Saban tahun setiap kali hari lebaran menjelang, langit dunia tidak pernah luput dari bergema dengan kumandangan takbir raya – setelah sebulan lamanya ia dihiasi oleh rintih doa yang dipanjatkan kepada Penguasa Alam Sejagat.

Di bumi Melayu, alunan takbirnya mendayu syahdu. Di Tanah Arab, takbir diangkat dengan penuh bersemangat. Kedua-duanya diikat oleh falsafah yang memasyarakat.

Dek kerana anak Melayu kuat merantau, maka takbir raya dialunkan secara mendayu kerana rindukan ayah dan ibu. Juga merindukan Ramadhan yang berlalu.

Sementara bagi penduduk Tanah Arab, suasana kehidupan yang sukar dan mencabar mengakrabnkan mereka dengan semangat juang yang tegar. Justeru, takbir raya mereka kedengaran penuh bersemangat laksana mahu keluar berpe.rang.

Takbir yang mewarnai Aidil Fitri dan Aidil Adha kita selama ini sememangnya mempunyai kisah sejarah yang berlatarbelakangkan peper.angan dan pengepungan. Peristiwa yang dimaksudkan ialah Pe.rang Ahzab.

Pe.rang Ahzab merupakan salah sebuah pepe.rangan terpenting dalam sejarah awal penyebaran Islam. Signifikasinya boleh dibahagikan kepada tiga perkara utama; iaitu keten.teraan, politik, dan pembenaran agama.

Dalam sudut ket.en.te.raan, P.era.ng Ahzab memperlihatkan keampuhan umat Islam dalam bermain pe.rang psikologi. Hal ini berbeza dengan Pe.r.ang Badar yang lebih sinonim dengan jurang perse.nja.taan yang ketara, dan Pe.ra.ng Uhud yang lebih bertumpu pada beradu kegeniusan taktikal.

Dalam sudut politik pula, P.eran.g Ahzab menyaksikan bumi Hijjaz sekali lagi menjadi medan bagi satu pep.era.ngan berskala besar – baik pada jumlah ten.tera yang dikerah mahupun jumlah kabilah yang mengangkat silah (s.enj.ata).

Kali terakhir ia berlaku adalah sewaktu Pe.rang al-Fijar yang melibatkan kabilah Quraisy dan Kinanah melawan kabilah Qays-Aylan dan Hawazin sewaktu Nabi berusia sekitar 15 tahun.

Sebagaimana al-Fijar merintis kepada satu sumpah damai yang disebut sebagai Hilful Fudhul, al-Ahzab pula merintis kepada Fathu Khaibar dan Fathu Makkah (diawali oleh Perjanjian Hudaibiyah), dua pembukaan yang meneguhkan pertapakan Islam di bumi Arab.

Sementara dalam sudut pembenaran agama, Peristiwa Ahzab membuktikan secara jelas tanda-tanda kebersamaan Allah di sisi orang beriman khususnya apabila pasukan al-Ahzab ditundukkan bukan dengan pertembungan mata pe.dang, sebaliknya dengan tiupan ribut kencang yang mematahkan kepungan al-Ahzab ke atas Madinah.

Peta kedudukan parit Khandaq dan kem pasukan Ahzab

LATAR BELAKANG DAN FAKTOR PERISTIWA AHZAB

Peristiwa Ahzab terjadi pada bulan Syawal tahun ke-5 Hijrah (627 Masehi) dan berakhir pada 7 Dzulqaedah. Namun, penggalian parit Khandaq sudah pun dimulakan sejak pertengahan Ramadhan (16 Ramadhan) dan ia memakan masa selama enam hingga dua puluh hari untuk disiapkan.

Pepe.rangan ini didalangi oleh Yahudi Bani Nadhir yang berden.dam terhadap umat Islam. Faktor de.nd.am tersebut adalah kerana mereka diu.ir dari Madinah pada tahun ke-4 Hijrah. Pengu.si.ran itu bagaimanapun tidaklah berlaku tanpa sebab.

Pertama, Bani Nadhir sendiri melanggar isi Piagam Madinah yang disepakati bersama Nabi. Sebelum berlakunya perte.mp.uran di Bukit Uhud, Bani Nadhir menerusi Ka’ab ibn al-Asyraf menjalinkan pakatan dengan Musyrikin Quraisy untuk mengganggu gugat kedudukan umat Islam di Madinah.

Sedangkan, Fasal 37, 38, 43, dan 44 yang termuat dalam Piagam Madinah secara jelas menggariskan tentang tanggungjawab setiap warga Madinah tanpa mengira Muslim mahupun Yahudi untuk melindungi kota Madinah dari se.ra.ngan luar, di samping larangan untuk memberikan sokongan kepada Musyrikin Quraisy.

Kedua, Bani Nadhir sendiri melanggar batas keharmonian apabila mereka membuat cubaan untuk memb.un.uh Nabi sewaktu baginda bersama Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Ali mengunjungi perkampungan tersebut untuk membincangkan urusan diyat bagi dua orang Yahudi yang terbu.nuh secara tidak sengaja dalam peristiwa Bir Ma’unah.

Disebabkan oleh dua perlanggaran tersebut, maka Yahudi Bani Nadhir pun diu.sir dari kota Madinah. Mereka kemudian berpindah ke Khaibar. Dari sana, mereka mengadakan pakatan dengan beberapa kabilah lain untuk mem.er.angi Nabi. Lalu, terbentuklah pasukan Ahzab yang melibatkan:

  • Musyrikin Quraisy: Diketuai oleh Abu Sufyan Sakhr ibn Harb
  • Bani Ghafatan: Diketuai oleh Uyaynah ibn Hisn (yang nanti membantu Tulayhah bin Khuwailid si nabi palsu)
  • Bani Nadhir: Diketuai oleh Huyay ibn Akhtab, Sallam ibn Huqayq, Kinanah ibn Abu al-Huqayq, Haudhah ibn Qays, dan Abu ‘Ammar al-Wa’ili.
  • Bani Murrah: Diketuai oleh al-Harith ibn ‘Awf
  • Bani Ashja’: Diketuai oleh Mis’ar ibn Rukhlah
  • Bani Quraizah: Diketuai oleh Ka’ab ibn Asad

Ketumbukan yang mereka himpunkan mencecah 10,000 orang ramainya – satu jumlah yang cukup besar untuk pertem.puran sesama kabilah Arab. Jumlah yang sama ini juga nantinya dibawa oleh Nabi semasa baginda membuka kota Mekah pada tahun 630 Masehi (8 Hijrah).

Di kem umat Islam, jumlah mereka hanya mencapai sekitar 3,000 orang sahaja.

Untuk menghadapi pasukan lawan yang jauh lebih ramai, mereka mengaplikasikan strategi bertahan yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi.

Penggalian parit Khandaq yang dicadangkan oleh Salman mengambil masa selama enam hingga 20 hari

 

PENGGALIAN PARIT DI UTARA MADINAH

Atas cadangan Salman al-Farisi, Nabi dan para sahabat pun mula melakukan kerja-kerja penggalian parit. Baginda membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dengan setiap sepuluh orang menggali sebanyak 40 hasta atau lebih kurang 18 meter.

Menurut catatan, panjang keseluruhan parit Khandaq mencapai 5,544 meter, lebarnya 4.62 meter dan dalamnya pula 3.232 meter.

Kesemua parit ini bagaimanapun hanya melibatkan kawasan utara Madinah – satu-satunya bahagian yang terdedah kepada serangan. Sementara di timur dan baratnya, Madinah diapit oleh kawasan berbukit, ladang-ladang kurma, dan bangunan yang saling berdekatan laksana benteng sekali gus menyukarkan pergerakan mu.suh.

Diriwayatkan, Nabi sendiri turun padang mengangkut ketulan-ketulan batu yang dicangkul sehingga tubuh baginda yang mulia dipenuhi debu. Sambil menggali, kesemua Muhajirin dan Ansar yang terlibat mengangkat suara mengucapkan, “Kami berbaiat kepada junjungan Muhammad. Selama hayat dikandung badan, kami tidak akan berhenti berjihad!”

Seruan mereka disahut oleh baginda, “Tiada kebaikan melainkan di akhirat. Ya Allah, kurniakanlah maghfirah-Mu buat sekalian sahabat!”

Kerja-kerja penggalian Khandaq ini mencabar bukan sekadar kerana ia dilakukan pada bulan Ramadhan dan perlu disiapkan dengan segera. Malahan, cuaca ketika itu juga terlalu dingin. Ditambah pula dengan kaum munafik yang kerap memperleceh usaha umat Islam.

Selain menggali parit, kaum Muslimin juga menuai sumber makanan dengan lebih awal – sebagai strategi sama seperti ketika di Badar, iaitu menguasai dahulu sumber supaya m.usu.h yang datang nanti kebuluran dan berharapkan pada bekalan yang dibawa semata-mata.

Sementara itu, kesemua kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di kawasan selamat.

KISAH BATU BERCAHAYA

Ketika parit Khandaq digali, berlaku satu peristiwa ajaib yang boleh ditaksir sebagai khabar gembira yang mendahului ujian getir yang bakal dihadapi oleh umat Islam.

Diriwayatkan, mereka menjumpai sebongkah batu besar yang sukar dipecahkan. Rasulullah yang berada berhampiran lantas didapatkan.

Baginda kemudian turun ke dalam parit dan mengambil cangkul. Lalu, cangkul itu dihayunkan. Hayunan pertama mengeluarkan suatu cahaya. Dihayun cangkul sekali lagi dan keluar lagi cahaya. Dihayun buat kali ketiga, juga keluar cahaya.

Setiap hayunan dimulai oleh basmalah dan disambut dengan takbir oleh Nabi, kerana setiap cahaya yang keluar memperlihatkan kepada baginda tentang nubuwah atau khabar pembukaan Syam, Parsi, dan Yaman yang bakal dilakukan oleh umat Islam kelak.

Miniatur replika menggambarkan suasana penggalian parit Khandaq serta batu besar yang mengeluarkan cahaya nubuwah dalam peristiwa Ahzab

KISAH JAMUAN DI RUMAH JABIR

Dalam peristiwa Khandaq ini juga berlaku satu mukjizat di rumah Jabir ibn ‘Abdullah dan isterinya. Siapakah Jabir ibn ‘Abdullah? Beliau merupakan salah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis, iaitu melebihi 1,540 buah.

Beliau juga termasuk salah seorang Ansar terawal yang memeluk Islam, iaitu semasa Perjanjian Aqabah bersama ayah dan sembilan orang adik-beradik perempuan.

Nama penuhnya ialah Jabir ibn ‘Abdullah ibn ‘Amr al-Khazraji. Beliau lahir pada tahun 607 Masehi (15 Sebelum Hijrah), yakni lima tahun lebih tua berbanding Anas ibn Malik (612 M) dan 13 tahun lebih muda berbanding ‘Abdullah ibn Mas’ud (594 M).

Dalam erti kata lain, Jabir berusia sekitar 20 tahun sewaktu berlakunya Pe.rang Ahzab.

Usianya masih belia, namun menariknya, beliau memilih untuk berkahwin dengan seorang janda. Ketika ditanya oleh Nabi mengapa tidak mengahwini gadis seusianya, Jabir menjawab bahawa beliau mahu menghadiahkan seorang ipar yang memiliki sosok keibuan buat adik-beradik perempuannya bagi menampung kehilangan ayah mereka yang sayhid di medan Badar.

Berbalik kepada kisah yang mahu dikongsikan ini, pada suatu hari, saat masing-masing sedang ralit menggali parit, Jabir melihat keadaan Nabi yang mengikat perut dengan ketul-ketul batu dek menahan lapar. Hatinya jadi sebak, tidak sanggup membiarkan baginda berkeadaan sedemikian.

Jadi, beliau pun meminta izin pada baginda untuk pulang ke rumah. Izin diberikan.

Sesampai di rumah, Jabir adukan pada isterinya perihal keadaan Nabi lalu bertanyakan kalau ada apa-apa makanan yang dapat dihidangkan. Ketika itu, mereka cuma memiliki satu sa’ barli (kira-kira 3 kg) dan seekor anak kambing betina.

Tanpa sesaat pun berasa ragu, Jabir lantas menye.mbe.lih anak kambing tersebut sambil meminta isterinya menguruskan barli – menggilingnya menjadi tepung dan mengulinya sehingga menjadi doh roti.

Saat kedua-duanya hampir masak, Jabir kembali mendapatkan Nabi dan berbisik kepada baginda, “Saya ada sediakan sedikit makanan. Jemputlah, hai pesuruh Allah – tuan, bersama seorang dua sahabat yang lain.”

Nabi bagaimanapun tidak luput dengan peribadinya yang prihatin. Sebelum menjawab iya ataupun tidak, baginda terlebih dahulu bertanya perihal hidangan yang Jabir sediakan – mungkin untuk menghitung berapa perut yang dapat ditampung.

Jabir pun berterus-terang bercampur segan. Sabda Nabi, “Itu sudah lebih dari mencukupi. Beritahu pada orang rumah kamu supaya tidak alihkan periuk dari api dan tidak keluarkan roti dari ketuhar.”

Kemudian, baginda menoleh kepada sahabat-sahabat lain. Mereka dimaklumkan supaya datang ke rumah Jabir nanti. Memandangkan penggalian Khandaq berlaku pada bulan Ramadhan, besar kemungkinan juadah ini adalah juadah berbuka. Namun benar tidaknya, wallahu a’lam.

Baginda sendiri kemudian pamit awal bersama Jabir. Sesampai di rumah, Jabir mendapatkan isterinya. Gemuruh hati mereka berdua usah dikata. Makanan yang disediakan tidaklah seberapa. Tapi tetamu yang bakal datang nanti ramainya bukan alang-kepalang.

Sempatlah juga isteri Jabir menzahirkan sisi manusiawinya dan berkata, “Semoga Allah timpakan sekian-sekian pada kamu, Jabir.” Geram. Atau, gemuruh sebenarnya.

Akan tetapi, iman sahabat-sahabiah terhadap Nabi tidak nipis. Baginda lantas dibawa ke ketuhar tempat roti dibakar dan periuk yang merebus daging. Kedua-duanya diludahi dan dibacakan doa oleh baginda, memohon rahmat dan berkat daripada Allah.

Seusai berdoa, baginda berpesan kepada isteri Jabir, “Bakarlah roti ini dan sendukkan gulai daging ini. Cuma, jangan turunkan periuk dari tungkunya.” Pesanan baginda diikuti, walaupun hakikatnya masih, ia sama sekali tidak menghadirkan logika bagaimana makanan sekecil itu mampu mengisi perut tetamu yang entah berapa bilangannya.

Saat bertukar minit. Sahabat-sahabat Muhajirin dan Ansar pun tiba di rumah Jabir. Menurut riwayat, jumlah mereka mencecah 1,000 orang ramainya. Tetapi atas kekuasaan Allah, kesemua mereka dapat menjamah hidangan dan menghilangkan lapar.

Bahkan sesudah mereka pulang, Jabir dan isteri mendapati periuk mereka masih berisi dan roti mereka juga masih berbaki. Lebihan yang ada kemudian dibagi-bagikan kepada penduduk Madinah lain yang memerlukan.

Lokasi berlakunya Pe.rang Ahzab

KEPUNGAN PASUKAN AHZAB

Tidak lama selepas parit Khandaq selesai digali, pasukan Ahzab pun tiba. Musyrikin Quraisy mengambil kedudukan di antara al-Jurut dan Zughabah, manakala Bani Ghatafan pula berkhemah di Dhanab Naqma dan menghadap ke arah Bukit Uhud.

Dalam pada itu, kem kaum Muslimin didirikan membelakangi Bukit Sala’. Kem tersebut berfungsi sebagai pos pertahanan terakhir andai parit yang digali berjaya ditembusi. Ketika itu, pentadbiran Madinah diserahkan kepada Sayyidina ‘Abdullah ibn Ummi Makhtum – sahabat besar yang menjadi asbab turunnya surah ‘Abasa.

Masa bergulir. Maka, bermulalah episod pengepungan Ahzab yang disifatkan oleh Ummahatul Mukminin Ummu Salamah sebagai pepe.ra.ngan paling memenatkan – lebih memenatkan berbanding Pe.ra.ng al-Muraysi’ (627M/6H), Per.ang Khaibar (628M/7H), Fathu Makkah (630M/8H) dan Pe.r.ang Wadi Hunain (630/8H).

Hal ini kerana mereka dian.cam dari segenap arah; di hadapan oleh pasukan Ahzab, di belakang oleh Bani Quraizah, dan dari dalam oleh golongan munafik. Antara mereka yang paling munafik ketika itu ialah ‘Abdullah ibn ‘Ubay, ‘Aws ibn Qaizi, dan Mu’attib ibn Qushair yang tidak henti mengeluarkan kata-kata penjatuh semangat.

Suasana pengepungan Ahzab sememangnya menegangkan. Pasukan berkuda mereka berkali-kali membuat cubaan untuk merentasi parit, walaupun setiap kalinya disambut oleh hujanan panah dan batu oleh kaum Muslimin.

Cubaan yang paling mengan.cam datangnya dari Bani Makhzum, bani yang melahirkan pahlawan-pahlawan handalan seperti Khalid al-Walid dan Ikrimah ibn Abi Jahal.

Namun, lawan yang paling mencabar dalam peperangan ini ialah ‘Amru ibn ‘Abd Wudd, seorang tokoh Quraisy yang sebaris dengan Abu Jahal dan Umaiyah ibn Khalaf. Beliau bagaimanapun didepani dan ditewaskan oleh Sayyidina ‘Ali yang ketika itu berusia 28 tahun.

Amru ibn Abd Wudd, tokoh ternama Quraisy ditewaskan oleh Sayyidina ‘Ali dalam perta.rungan satu lawan satu

Keadaan bagi umat Islam pada awalnya relatif terkawal. Namun, segalanya bertukar gawat selepas Bani Quraizah yang menempati bahagian belakang Madinah berpaling tadah dan memihak pasukan Ahzab. Hal ini kerana ia mengan.cam kubu yang menempatkan kaum wanita dan kanak-kanak Islam.

Mujur, Sayyidatina Shafiyah binti ‘Abdul Muttalib sempat membu.nuh Yahudi yang cuba menye.rang mereka. Kejayaan tersebut sedikit-sebanyak menangguhkan se.ra.ngan lanjut dari Bani Quraizah dan membuatkan mereka teragak-agak untuk bergerak.

Kepungan pasukan Ahzab terus berlanjutan selama 27 hari. Sepanjang tempoh tersebut, mereka saling berbalas bidikan panah dan lontaran batu. Walaupun tiada perte.m.puran besar yang berlaku, pengepungan ini mengakibatkan enam orang sahabat meraih syahid. Mereka ialah:

  • Sa’ad ibn Muaz
  • Anas ibn ‘Aws
  • ‘Abdullah ibn Sahl
  • At-Tufayl ibn Nu’man
  • Tha’labah ibn Ghanamah
  • Ka’ab ibn Zaid

Bagaimanapun, dek kerana bekalan yang semakin kehabisan, kedudukan pasukan Ahzab mula goyah. Semangat untuk berperang juga kian luntur hari demi hari.

Lebih-lebih lagi, kebanyakan kabilah yang menyertai pakatan Ahzab sebenarnya hanya menginginkan harta ram.pasan dan bukannya bermotifkan keben.cian terhadap Islam. Hanya Bani Nadhir dan Musyrikin Quraisy sahaja yang turun berpe.rang atas motif tersebut.

Pe.rang Ahzab menyaksikan kedua-dua pihak berbalas bidikan panah, dengan kaum Muslimin kehilangan enam orang sahabat

Dalam suasana sedemikian, Allah menggerakkan hati seorang tokoh Bani Ghatafan untuk menerima hidayah. Nama beliau ialah Nu’aim ibn Mas’ud. Nu’aim kemudian menawarkan diri untuk membantu Nabi memporak-perandakan kesatuan pasukan Ahzab dan Bani Quraizah. Rancangannya dipersetujui oleh baginda.

Lantas, beliau pun pergi ke perkampungan Bani Quraizah. Di sana, beliau menyatakan yang pasukan Ahzab langsung tidak akan membantu mereka jika pengepungan ke atas Madinah ini gagal. Nu’aim juga mencadangkan supaya mereka meminta beberapa orang ternama dari pasukan Ahzab sebagai jaminan keselamatan kelak.

Usai menanam umpan di Bani Quraizah, Nu’aim kembali ke kem Ahzab dan mengkhabarkan bahawa Bani Quraizah telah berpaling tadah dan kembali memihak umat Islam. Beliau juga mendedahkan rancangan Bani Quraizah yang mahu meminta beberapa oang ta.ha.nan yang kononnya sebagai jaminan keselamatan. Namun sebenarnya, ia mahu diserahkan kepada umat Islam.

Pasukan Ahzab yang termakan dek pro.pa.ganda mainan Nu’aim ini lantas menghantar Ikrimah ke perkampungan Bani Quraizah, bertujuan untuk mendapatkan semula bantuan mereka dan merancang se.ra.ngan besar bersama-sama.

Namun di saat itu, helah Nu’aim mula menampakkan hasil.

Bani Quraizah meminta beberapa orang ta.ha.nan dari pasukan Ahzab. Tentu sekali, ia ditolak mentah-mentah sekali gus membuatkan Yahudi Bani Quraizah menyangka yang pasukan Ahzab memang telah membelakangi mereka. Maka, pakatan sesama dua pihak itu pun terlerai.

Keadaan tersebut kemudian menular dalam kalangan kabilah-kabilah lain. Satu demi satu kabilah mengundurkan diri dari pasukan Ahzab kerana tidak mampu lagi bersabar dengan pengepungan yang tidak berpenghujungan.

Di saat kesatuan pasukan Ahzab berada di hujung tanduk, Allah mengirimkan pula bala berupa ribut kencang yang menerbangkan segala khemah, kelengkapan, dan peralatan pasukan Ahzab sekali gus membuatkan mereka kalah total dan mengundurkan diri.

Atas peristiwa ribut kencang inilah, kita mengalunkan rangkap berikut dalam takbir raya sebagai tanda mengenang bantuan Allah ke atas umat Islam:

لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, yang benar janji-Nya, dan yang menolong hamba-Nya, dan yang memuliakan ten.tera-ten.tera-Nya dengan mengalahkan ten.tera Ahzab dengan keEsaan-Nya.”

Pe.rang Ahzab berakhir apabila pasukan pakatan dibadai ribut kencang

RUJUKAN

Faiz Hj. Othman. (7 Mei 2018). Jabir ibn Abdullah. Ikim FM.

Harakah Daily. (6 Jun 2018). (ditapiskan) Ahzab melakar sejarah.

Inung Kurnia. (3 Mac 2019). Kisah Jabir Menjamu 1000 Orang dengan Segenggam Gandum dan Seekor Domba. Menara 62.

Islamic Finder. (n.d.). The Third (ditapiskan) in History of Islam – (ditapiskan) Battle of Trench.

Mohd Azmir bin Maideen. (27 Julai 2015). (ditapiskan) Bani Nadhir: Kisah dan Iktibar. Tarbawi.

Mohd Fadli Ghani. (1 Jun 2018). Menggali parit (ditapiskan) Khandak. Harakah Daily.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.