Reformasi 1998 merupakan batu
asas bagi kejayaan Pakatan Harapan pada PRU 2018 yang lalu. Reformasi 1998
bermula apabila Perdana Menteri ke-4 Datuk Seri Mahathir Mohamad telah memecat
Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat. Gelombang Reformasi
telah menyebabkan imej Perdana Menteri itu tercalar, Beliau dicop sebagai
Mahazalim, Mahafiraun, Korup, diktator dan pelbagai lagi. Gelombang Reformasi
juga telah menyebabkan lahirnya parti yang bernama Parti Keadilan Rakyat
Sekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka. Pada PRU 1999, mereka bersama-sama DAP dan PAS telah menubuhkan Barisan Alternatif.
Namun, mereka gagal untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu. Pada Pilihan Raya Umum 2004, Barisan Alternatif telah dikalahkan dengan teruk oleh Barisan Nasional di bawah pentadbiran baru oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa imej Islam Hadhari. Di dalam PRU tersebut, PKR hanya memenangi 1 kerusi, iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Pauh yang diwakili oleh Dr Wan Azizah dengan majoriti tipis.
Pada 2006, PKR berjaya menembusi
politik Sarawak apabila parti itu berjaya mendapat satu kerusi, iaitu kerusi
DUN Padungan yang diwakili oleh
Dominique Ng. Mereka juga berjaya memujuk tokoh korporat terkenal, Tan Sri
Khalid Ibrahim untuk menyertai parti itu.
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim
dibebaskan dari penjara pada 2004, PKR telah muncul dengan wajah baharu.
Hasilnya, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP telah menawan 5
negeri dan buat kali pertama dalam sejarah BN kehilangan majoriti. PKR telah
berjaya menawan negeri Selangor buat pertama kali. Pada 2013, mereka berjaya
mengekalkan negeri Selangor di bawah penguasaan PKR.
Pada tahun 2014, Pengarah Strategi Parti kemudian Naib Presiden, merangkap Setiausaha Agung, Rafizi Ramli memulakan Pemindahan Kajang dalam usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor ke-14, Abdul Khalid Ibrahim, dan mencadangkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penggantinya.
Manuver politik mengakibatkan krisis politik sembilan bulan dalam negeri Selangor dan gabungan Pakatan Rakyat, yang turut melibatkan istana Selangor, sebuah pilihan raya kecil yang menelan belanja RM1.6 juta dalam wang rakyat, parti itu kehilangan satu kerusi DUN Selangor dan Parlimen Malaysia. Krisis ini diselesaikan dengan pelantikan Timbalan Presiden PKR,Datuk Seri Azmin Ali, sebagai Menteri Besar ke-15 Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim kemudiannya dikeluarkan dan dipecat daripada PKR.
Pada 2017, terjadinya sejarah baharu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berbaik-baik semula bersama Tun Dr Mahathir setelah bermusuhan lebih 20 tahun. Tun Dr Mahathir turut menyokong usaha pembebasan DSAI sejak beliau dipenjarakan akibat liwat sejak 2013. Pada 2015, PKR bersama-sama PPBM , AMANAH dan DAP telah menubuhkan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir. Pada PRU 2018, Pakatan Harapan yang menggunakan simbol PKR telah menewaskan Barisan Nasional dan PKR telah mendapat kemenangan terbesar di dalam kem Pakatan Harapan.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mencatatkan sejarah sebagai Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama. Di Peringkat Negeri, Pakatan Harapan turut menawan hampir kesemua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Menangnya PKR pada PRU 2018 dan bebasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan matlamat perjuangan PKR kini tercapai. Jadi, apa seterusnya matlamat PKR




No comments yet