1. Kerajaan Bani Umayyah berjaya menakluk kawasan Andalus pada sekitar tahun 711 Masihi, atas usaha dua tokoh terkenal, Musa ibn Nusayr dan Tariq ibn Ziyad.

2. Kerajaan Bani Umayyah kalah buat kali pertama dengan Tentera Kristian Raja Pelayo dalam Pertempuran Covadonga pada tahun 722 Masihi. Ini adalah titik permulaan gerakan Reconquista, yakni gerakan Orang-orang Kristian yang ingin mengambil kembali kawasan yang ditakluk oleh Tentera Islam.

3. Kerajaan Bani Umayyah mula menjadi lemah secara mendadak apabila kalah dalam Peperangan Arab-Khazar yang pertama pada tahun 652 masihi. Al-Jarrah, panglima Bani Umayyah, telah kalah dengan Putera Barjik, Ketua Bangsa Turki Khazar di Azerbaijan dan dipenggal kepalanya. Putera Barjik meletakkan kepala Al-Jarrah sebagai panji dan mula menjarah kawasan takluk Bani Umayyah, seperti Mosul, Iraq.

4. Khalifah Marwan ibn Muhammad, atau Marwan II, bangkit dan mengalahkan bangsa Turki Khazar di Caucus, Armenia dan Azerbaijan. Atil, ibu kota Turki Khazar berjaya ditakluk oleh Khalifah Marwan. Khalifah Marwan mengampunkan dan membebaskan Ketua atau Raja Turki Khazar, Qaghan.

5. Walaupun Bani Umaiyyah akhirnya menang dalam pertempuran dengan bangsa Turki Khazar, namun peperangan ini banyak melemahkan lagi Kerajaan Bani Umayyah. Gerakan Bani Abbasiyyah bermula di Khurasan atas panglima Abu Muslim Al-Khurasani.

6. Abdullah ibn Ali Al-Abbasi takluk Damsyik pada sekitar tahun 750 masihi. Dia membunuh 50,009 Orang-orang Islam di Damsyik, 92 Kerabat Bani Umayyah dan juga membunuh Khalifah Marwan ibn Muhammad.

7. Abdul Rahman Ad-Dakhil, berjaya selamatkan diri dan mendirikan semula Kerajaan Bani Umayyah di Cordoba, Andalus, pada tahun 756 masihi.

8. Kerajaan Bani Umayyah berterusan di Al-Andalus sehinggalah anak kepada Muhammad ibn Abi Amir, Abdul Rahman Sancheulo, wazir kepada Khalifah Bani Umayyah yang terakhir di Andalus Hisyam III, cuba merampas kuasa Khalifah dengan menghukum Khalifah dibuang negeri pada tahun 1031. Ini menyebabkan reaksi yang teruk di kota-kota Andalus, apabila masing-masing mendirikan negara kota masing-masing di Andalus. Bermulalah era Taifa di Andalus. Negara-negara kota di Andalus yang terkenal adalah Seville, Granada, Cordoba dan Zaragoza.

9. Negara-negara kota Islam ini saling berperang sesama sendiri, dan waktu yang sama juga, Raja kepada negara Castille Leon, Alfonso VI, semakin berkuasa. Negara-negara kota Islam ini terpaksa membayar ufti tahunan kepada Raja Alfonso VI.

10. Al-Mu’tamid ibn Abbad, Raja Negara Kota Seville, telah membunuh utusan Raja Alfonso Vi yang meminta ufti tahunan. Al-Mu’tamid ibn Abbad memanggil bantuan Yusuf ibn Tashfin di Afrika Utara untuk membantunya mengalahkan Raja Alfonso VI. Yusuf ibn Tashfin berjaya mengalahkan Raja Alfonso VI dalam Pertempuran Az-Zallaqah pada tahun 1086 masihi. Yusuf ibn Tashfin pulang ke Afrika Utara setelah selesai perang. Yusuf ibn Tashfin berumur 80 tahun ketika beliau megetuai Peperangan ini.

11. Namun, gerakan Reconquista belum berakhir. Yusuf ibn Tashfin kembali ke Andalus pada tahun 1090. Kali ini, dia menakluk beberapa kawasan-kawasan Taifa seperti Granada dan Seville. Yusuf ibn Tashfin adalah seorang pemimpin yang warak. Beliau sangat tidak suka dengan pemimpin-pemimpin Taifa Andalus yang beliau anggap telah rosak kerana terlalu cintakan dunia. Sebagai contoh, Al-Mu’tamid ibn Abbad sendiri ada sifat buruk, yakni suka minum arak. Al-Mu’tamid ibn Abbad telah dihukum buang negeri di Maghribi. Yusuf ibn Tashfin berjaya satukan Al-Andalus setelah menakluk Kota Valencia pada tahun 1097 masihi. Yusuf ibn Tashfin wafat ketika berusia 100 tahun.

Selingan:

Di sinilah bermulanya kekeliruan tentang nasab keturunan Queen Elizabeth II. Ramai orang menganggap bahawa Queen Elizabeth II merupakan keturunan Rasulullah S.A.W kerana salah satu moyang Queen Elizabeth II adalah Zaida of Seville.

Zaida of Seville bukan anak perempuan Al-Mu’tamid ibn Abbad, dia hanya menantu Al-Mu’tamid ibn Abbad. Cuma penulis sejarah Kristian yang tersilap dan menyatakan bahawa Zaida of Seville adalah anak perempuan Al-Mu’tamid ibn Abbad.

Dakwaan Al-Mu’tamid ibn Abbad terhadap Ahl Bayt juga amat diragui; ini kerana, ada kekeliruan pada nasab Zahra binti Husayn pada salasilah keturunan Kerajaan Abbadid Seville. Berkemungkinan besar Zahra binti Husayn ini bukan keturunan Rasulullah S.A.W, tetapi keturunan bangsa Arab Bani Lakhmid.

12. Yusuf ibn Tashfin membentuk Dinasti Murabitun. Khalifah Bani Abbasiyyah di Baghdad memberi gelaran Amirul Muslimin kepada Yusuf ibn Tashfin.

13. Gerakan Khawarij dari Barat, yakni Muhammad ibn Tumart, muncul. Muhammad ibn Tumart mengaku diri sendiri sebagai Imam Mahdi, dan mula memberontak melawan Kerajaan Al-Murabitun pada tahun 1120 masihi. Gerakan Al-Muwahidun Ibn Tumart merupakan gerakan paling kejam dalam Sejarah Islam. Adz-Dzahabi meriwayatkan bahawa Ibn Tumart membunuh 70,000 Orang-orang Islam di
di Kota Marrakech; manakala Al-Maqrizi meriwayatkan bahawa nyawa yang hilang kerana gerakan Al-Muwahidun Ibn Tumart hanya diketahui oleh Allah betapa banyaknya.

Gerakan Al-Muwahidun berjaya takluk Kerajaan Al-Murabitun dan menubuhkan Dinasti Al-Muwahidun di Andalus pada tahun 1126. Ianya diasaskan oleh Abdul Ma’mun, pengikut atau anak murid Ibn Tumart.

14. Raja Al-Nasir Kerajaan Al-Muwahidun berperang dengan Tentera Kristian di Peperangan Las Navas De Tolosa pada tahun 1212. Kerajaan Muwahidun di bawah pimpinan Al-Nasir kalah teruk, walaupun jumlah tentera Al-Nasir melebihi jumlah Tentera Kristian. Kekalahan Peperangan ini menyebabkan Al-Andalus sekali lagi berpecah kepada beberapa negara kota, seperti Kerajaan Granada, Hafsid dan Marinid.

15. Negara-negara kota tersebut cuba bersatu untuk berperang melawan Tentera Kristian, namun sekali lagi mereka kalah dalam Peperangan Rio Salado pada tahun 1340 masihi.

16. Yang tinggal sekarang ini hanya Kerajaan Granada. Kerajaan Kristian Castille cuba menyerang Granada pada tahun 1394, tetapi berjaya dikalahkan oleh Sultan Muhammad VII.

17. Akhirnya, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella bersatu dan berjaya menakluk Granada pada tahun 1492 masihi. Orang-orang Islam dan Yahudi keluar beramai-ramai dari Andalus dan lari ke kawasan takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.