Canada menggunakan sistem demokrasi berparlimen sama seperti Malaysia. Macam biasa setiap kali pilihan raya semua parti akan bertelingkah antara satu sama lain. Tiba hari mengundi, rakyat akan pilih wakil masing-masing.

Ketua parti yang melepasi garisan akan menjadi Perdana Menteri. Ketua parti kedua di belakang pemenang pula biasanya diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Mereka akan memulakan persidangan pertama dalam Dewan Rakyat (House of Commons). Dalam sidang ini, mereka akan mengundi seorang Speaker.

Pada 5 Disember 2019, Anthony Rota dipilih menjadi Speaker Dewan Rakyat yang ke-37. Beliau sudah hampir tahun memegang amanah ini, seorang anak jati Ontario yang fasih dalam bahasa Inggeris, Itali, Perancis dan Sepanyol siap pernah menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti terkemuka.

Walau bagaimanapun, pada hari pertama beliau menjadi Speaker, ada satu benda pelik berlaku. Perdana Menteri Justin Trudeau dan Ketua Pembangkang Andrew Scheer mengheret beliau masuk dalam dewan ke arah kerusi Speaker.


Untuk pengetahuan semua, ini adalah tradisi Canada yang diwarisi daripada Empayar British. Pemenang undi Speaker perlu menunjukkan rasa tidak rela dipilih.

Selepas angkat sumpah, lain cerita. Selagi belum angkat sumpah, kena tunjuk rasa tidak rela… sebab ada sejarah di sebalik tradisi pelik ini.

Kerja Yang Digerμηi Dulu

Sistem demokrasi hari ini melantik seorang Speaker untuk mengekalkan adab dewan supaya ahli politik tidak bergaduh. Sesiapa yang enggan patuh mungkin dihμkμm. Itu saja tanggungjawab Speaker sekarang.

Tetapi zaman dulu, seorang Speaker menjadi orang tengah di antara Dewan Parlimen dan Institusi Diraja. Jadi apa-apa hal yang tidak direstui raja memang Speaker tanggung habis. Zaman dulu jawatan Speaker dipanggil parlour atau prolocutor, sudah ada sejak tahun 1258 lagi apabila Peter de Montfort menjadi “pengerusi dewan” di bandar Oxford (Arnold-Baker, 2015).

Sidang panas.

Bermula dengan de Montfort, jawatan Speaker memainkan peranan penting dalam politik monarki mutlak British. Ada masanya Speaker cari pasal sendiri. Pada tahun 1376, Peter de la Mare menjadi Speaker yang merencanakan konspirasi kuasa.

Beliau menyertai sebuah kumpulan berpengaruh yang mencαηtαs beberapa Menteri Diraja untuk mengukuhkan kedudukan sendiri. Kerana Raja Edward III sudah terlalu lemah. Anak sulungnya pula sαkit teruk. Putera kedua baginda (John of Gaunt) yang membalas deηdαm dan menuntut bela. Speaker de la Mare digμgμrkan hingga ke lembah hina.

Tetapi selalunya Speaker menjadi mαηgsα murka raja. Kena banyak bersabar dan pastikan tidak terlepas cakap – kerana apa-apa pun boleh jadi dalam politik monarki mutlak.

Asal-Usul Tradisi

Kedudukan Speaker memang bergantung pada legitimasi kuasa seorang raja. Formulanya mudah: kestabilan politik bergantung pada keberkesanan seorang raja, yang menjaminkan kemuliaan dalam dewan sekali gus memudahkan kerja Speaker.

Jika raja bangang, maka banganglah segalanya sampai Speaker sekali jadi bangang. Sir Thomas More (1478-1535) sangkut di tengah antara mulia dan bangang.

Beliau menjadi Speaker ketika zaman Henry VIII (1509-1547), yang sangat terkenal kerana berkahwin enam secara bersilih ganti.

Thomas More.

Henry memang dasar lelaki. Sudah puas dengan Catherine of Aragon, baginda ingin membatalkan perkahwinan (raja tiada istilah bercerαi). Jadi Henry minta tolong Paus Clement VII untuk tujuan pembatalan ini.

Dan Clement tidak memenuhi hasrat baginda. Jadi tidak lama kemudian, baginda menubuhkan sebuah gereja sendiri yang dipanggil the Church of England.

Gereja ini sama seperti Katolik. Tetapi ketua gereja adalah Raja atau Permaisuri England, bukan lagi paus.

Speaker More tidak bersetuju dengan usaha Henry (The Tudor Times, 2016). Bukan setakat tidak setuju, beliau menentang dan enggan mengiktiraf Henry sebagai Pengerusi Gereja. Akhirnya More dijatuhi hμkμmaη bμημh dengan kata-kata terakhirnya: “Aku mati sebagai hamba baik Raja yang mendahulukan Tuhan.”

Hμkμmaη ini memberi gambaran jelas tentang More. Masalahnya, bukan More seorang yang terkena nasib ini. Lima Speaker lain temui αjαl dalam keadaan sama (tetapi berbeza punca). Pemergian mereka menjadi sensasi sejarah, disebut-sebut sampai hilang maksud asal… dan akhirnya tradisi ini diteruskan hingga kini.

RUJUKAN:

Arnold-Baker, C. (2015). The Companion to British History. Routledge. Halaman 1172.

The Tudor Times. (2016, September 24). Thomas More: Life Story.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.