Di kebanyakan tempat di seluruh dunia, basikal merupakan pengangkutan utama yang paling mudah dikendalikan dan menjimatkan kos.
Bagi sesetengah orang berbasikal adalah salah satu gaya hidup yang sihat, tetapi basikal juga pernah memainkan peranan penting dalam sejarah ketenter4an terutamanya melibatkan per4ng-per4ng besar di seluruh dunia.
Basikal pertama kali dicipta oleh Baron Karl Von Drais di Jerman pada tahun 1818, tetapi ia memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk diinovasikan dengan sempurna hingga terbentuk sebuah basikal yang kita semua kenali hari ini.
Pierre Michaux dan Pierre Lallement dari Perancis telah mencipta sistem pedal yang membantu penunggang, serta pelbagai jenis inovasi lain.
Ia tidak mengambil masa lama untuk para pemikir tenter4 pada abad ke-19 melihat manfaat dalam mempelbagaikan penggunaan pengangkutan baharu ini.
Semasa Per4ng Franco-Prussian (1870-71), basikal telah diuji oleh pembawa pesanan dan pasukan pemantau dengan sedikit sahaja keberkesanannya, tetapi itu tidak menghalang para pemikir untuk terus mengkaji manfaat yang ditawarkan oleh basikal tersebut.
Tenter4 British menggunakan unit pemantau berbasikal untuk latihan lapangan pada musim bunga pada tahun 1885, dan, tak lama selepas itu, tenter4 Austria dan Jerman masing-masing menimbang semula kemungkinan menggunakan pengangkuta dua roda itu, sementara tenter4 Perancis secara rasmi memperkenalkan basikal ke dalam perkhidmatan infatri pada tahun 1887.
Sewaktu reka bentuk basikal berubah dari masa ke semasa, ia memudahkan penunggang mengaplikasikan “gaya ketenter4an,” yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk seorang askar penunggang.
Perubahan ini menarik perhatian dan membantu meyakinkan pemikir ketenter4an bahawa kenderaan roda dua boleh menyaingi kenderaan lain termasuk kuda.
Menjelang akhir kurun ke-19, British mempunyai industri berbasikal terbesar di dunia, dan ini mungkin menjelaskan mengapa begitu tinggi jumlah basikal yang memasuki Afrika Selatan dalam semasa per4ng Anglo-Boer Kedua.
Basikal digunakan di seluruh Afrika Selatan, pejuang-pejuang Boers menubuhkan pasukan kecil penunggang basikal, dan British menirunya.
Basikal Dalam Sejarah Milit4ri Amerika Syarikat
Di seberang lautan Atlantik, Amerika juga mula melihat potensi yang ditawarkan oleh basikal. Kor Isyarat Pertama Pengawal Kebangsaan Connecticut membentuk unit infantri basikal tenter4 yang pertama pada tahun 1891, setelah basikal digunakan untuk menghantar surat dan membawa bekalan sokongan.
Berbagai cabaran berjaya dilalui antaranya, salah seorang Pengawal Kebangsaan Connecticut membuktikan dia bersendirian mampu menyampaikan mesej dengan lebih pantas berbanding pasukan isyarat bendera.
Sementara pasukan logistik membawa satu penghantaran dari Chicago ke New York City dalam masa empat hari dan 13 jam, dengan kebanyakannya dalam cuaca hujan. Cabaran susulan adalah dengan membawa mesej dari Washington, D.C. ke Denver dalam masa enam hari.
Leftenan Kedua Fort Missoula Montana, James A. Moss menubuhkan Kor Basikal Infantri ke-25, yang terdiri daripada lapan askar yang menunggang dalam formasi dan mengayuh sebanyak 40 batu setiap hari. Setiap basikal dilengkapi dengan bagpack, selimut dan khemah. Selain itu setiap penunggang membawa senapang bersama 50 pusingan pelvru.
Kor Basikal mengambil bahagian dalam perjalanan 800 batu dari Fort Missoula ke Taman Negara Yellowstone dan pulang kembali, kemudian berlepas dari Fort Missoula ke St. Louis, perjalanan sejauh 1,900 batu.
Semua ini adalah untuk membuktikan kemungkinan keupayaan unit basikal untuk bergerak secara jarak jauh ketika pertempvran. Walau bagaimanapun, kor basikal telah dibubarkan sebelum per4ng Spanish-American meletus.
Basikal Dalam Per4ng Dunia
Di seluruh Amerika dan Eropah jelas bahawa basikal boleh digunakan untuk menyampaikan mesej, tetapi inovasi pihak tenter4 mula menggunakannya untuk pemetaan topografi mudah alih memandangkan telegraf sudah digunakan untuk menghantar mesej.
Dalam satu kes, penunggang menggunakan basikalnya untuk mengkaji gred bukit dan kawasan lain bagk membantu para komandan dalam usaha menentukan sama ada tanah itu boleh dilalui dengan meriam dan gerabak atau sebaliknya.
Ketika Per4ng Dunia Pertama meletus pada tahun 1914, kebanyakan negara yang mempunyai unit basikal tenter4 telah bersedia untuk menyertai pertempvran, tetapi ketika itu.
Kebanyakan pertempvran biasanya akan ‘mengunci’ kedua belah pihak yang masing-masing telah mengorek parit bawah tanah sebagai benteng pertahanan dan berlindung di dalam laluan ‘parit’ itu.
Keadaan ini menjadikan pertempvran sering tergantung berminggu-minggu. Justeru, penunggang basikal termasuk pasukan berkuda amat kurang peranan mereka dan hanya bergerak di belakang barisan.
Walau bagaimanapun, generasi pasca WWI memainkan peranan yang lebih langsung seperti yang digunakan oleh orang Jerman, Jepun dan Inggeris sebagai cara pengangkutan untuk memindahkan tenter4 ke barisan hadapan jika tidak menyertai terus ke pertempvran.
Namun, askar turut menunggang basikal ke medan pertempvran; terutamanya tenter4 Jepun yang menggunakannya dalam kemaraan tenter4 Imperialis Jepun ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1941.
Tenter4 Jepun dikatakan sebagai tenter4 yang paling banyak menggunakan basikal semasa Per4ng Dunia Kedua. Ketika pencerobohan di Tanah Melayu, beribu-ribu askar berbasikal meneruskan kemaraan dari Kota Bharu menuju Singapura.
Kerana kekurangan bahan bakar, basikal adalah cara yang lebih mudah, efisien dan pantas untuk mengangkut anggota tenter4 ke barisan hadapan daripada kenderaan lain. Bagi tenter4 Jepun, bahan api bukan satu-satunya masalah.
Apabila menghadapi masalah ketiadaan bekalan getah, tenter4 Jepun terpaksa terus mengayuh basikal berodakan rim sahaja apabila mengalami masalah tayar pecah atau haus.
Sumbangan Basikal Dalam Per4ng Di Vietnam
Selepas Jepun menyerah kalah, Hindia Belanda, British Malaya, Indochina, dan Filipina semuanya mula dituntut kembali oleh kolonial masing-masing dari Eropah pula.
Ingatkan Jepun kalah dah boleh merdeka, ini menyebabkan penduduk pribumi sudah hilang sabar dan mula menuntut kemerdekaan baik secara rundingan atau peper4ngan. tenter4
Sekutu yang telah berjuang melawan pencerobohan Jerman di Eropah kini berjuang untuk menafikan kemerdekaan tanah j4jahan yang mereka tinggalkan bersendirian semasa kedatangan Jepun. Ironi sungguh.
Di Vietnam, bekas pihak koloni mereka Perancis kembali menuntut kuasa pemerintahan yang mereka tinggalkan sebelum itu.
Ini membawa kepada penentangan orang Vietnam hingga tercetus sekali lagi per4ng di antara koloni Perancis dan Vietnam yang terus berlanjutan dan membawa kepada Pengepungan Dhien Bien Phu sekitar November 1953. di mana 50,000 tenter4 Viet Minh mengepung 15,000 tenter4 Perancis yang menduduki desa tersebut.
Jeneral Vietnam, Vo Nguyen Giap memilih untuk mengelakkan pertempvran konvensional sebaliknya dengan menggunakan ser4ngan hendap dan jerangkap samar untuk memvnahkan tenter4 Perancis.
Mengikut kiraan secara kasar melibatkan semua pertempvran antara Perancis dan Vietnam pada 1953, Perancis mengira lebih 74,000 kem4tian dari 190,000 tenter4, sejak itu Perancis sedar bahawa mereka tidak dapat mengalahkan orang Vietnam dalam per4ng setempat
Perancis tidak mempunyai kekuatan udara di Vietnam dan tidak boleh membom mana-mana jalan atau konvoi sesuka hati. Giap memilih untuk memintas jalan yang disasarkan dengan mudah.
Dia memindahkan beratus-ratus ribu tan sumber dan bahan melalui bukit dan lembah yang curam di Dien Bien Phu menggunakan basikal-basikal yang dijual kepada orang Vietnam oleh pihak koloni Perancis sendiri sebelum per4ng, keadaan ini dianggap sebagai “senj4ta makan tuan”.
Giap dengan sabar mengumpul beratus-ratus kelengkapan artileri, berjuta-juta pelvru, dan sumber makanan yang mencukupi sebelum mengepung Dien Bien Phu, kemampuan orang Vietnam mempertingkatkan kekuatan juga adalah dengan memindahkan sumber bekalan menggunakan basikal dan melalui laluan sukar di hutan.
Selepas pengepungan selama tujuh minggu, Perancis menyerah kalah dan Vietnam mencapai kemerdekaan.
Kesilapan Perancis adalah dengan meremehkan keupayaan Viet Minh untuk membawa artileri dan bekalan berat kegunaan askar mereka.
Mereka dijangka hanya akan menghadapi ser4ngan mortar, bukan senj4ta berat yang berkeupayaan menyer4ng dari jauh. Namun, Giap mampu menempatkan 144 pos artileri berat sserta berdozen lagi yang berkaliber rendah di seluruh titik kepungan.
Kunci kepada kejayaan Viet Minh dalam pertempvran epik ini adalah inovasi penggunaan basikal sebagai pengangkutan bahan sumber dan pembinaan laluan ‘darurat’ melalui jalan yang paling tidak pernah terjangka dalam sejarah.
Kita sudah sedia maklum bagaimana Jepun memasuki Tanah Melayu dengan berbasikal, tetapi kita jarang mendengar kisah lain semasa per4ng Dunia II. Tahukah anda, Adolf H!tler menyer4ng Russia dengan jumlah tenter4 berkuda yang lebih besar jumlahnya berbanding Napoleon?
Selain kuda, penggunaan basikal juga amat popular bagi tenter4 Jerman sebagai salah satu sumber pengangkutan penting. Pada permulaan per4ng Dunia Kedua, tenter4 Jerman menggunakan basikal untuk menceroboh Norway dan Poland.
Basikal Paratruper
Salah satu inovasi menarik dalam basikal tenter4 ialah basikal BSA Airborne. Basikal ini direka khas untuk pasukan payung terjun di UK. Basikal ini boleh dilipat dan dilampir bersama penerjun.
Apabila dilipat, basikal cukup padat untuk dibawa dan melompat keluar dari kapal terbang. Roda akan dipasang dengan baik pada beg parasut, yang menjadikannya selamat untuk melompat keluar dari pesawat dengan basikal.
Apabila penerjun selamat mendarat, mereka boleh menggunakan tali pelepasan payung bahagian hadapan untuk melepaskan basikal. Selepas BSA Airborne selesai dipasang, ia bersedia untuk dikayuh segera. Basikal khas ini digunakan untuk bergerak secara sulit ke destinasi mereka.
70,000 basikal BSA Airborne dihasilkan oleh Birmingham Small Arms Company antara 1942 dan 1945. Kegunaan terbesar mereka ialah untuk infantri British dan Kanada semasa ser4ngan ke atas D-day di Normandy dan Arnhem pada gelombang kedua.
Tiada statistik jelas tentang berapa banyak jumlah basikal yang digunakan; satu-satunya bukti adalah berdasarkan gambar-gambar. Pasukan payung terjun ini membawa hampir 90 kilo peralatan termasuk basikal mereka. Walaupun basikal ini tidak digunakan seperti rancangan asal, ia masih pilihan terbaik dan lebih cepat berbanding berjalan kaki.
Pada tahun 1944, jip tenter4 telah disediakan dan peranan basikal menjadi kurang penting. Selepas per4ng Dunia II, masih terdapat kekurangan bahan api di Eropah dan orang awam menggunakan saki baki basikal tenter4 yang ditinggalkan sebagai pengangkutan sehari-hari.
Hari ini, basikal Per4ng Dunia II yang asli amat sukar untuk ditemui lagi berbanding dengan kenderaan tenter4 lain, basikal dihasilkan dalam jumlah yang agak kecil.
Walaupun kelihatannya terdapat banyak basikal tenter4 di pasaran, kebanyakannya tidak lengkap atau asli. Jika ada pun, kita hanya boleh melihatnya di muzium-muzium sahaja. Di Malaysia, sesetengah basikal per4ng milik Jepun masih boleh dilihat di Muzium Negara, Muzium Per4ng Pulau Pinang dan Muzium Mersing.
RUJUKAN:
- Campfire Cycling : How The Bicycle Won Vietnamese War
- HistoryNet : War Of 1898
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih