Setiap 1 Februari, Kuala Lumpur akan raikan Hari Wilayah serentak dengan Labuan dan Putrajaya. Tapi Hari Wilayah ni sempena apa?
Ia bersempena penyerahan Kuala Lumpur yang dahulunya milik Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia.
1 Februari 1974, Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyerahkan kawasan Kuala Lumpur yang selama ini menjadi ibu negeri bagi negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan ibu negara terbaharu bagi Malaysia.
Perbincangan akhirnya dicapai apabila Sultan Selangor sedia bertolak ansur susulan draf terakhir “Perjanjian Kuala Lumpur 1974”.
Keputusan yang dibuat Almarhum Baginda berdasarkan faktor bahawa Malaysia kena ada sebuah ibu negara yang strategik yang lengkap dengan infrastruktur.
Kuala Lumpur memenuhi kriteria yang diperlukan untuk jadi sebuah ibu negara.
Penyerahan Wilayah Kuala Lumpur pada Kerajaan Persekutuan membuatkan negeri Selangor menamakan Shah Alam sebagai ibu negeri baharu bagi negeri Selangor.
Istiadat penyerahan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan diadakan pada 1 Februari 1974.
Istiadat disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi pihak Kerajaan Pusat dan Sultan Selangor bagi pihak kerajaan negeri.
Istiadat ni disaksikan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri.
Akhirnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seluas 4,931 hektar ini diserahkan kepada Kerajaan Pusat sebagai sebuah ibu negara yang baharu.
Pampasan pertama dari Kerajaan Pusat ialah pampasan kekal kepada Kerajaan Selangor didasarkan kepada sejumlah hasil tahunannya yang hilang akibat penyerahan Kuala Lumpur. Jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM 18,305,637.66 setahun.
Ini berdasarkan nilai hasil yang dikira bagi jangka masa Januari sehingga 31 Disember 1974. Pembayaran secara tahunan ini dibahagikan kepada empat kali setahun.
Selain itu, pampasan juga diberikan berkaitan dengan harta-harta yang diserahkan meliputi tanah,bangunan dan alat alat kelengkapan perabot. Pampasan ini telah dilunaskan oleh Kerajaan Pusat.
Bentuk pampasan yang ketiga adalah dipanggil pemberian kemakmuran bersama merangkumi pemberian pembahagian-pembahagian premium tambahan dan pembahagian tambahan cukai tanah yang secara keseluruhan bernilai RM 3.5 billion dibayar secara berperingkat selama 15 tahun.
Pada tahun 1974 sahaja Kerajaan Persekutuan membayar RM 200 juta. Pampasan ni digunakan oleh kerajaan Selangor untuk membangunkan Shah Alam, ibu negeri Selangor yang baharu.
Bayaran ansuran pampasan terakhir dari keseluruhan jumlah 3.5 billion diterima adalah pada tahun 1989 yang mana ia digunakan oleh kerajaan negeri bagi pembinaan Stadium Shah Alam.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula hari ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam! Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply