Setiap negara mempunyai monumen bersejarah yang sinonim dengan identiti kebangsaan mereka. Antara contoh negara ini ialah Mesir dengan Piramid Agung Giza, Itali (Menara Condong Pisa) dan China (Tembok Besar China). Sebut pasal Tembok Besar China, ia menyimpan sejarah dan rahsia tersendiri.

Sebelum Tembok Besar China dibina, kerajaan-kerajaan yang wujud semasa Era Negara Berperang/Warring States membangunkan tembok-tembok pertahanan untuk melindungi kedudukan mereka. Tetapi semua itu berubah apabila Qin Shi Huang menakluk dan menyatukan semua kerajaan di bawah panji Dinasti Qin.

Jemput beli buku imprint Fiksyen The Patriots di http://bit.ly/PraTempah

Baginda kemudiannya mengarahkan semua tembok pertahanan kecuali di sebelah utara China yang wujud ketika itu dirobohkan. Tembok utara yang dikecualikan daripada arahan tersebut digabungkan dalam satu sistem pertahanan baru yang tersusun dan dipanjangkan hingga melebihi 10,000 li (satu li bersamaan 1/3 batu). Shi Huang berharap menerusi kewujudan tembok ini, ia dapat melindungi China daripada ancaman puak-puak di sebelah utara.

Bagi merealisasikan usaha ini, Projek Tembok Panjang 10,000 Li digerakkan di bawah pemantauan seorang jeneral tentera China terkenal bernama Meng Tian. Projek pembinaan sebegini dianggap berskala besar yang pernah dilaksanakan dalam konteks mana-mana tamadun manusia. Bagi memastikan tembok ini siap, Tian menggunakan ramai tentera, rakyat biasa dan banduan sebagai tenaga buruh projek berkenaan.

Disebabkan bilangan pekerja yang ramai, wujud khabar angin ramai pekerja yang mati semasa pembinaan tembok dijalankan. Fitnah ini disebarkan oleh sejarawan Dinasti Han, Sima Qian sebagai kritikan terhadap maharajanya sendiri. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti baik bertulis atau arkeologi yang menyokong dakwaan tersebut. Dakwaan Sima Qian ini menjadi asas kepada plot filem The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor.

Walaupun diperbuat daripada batu dan tanah, projek tembok yang bermula dari Pelabuhan Shanhaiguan sehinggalah wilayah Gansu berjaya disiapkan seperti mana yang dititahkan oleh Shi Huang. Di sesetengah bahagian tembok yang strategik termasuk bahagian di Badaling, ia diperkukuhkan menerusi kawalan keselamatan yang ketat.

Dengan ketinggian antara 15 hingga 50 kaki dan diperkukuh dengan baluarti dengan tambahan ketinggian sebanyak 12 kaki atau lebih, ia merupakan satu halangan menggerunkan kepada sesiapa yang cuba menceroboh. Di setiap bahagian tembok, menara-menara pengawal diletakkan secara berselang bagi menambah kawalan keselamatan sekitar tembok.

Selepas kemangkatan Shi Huang dan kejatuhan Dinasti Qin, kesempatan ini direbut oleh puak-puak dari utara untuk menceroboh. Keadaan ini kemudiannya diburukkan oleh kejatuhan Dinasti Han yang menyaksikan Tembok Besar China dalam keadaan terbiar dan rosak. Sesetengah dinasti yang memerintah utara China seperti Dinasti Wei Utara menambahbaik dan memperkukuh seksyen tembok di sebelah utara.

Semasa era kerajaan Bei Qi, kerajaan ini bertanggungjawab membina semula atau membaiki lebih 900 batu Tembok Besar China. Pengganti mereka Dinasti Sui turut menambahbaik dan memanjangkan lagi Tembok Besar China sepanjang pemerintahan mereka.

Bagaimanapun, semua itu berubah apabila Dinasti Tang berkuasa. Selepas menewaskan puak Tujue di sebelah utara, keperluan Tembol Besar China sebagai tembok pertahanan dianggap tidak perlu. Selain itu, wilayah jajahan mereka telah melepasi sempadan tembok berkenaan. Tetapi semasa Dinasti Song, ramai orang terpaksa berlindung selepas puak Liao dan Jin mengambil alih banyak kawasan sekitar Tembok Besar China.

Dan semuanya berubah apabila Dinasti Yuan/Mongol menerusi Genghis Khan muncul sebagai kuasa baru China. Mereka bukan saja memerintah negara itu tetapi membina empayar yang luas meliputi sebahagian wilayah Asia dan Eropah – empat kali ganda saiz empayar Alexander the Great. Walaupun ia tidak berguna sebagai benteng pertahanan, pasukan pengawal tetap ditempatkan di situ bagi memantau keselamatan para pedagang yang melalui Laluan Sutera.

Tetapi Tembok Besar China yang kita kenali hari ini hanya mula dibina semasa era Dinasti Ming. Seperti pihak Mongol, pada awalnya dinasti ini tidak menunjukkan sebarang minat terhadap tembok itu. Tetapi selepas merasakan wilayah mereka perlu dipertahankan daripada ancaman puak-puak luar, projek ini dilaksanakan pada tahun 1474.

Tembok baru ini dibina dari Sungai Yalu di wilayah Liaoning hinggalah ke Sungai Taolai di Gansu. Hari ini, Tembok Besar China boleh dilihat di beberapa kota China seperti Beijing, Hebei, Tianjin, Gansu dan Shanxi. Kubu-kubu pertahanan dan pintu gerbang diletakkan di sepanjang tembok. Bagi Beijing misalnya, tiga kubu pertahanan yang membentuk garison pertahanan berhampiran kota itu ialah Juyong, Daoma dan Zijing. Sementara Yanmen, Ningwu dan Piantou pula membentuk garison pertahanan tembok di sebelah barat.

Begitupun, menjelang abad ke-17, puak Manchu berjaya menembusi tembok dan menakluk Beijing. Ia bukan saja menandakan pengakhiran Dinasti Ming tetapi permulaan dinasti terakhir diraja China, Dinasti Qing. Dinasti ini terus bertahan sehinggalah awal abad ke-20. Dalam tempoh tersebut, Tembok Besar China dipandang orang China dan Barat bukan saja sebagai lambang kekuatan negara itu. Tetapi ia turut melambangkan keupayaan kerajaan ketika itu mengawal keselamatan rakyat dan membendung pengaruh asing.

Jemput beli buku terbaru keluaran Patriots Publishing di http://bit.ly/PraTempah

Disebabkan usaha merealisasikan Tembok Besar China merupakan satu pencapaian hebat, UNESCO menyenaraikannya sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, Tetapi hanya sebahagian tembok saja seperti Badaling yang masih bertahan sehingga hari ini. Sebahagian daripadanya dirobohkan bagi membuka ruang kepada pembinaan jalan. Ada juga yang menyembah bumi selepas bertahun-tahun terbiar tanpa penyelenggaraan.

Sepanjang abad ke-20, wujud dakwaan Tembok Besar China merupakan satu-satunya infrastruktur yang dapat dilihat dari angkasa lepas. Dakwaan ini dinafikan sebanyak dua kali oleh NASA dan angkasawan pertama China Yang Liwei. Liwei semasa menjalankan misi angkasa lepas pada 2003 memberitahu media beliau langsung tidak nampak tembok itu dari orbit.

RUJUKAN

History. (2019, 5 November). Great Wall of China.

Man, J. (2020, 5 Ogos). 10 facts about the Great Wall of China. History Extra.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply