enema merupakan kaedah perubatan biasa yang digunakan para tabib pada abad ke-12.

Justeru, bagi para pengamal perubatan, ia langsung tidak menjelaskan punca sebenar kemangkatan Salahuddin. Tetapi bagi Profesor Dr Stephen Gluckman dari Sekolah Perubatan Perelman, Universiti Pennsylvania, beliau merasakan hanya ada satu penjelasan yang boleh menerangkan sebab kemangkatan baginda. Profesor Gluckman bukan sekadar meneliti diagnosis pengamal perubatan ketika itu, malah turut meneliti latar belakang dan gaya hidup Salahuddin sendiri.

Rajah 1: Profesor Dr Stephen Gluckman

Salahuddin atau Saladin dalam kalangan orang Barat merupakan pengasas Dinasti Ayubiyyah dan dilahirkan di Tikrit, Iraq pada 1137 Masihi. Selepas berjaya mengakhiri pemerintahan Fatimiyyah, kerajaan Ayubiyyah pimpinannya menguasai Syria, Iraq, Mesir dan Yaman semasa baginda berusia akhir 30-an.

Tetapi detik paling terkenal bagi pahlawan berdarah Kurdis ini ialah Pe.ra.ng Salib sendiri. Salahuddin berjaya menyingkirkan ten.te.ra Salib daripada menguasai Baitulmaqdis pada tahun 1187 melalui pelbagai kemenangan termasuk di Hattin pada Julai tahun sama. Kejayaan ini mendorong kepada perlancaran kempen Pe.ra.ng Salib Ketiga (1189-1192) yang diketuai Raja Richard I atau Richard the Lionheart dari England.

Selain dikenali sebagai seorang jeneral yang hebat, Salahuddin turut dikenali sebagai seorang yang pemurah dan terhormat terutama dalam kalangan musuh. Selepas berjaya menundukkan angkatan Salib di Hattin, baginda tidak mengenakan hukuman ma.ti ke Guy de Lusignan. Alasan baginda mudah, seorang raja tidak patut membu.n.uh seorang raja yang lain (Newby, 2001)

Rajah 2: Salahuddin dan Guy de Lusignan

Profesor Gluckman tidak dapat menentukan punca sebenar kemangkatan Salahuddin. Tetapi beliau boleh menolak beberapa punca kemangkatan yang dikemukakan oleh pengamal-pengamal perubatan termasuk pakar perubatan moden. Pertama, wabak atau cacar ditolak kerana kebiasaannya, penyakit ini membu.n.uh pesakit dalam jangka masa singkat.

Kedua, jika ada mengemukakan tuberkulosis atau TB, ia turut ditolak kerana langsung tidak disebut dalam rekod diagnosis tabib Salahuddin. Profesor Gluckman turut menolak demam malaria sebagai punca kemangkatan baginda. Tambahnya, sekiranya benar Salahuddin menderita akibat demam berkenaan, seram sejuk sudah pasti direkodkan oleh tabib baginda tetapi itu tidak berlaku.

Satu-satunya penyakit yang dilihat hampir dengan diagnosis tabib baginda ialah tifoid. Profesor Gluckman melihat hampir semua simptom tifoid dialami Salahuddin termasuk sakit kepala, demam panas dan hilang selera makan. Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), lebih 21 juta individu di seluruh dunia dijangkiti penyakit berkenaan setiap tahun.

Hari ini, pesakit tifoid diberi ubat antibiotik sebagai kaedah rawatan penyakit tersebut. Tetapi pada abad ke-12, rawatan sebegitu tidak wujud sekaligus menyaksikan mana-mana pesakit yang menderita penyakit berkenaan ketika itu meninggal dunia. Dan ini turut terpakai kepada kemangkatan Salahuddin sendiri.

Semasa membentangkan laporan penyelidikannya dalam Persidangan Klinikpatologikal Bersejarah Tahunan Ke-25 di Sekolah Perubatan Universiti Maryland pada 2018, Profesor Gluckman turut membangkitkan kebimbangannya tentang keupayaan bakteria tifoid menolak antibiotik. Beliau menambah perkara ini harus diberi perhatian bagi membolehkan lebih banyak ubat yang efektif dapat dihasilkan untuk mengubati penyakit tersebut.

Laporan diagnosis penyakit Salahuddin bukan sesuatu yang asing dalam persidangan berkenaan. Selain baginda, antara figura lain yang dianalisis keadaan kesihatan mereka dalam persidangan tahunan itu sebelum ini ialah ialah Vladimir Lenin, Eleanor Roosevelt, Abraham Lincoln dan Sir Charles Darwin.

RUJUKAN

Baha al-Din. (2018). The Life Saladin. Franklin Classics Trade Press.

Newby, P.H. (2001). Saladin in His Time.

Geggel, L. (2018). This Is What DITAPISKAN Medieval Sultan Who Conquered Jerusalem During the Crusades. LiveScience.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.