“How To Tell Japs From The Chinese” adalah salah satu artikel dari majalah Life edisi 22 Disember 1941.

Ia edisi yang digelar sebagai edisi “Pearl Habour” kerana ia adalah edisi yang keluar hanya selang beberapa hari selepas ser4ngan Jepun ke atas Pearl Habour, menandakan permulaan bagaimana Amerika diseret ke kancah P3rang Dunia Kedua ketika itu.

Artikel ini menerangkan perbezaan antara bangsa Cina dan Jepun berdasarkan ciri-ciri antropologi masing-masing.

Ini berikutan jenayah berdasarkan kebencian kepada Jepun semakin berleluasa ketika artikel ini ditulis, dan ramai yang menjadi mangsa ialah mereka yang berbangsa Cina.

Desas desus bahawa orang Jepun sudah lama menjadi tali barut dan membocorkan kedudukan strategik aset tentera laut Amerika yang ada di Pearl Habour menambahkan kebencian kepada orang Jepun, dan memangsakan juga orang Cina di Amerika ketika itu.

Perbezaan antara mereka bolehlah dikatakan agak kecil dan tidak ketara jika dilihat sekali lalu. Untuk rakyat Amerika yang kebanyakannya pun tidak dapat membezakan antara bangsa Cina, Jepun, Korea, Vietnam dan menggelarkan semua mereka sebagai “Asians” (sampai hari ni pun masih macam tu), kekeliruan sebegini amat mudah berlaku.

Tambahan pula kemarahan dan kebencian selepas ser4ngan Jepun ke atas Pearl Habour dan Amerika secara amnya menjadikan mereka lebih mudah silap dan amat prejudis kepada “Asians” ini yang tidak dinafikan, lebih kurang sama, paling tidak pada mata mereka.

Beginilah, suatu ketika di Amerika, sikap pukul rata, rasis, prejudis, tidak peduli dan kebencian mereka kepada orang Jepun semasa P3rang Dunia Kedua pernah turut sama memangsakan orang Cina.

Untuk ingatan, hanya beberapa ketika sebelum ser4ngan Jepun ke atas Pearl Habour pada 8 Disember 1941, Jepun juga telah mendarat di Kota Bharu untuk mendapatkan Tanah Melayu dari British.

Kemaraan Jepun sejak itu tidak dapat ditampan oleh British yang akhirnya berundur ke Singapura, mahkota British di Asia. Akhirnya, seluruh Tanah Melayu, telah jatuh ke tangan Jepun pada 15 Februari 1942.

Tapi sebelum itu, pada 14 Februari 1942 telah syahid Leftenan Adnan dan semua rakan-rakannya dari Platun 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu dalam misi mempertahankan kubu terakhir mereka di Bukit Chandu, Singapura dari musuh.

M4yat beliau dis3ksa dan diaibkan pula selepas dibvnuh kerana kemarahan meluap-luap tentera Jepun kerana Leftenan Adnan telah membvnuh hingga 800 rakan-rakan mereka dalam usaha menawan Bukit Chandu.

Bagi memperingati 78 tahun syahidnya Leftenan Adnan dan rakan-rakan Platun 7, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh beliau.

Semoga Leftenan Adnan Saidi dan semua anak Melayu yang berjuang hingga ke titisan d4rah yang terakhir dalam mempertahankan watan, membawa bersama nama bangsa dan agamanya diberikan kedudukan yang tertinggi di sisi-Nya, bersama para syahid yang telah berkorban pada jalan Allah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.