Kemenangan Selangor ke atas Kedah semalam menandakan kembalinya Selangor ke arena bola sepak antarabangsa apabila berjaya melayakkan diri ke AFC Champions League 2 musim hadapan.
Dah 7 tahun Selangor tak merasa pentas bola sepak Asia, kali terakhir pun pada tahun 2016. Punya lah lama sampai Khairul Azhan sorang je yang masih kekal dalam skuad Selangor dari waktu tu.
Tapi korang tahu tak Selangor pernah hampir menang AFC Champions League?
Yep, Selangor hampir takluk Asia. Semasa 1967, AFC adakan kejohanan yang mengumpulkan kelab-kelab terbaik Asia untuk merebut gelaran juara Asian Champion Club. Ni sebenarnya adalah edisi pertama bagi AFC Champions League.
Antara kelab-kelab yang bermain kejohanan ini termasuklah Selangor, Vietnam Customs, South China, Bangkok Bank, Korea Tungsten Company dan Hapoel Tel Aviv.
Yep, ini Tel Aviv dari Israel. Masa tu diorang main AFC lagi. Belum kena beduk dengan pasukan-pasukan Eropah lagi.
Tapi kejohanan ni memang nampak tak adil dan berat sebelah sikit. Sebabnya Hapoel Tel Aviv dapat bye sampai ke final. Korea Tungsten Company pulak dapat bye sehingga peringkat separuh akhir.
Kenapa diorang main mudah gitu je? Ni disebabkan oleh kelab India dan Iran yang sepatutnya main pergi tarik diri.
Selangor pulak mulakan aksi seawal pusingan pertama. Skuad kendalian E.C Dutton ni berjaya tewaskan Vietnam Customs dengan jaringan 2-1 di dalam aksi kedua pada 3 Jun 1967 selepas terikat 0-0 pada aksi pertama. South China pulak tewas dengan aggregat 2-1 kepada Bangkok Bank.
Pusingan kedua menemukan Selangor dan Bangkok Bank. Selangor berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dengan kemenangan 1-0 pada 15 Julai di dalam aksi pertama. Perlawanan timbal balik menyaksikan mereka terikat 0-0 membawa Selangor ke separuh akhir.
Di separuh akhir Selangor perlu mengetepikan cabaran Korea Tungsten Company yang dapat bye sejak peringkat pertama.
Korea Tungsten Company yang ada kelebihan sebab tak main satu perlawanan pun tewas dengan Selangor. Selangor menang 1-0 dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Merdeka pada 21 Oktober dan perlu berhadapan dengan Hapoel Tel Aviv yang menunggu di final.
19 Disember 1967, Stadium Supachalasai, Bangkok menjadi saksi pertempuran kedua-dua pasukan.
Dalam perlawanan final tersebut, Selangor bermula agak baik apabila berjaya menjaringkan gol pendahuluan hasil jaringan Agus Salim.
Atas faktor fizikal dan stamina yang tinggi pemain Hapoel Tel Aviv, Selangor dipaksa bermain bermati-matian.
Tapi dua jaringan Hapoel Tel Aviv dan salah satunya penalti kerana bola terkena tangan pertahanan Selangor Chow Kwai Lam meranapkan impian Selangor untuk jadi juara. Selepas itu, kelab-kelab dari Israel terus mendominasi final Asian Champion Club sehingga kena tendang dari AFC pada 1974.
Bukan setakat Selangor sahaja, Perak juga pernah menentang kelab Israel iaitu Maccabi Tel Aviv pada Asian Champion Club 1969. Perak catat keputusan baik sikit sebab seri lawan Maccabi Tel Aviv.
Siapa pemain Selangor yang main dalam kejohanan ni?
Korang mesti kenal Raja Bola Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat. Dia punya power masa tu, dia pernah ditawarkan untuk main dengan naib juara European Cup 1960 iaitu Eintracht Frankfurt yang tewas kepada Real Madrid ketika itu.
Kelab-kelab seperti Koln, Cardiff City, Tottenham Hotspur dan West Ham turut melamar beliau untuk main dengan diorang.
Selain Tan Sri Abdul Ghani Minhat, M. Chandran, N. Thanabalan, Chinna Karuppan, Abdullah Yeop Nordin, Sadar Khan Hyder Khan, Foo Fook Chuan, Chow Kwai Lam, Wong Foot Yoong, Zulkifli Norbit, Ibrahim Mydin, Teh Cheng Lee, Singha Namasivayam, R. Gunaratnam, Ong Kim Leng, Rozaini Nasron, Agus Salim Abdul Rahman, Azizi Mahmud, Lim Kim Lian dan Chan Yong Cheong antara nama yang turut berjuang memperkuatkan skuad Selangor pada ketika itu.
Semoga Selangor berjaya mengulang kembali kejayaan mereka suatu ketika dahulu dan mengangkat martabat bola sepak Malaysia di persada antarabangsa.
Oleh: Azizul Farhan
___
Korang minat sejarah bola sepak? Korang penyokong tegar Liverpool? Mari sini ada barang baik punya. Dapatkan segera LIVERPOOL MAHKOTA EROPAH: https://bit.ly/LiverpoolTP

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply