Semalam, kecoh pasal Mark Zuckerberg minta maaf kepada keluarga-keluarga yang mengadu anak-anak diorang “dirosakkan” disebabkan media sosial di Dewan Senat.

 

Bukan Mark Zuckerberg sorang je, ketua-ketua eksekutif media sosial lain seperti Tiktok, Snapchat, X dan Discord pun disoal hampir 4 jam oleh senator-senator dari Demokrat dan Republikan atas tuduhan tak lindungi kanak-kanak dalam platform online.

 

Keluarga-keluarga yang ada di situ nyatakan yang anak-anak diorang cederakan diri sendiri, siap ada yang bunuh diri disebabkan media sosial.

 

Walaupun kes ni tertumpu kepada perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi dalam talian, soalan-soalan pelik diajukan oleh para senator kepada ketua-ketua eksekutif ni.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Tiktok, Shou Zi Chew ditanya sama ada dia pernah jadi ahli Parti Komunis China atau tidak walhal dia seorang warganegara Singapura.

 

Dia turut mengakui anak-anaknya sendiri tak guna TikTok kerana peraturan di Singapura menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daftar akaun Tiktok.

 

Mark Zuckerberg paling banyak disoal. Senator Josh Hawley dari Republikan banyak kali tanya sama ada Zuckerberg dah beri atau belum pampasan kepada kanak-kanak terlibat atau keluarga yang ‘didera’ di media sosial. Itu yang siap disuruh minta maaf tu.

 

Akta Keselamatan Dalam Talian Kanak-kanak (KOSA) merupakan perkara penting dalam perbicaraan Senat ni. Kalau benda ni dikuatkuasakan undang-undang, syarikat yang ada platform dalam talian kena tangani buli dalam talian dan eksploitasi kanak-kanak bawah umur.

 

Platform pun kena perkenalkan perlindungan untuk sekat syarikat daripada kumpul data peribadi dan benarkan ibu bapa atau penjaga akses akaun kanak-kanak.

 

Tapi di sini kita dapat lihat diorang ni semua dikambinghitamkan oleh Republikan untuk cipta isu bagi menjatuhkan Presiden Joe Biden memandangkan takde isu ekonomi yang berbangkit di US sekarang.

 

Kata Senator Lindsey Graham, “You have blood on your hands. You have a product that’s killing people.” Pelik, sepatutnya dia cakap macam ni untuk syarikat yang buat senjata yang menyebabkan school shooting berleluasa di US, bukan media sosial.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Korang suka layan drama dan movie bergenre legal-drama? Apa kata korang dapatkan buku yang ditulis berdasarkan perbicaraan kes paling terkemuka di Malaysia dalam DENDAM ORANG MENANG dan DARI PEKAN KE PENJARA secara kombo sekarang! Ada diskaun kalau beli set ni!

 

Beli DOM sahaja: https://shope.ee/2AqH3stwR7

Beli DPKP sahaja: https://shope.ee/2fmXetcD1T

Kombo RM55: https://shope.ee/7fBDc94Qby


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply