Tanah Perkuburan sering dikaitkan dengan kesedihan, tempat berhantu, kemurungan dan sentiasa sunyi dari tatapan manusia. Namun tahukah anda bahawa suatu masa dahulu, tempat ini di kebanyakan tempat di dunia tidaklah seperti yang kita kenali hari ini? Ayuh, bersama saya dalam artikel pendek lagi ringkas, menyelami sejarah kubur itu sendiri.

Dalam kebanyakan sejarah manusia, kita tidaklah bermula dengan mengebumikan jasad yang sudah meninggal dunia. Kebanyakan tamadun di dunia biasanya akan mencampakkan m4yat manusia dari tebing tinggi, meningalkannya di dalam gua, membiarkan hanyut di sungai atau laut, dikaramkan di dasar tasik, ditinggalkan di puncak gunung, dibakar sampai abu, bahkan lebih dasyat, menjadi mangsa kannibalism sesama manusia yang lainnya.

Pada zaman dahulu, mereka yang dikuburkan ini adalah melibatkan seseorang yang didapati telah melanggar peraturan, undang-undang dan adat sehingga terhalau dari kasta sehingga akhirnya mereka ditanam kerana mahu diasingkan dari ritual penanaman biasa puak atau bangsa mereka. Namun, lambat laun manusia mula menyedari faedah yang diperolehi daripada pengebumian m4yat daripada ritual-ritual lain yang disebutkan awal tadi.

Contohnya, pengebumian akan mengelakkan m4yat menjadi mangsa binatang buas, menghalang penyebaran bau busuk dan juga melindungi pemandangan m4yat itu sendiri mereput di dalam tanah. Lantas, amalan pengebumian itu mula menjadi norma, bahkan m4yat turut ditanam bersama dengan alatan-alatan yang dibawa ketika hidup konon untuk bekalan di alam barzakh dan akhirat kelak.

Berdasarkan sejarah, manusia pertama yang mungkin ditanam dalam sejarah tamadun manusia adalah kira-kira 120, 000 tahun yang lalu. Amalan pengebumian terawal secara berkelompok dapat dijejak di sekitar Afrika Utara dan Asia Barat kira-kira 10, 000 sehingga 15, 000 tahun yang lalu. Contohnya, bangsa nomad Scythia akan membentuk bukit kecil atau gundukan (mound) di padang rumput mereka yang dikenali sebagai Kurgan. M4yat bangsa Scythia akan ditanam dalam gundukan itu.

Kurgan.

Masyarakat Etruscan pula membina necropolis (sejenis binaan berbentuk empat segi dan seumpama dengannya yang disusun membentuk perkuburan/makam). Bangsa Rom pula mengebumikan tinggalan mereka di bawah makam bawah tanah yang dikenali sebagai Catacomb.

Necropolis masyarakat Etruscan.
Catacomb bangsa Rom.

Pada zaman pertengahan di Eropah, tanah kosong sekitar gereja dijadikan tempat pengebumian. Uniknya, kawasan perkuburan berdekatan dengan gereja juga merupakan pasar, tempat keraian bahkan kadang-kadang, seorang peladang membiarkan lembu-lembunya meragut rumput disekitar tanah perkuburan dengan kepercayaan rumput disekitar perkuburan akan menghasilkan susu lembu yang manis.

Namun, apabila kota mula tumbuh dan membesar dalam skala mega ketika tercetusnya revolusi industri, tanah perkuburan yang lebih besar juga turut mengambil alih peranan tanah perkuburan kecil berdekatan dengan gereja. Banyak tanah perkuburan besar mula tumbuh seperti Père Lachaise yang seluas 110 ekar di Perancis, atau 73 ekar tanah perkuburan Mt. Auburn Cambdride.

Père Lachaise

Namun, tiada satu pun tanah perkuburan mampu menandingi tanah perkuburan terbesar di dunia yang menyimpan 5 juta nyawa di bawahnya yang terletak di Iraq. Wadi Al-Salaam yang lokasinya ialah dalam kota suci pengganut Syiah iaitu Najaf dikatakan menarik para pengunjung setinggi jutaan orang dari serata dunia. Tanah perkuburan ini dapat dijejak seawal zaman Parsi Purba sebelum mula digunakan oleh pengganut Syiah yang mengaitkan tanah tersebut dengan kepercayaan mereka.

Wadi Al-Salaam

Kebanyakan tanah perkuburan besar yang baru tumbuh pada zaman revolusi ini selalunya dihiasai dengan taman bunga, ukiran patung yang mengasyikkan dan makam hiasan. Makam yang mewah biasanya dikhaskan untuk orang kaya, manakala orang pertengahan dan miskin ditempatkan pada makam yang kurang mewah. Seperti tradisi zaman pertengahan, tanah perkuburan besar ini juga menarik perhatian orang bukan sekadar untuk melawat perkuburan, malah ulang tahun, percutian, festival bahkan menjadi tempat kunjungan pada waktu petang.

Hanya apabila pada lewat abad ke-19 apabila taman awam dan juga taman botanik mula diperkenalkan, barulah orang mula perlahan-lahan meninggalkan tanah perkuburan. Memandangkan lokasi tanah perkuburan ini kebanyakannya terletak di pinggir bandar, maka ia mula asing dan menjadi sunyi. Mungkin bermula daripada itu, mula timbul kisah-kisah kurang enak berkaitan dengan tanah perkuburan…

RUJUKAN:

Keith Eggener. (2018). The Fascinating History Of Cemeteries. TED-Ed. https://www.youtube.com/watch?v=8HegwRtbDSU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.