Dalam Tεntεrα Darat Malaysia (TDM), terdapat satu rejimen yang tertua dalam pasukan berkenaan. Rejimen tersebut ialah Rejimen Askαr Melayu Diraja (RAMD) dengan kisah keberanian dan kesetiaan mereka kepada negara terus mewangi sehingga hari ini.

Idea untuk tubuhkan RAMD sudah berlegar dalam kalangan raja-raja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) sejak tahun 1913 lagi. Tapi macam biasalah, pegawai-pegawai British tak tunjuk minat terhadap idea tersebut. Kononnya kalau latih, tak berdisiplin dan tiada kesungguhan macam αskαr British lain.

Tapi bila sedar pεrαng bakal meletus di sebelah Timur Jauh, Pejabat Pεrαng British akhirnya meluluskan pembentukan RAMD pada 1933. Itu pun lepas dilobi pemimpin dan Raja-Raja Melayu seperti Raja Chulan, Sultan Alang Iskandar Shah (Perak) dan Tuanku Muhamad Ibni Yamtuan Antah (Negeri Sembilan). Lantas, Pasukan Percubaan Pertama Rejimen Askαr Melayu dibentuk dengan kekuatan 25 orang dengan latihan selama lima bulan.

Ternyata sangkaan bahawa orang Melayu tak boleh ikut disiplin dan taktik tεntεrα British meleset sama sekali. 25 orang rekrut menunjukkan prestasi baik semasa latihan – satu fakta yang membanggakan pegawai pemerintah mereka, Mejar George McIllree Stanton Bruce (Rejimen Lincolnshire) dan adjutan Kapten K. G. Exham.

Mejar George McIllree Stanton Bruce. Sumber: Geni.com

Bruce dengan bantuan Exham juga turut bertanggungjawab mereka lambang dan tanda kebesaran tentera RAMD. Ia terdiri daripada dua ekor harimau yang menyokong mahkota yang berada di atas bulatan kεrιs dan sarungnya yang bersilang. Dalam bulatan yang sama, terdapat moto rejimen iaitu ‘Taat Setia’.

Contoh lambang RAMD. Sumber: Alan Teh Leam Seng/New Straits Times.

Begitu juga dari segi pemilihan warna uniform kawad. Tiga warna dipilih iaitu merah, hijau dan kuning. Hijau melambangkan agama Islam dengan kuning melambangkan warna Raja-Raja Melayu. Manakala merah pula melambangkan pengaruh tεntεrα British terhadap pembentukan RAMD.

Sejak itu, RAMD tidak lagi menoleh ke belakang dan mula melakar kejayaan. Menjelang 1936, empat pegawai pertama rejimen telah menerima pεdαng mereka daripada Pesuruhjaya Tinggi NNMB, Sir Shenton Thomas. Tempoh ini turut menyaksikan bilangan anggota rejimen ditambah bagi menambah kekuatan mereka.

Menjelang 1938, bilangan mereka kini mencecah 900 orang. Mereka terdiri daripada tiga kompeni rαιfαl dan satu kompeni sokongan dengan kompeni tersebut dilengkapkan dengan mεsιngαn Vickers. Selepas Pεrαng Dunia Kedua (WWII) tercetus pada 1939, batalion kedua rejimen diwujudkan bagi memperkukuh barisan pertahanan negara.

Semasa Jepun menyεrαng Asia Tenggara terutama Tanah Melayu pada akhir tahun 1941, RAMD turut dikerah mempertahankan negara daripada αncαmαn musuh. Dan seperti diketahui ramai, kompeni-kompeni RAMD diketuai Leftenan Adnan Saidi memberi tentangan sengit terhadap tentera Jepun di Bukit Cαndυ dan Bukit Pasir Panjang, Singapura pada Februari 1942.

Keberanian RAMD mengekang asakan musuh berbekalkan prinsip biar putih tυlαng, jangan putih mata mendapat sanjungan pegawai-pegawai tentera British ketika itu. Pada akhir kempen, 159 orang anggota RAMD terbυnυh termasuk enam pegawai British dan tujuh pegawai Melayu. Mana yang menjadi tawanan pεrαng dilepaskan sebulan selepas itu kecuali tujuh pegawai Melayu yang dibυnυh kerana enggan patuh kepada Jepun.

Selepas tamat WWII, keperluan memantapkan RAMD amat ketara. Bagi menjamin kualiti pegawai RAMD berada pada tahap terbaik, rekrut-rekrut terpilih kemudiannya dihantar ke Sandhurst untuk menjalani latihan sebagai pegawai. Menjelang 1948, jurutera-jurutera RAMD turut dihantar ke institusi-institusi terbaik di Tanah Melayu dan UK.

Semua itu berubah apabila Darurat diisytiharkan pada pertengahan tahun 1948. Susulan itu, anggota-anggota RAMD dihantar ke lokasi-lokasi strategik di seluruh negara bagi mengawal keselamatan. Walaupun sesetengah daripadanya masih hijau, kalau sudah anak Melayu yang pantang mundur, mereka menentang penggαnαs komυnιs macam harimau!

Walaupun terpaksa berjuang dalam hutan kadang-kadang selama berminggu-minggu lamanya, kehebatan anggota RAMD meletakkan mereka setaraf dengan tεntεrα British, Gurkha dan negara-negara Komanwel.

Era Darurat membantu pihak RAMD pula menambah pengalaman bertαrυng dalam hutan. Ini termasuk terlibat dalam rondaan dalam hutan di mana ia boleh berlanjutan selama beberapa bulan.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan mereka ialah operasi di Gua Musang. Pihak berkuasa mendapat laporan Balai Polis Gua Musang telah ditαwαn oleh 300 ahli Bintang Tiga dengan bandar tersebut dikawal mereka. Sebagai tindak balas, Batalion Pertama RAMD digerakkan dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk menawan semula bandar berkenaan.

Sementara unit-unit RAMD yang berhampiran di Kuala Lipis digerakkan untuk meninjau pergerakan musuh. Unit-unit ini mendapat sokongan pasukan polis yang besar. Tatkala mereka sibuk mengumpul maklumat, unit-unit ini diserang hendap oleh geng Bintang Tiga. Akibatnya, lima orang anggota terbυnυh termasuk komander kompeni Mejar R. Henderson.

Walaupun disεrαng bertubi-tubi oleh pihak musuh, kompeni RAMD ini tidak putus asa. Sarjan Osman Itam yang mengambil alih kepimpinan kompeni selepas Henderson mαtι berjaya memimpin pasukannya keluar dari situasi tersebut dengan selamat. Atas jasanya itu, beliau dikurniakan Pingat Tεntεrα (Mιlιtαry Medal), satu daripada ratusan pingat yang diberi kepada ahli-ahli RAMD.

Kompeni RAMD yang terselamat ini kemudiannya menyertai rakan rejimen mereka dari Kota Bharu dan tεntεrα Gurkha sebelum mara ke Gua Musang. Pemerintahan lima hari Bintang Tiga di Gua Musang berakhir dengan pihak musuh dipaksa berundur semula ke hutan.

Selepas era Darurat, RAMD terus diberi kepercayaan untuk berjuang demi negara di perbatasan. Semasa era Konfrontasi, mereka juga berjuang dengan berani menentang gεrιlα-gεrιlα Indonesia. Selain dua era ini, sesetengah anggota RAMD turut dihantar ke luar negara sebagai anggota pasukan pengaman PBB. Antara negara yang pernah melihat kelibat mereka sebagai anggota pengaman ialah Bosnia-Herzegovina, Somalia dan Congo.

Dan akhir kata, kami nak jemput semua beli buku kami berkenaan perjuangan Komando 69 melawan Komunis di Tanah Melayu di Shopee kami. Sedang ada 40 peratus diskaun, boleh ke: https://bit.ly/PertempuranHutan 

RUJUKAN

Leam Seng, A. T. (2022, 21 Jun). Malaya’s finest regiment. New Straits Times.

Hj Md Isa, Tirmizi (2011) Sumbangan Kor Agama Angkatan (ditapiskan) (KAGAT) dalam aktiviti keagamaan : kajian dalam Batalion ke-12 RAMD. Tesis Masters, Universiti Malaya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply