Keluarga
bahasa Austronesia merupakan sebuah keluarga yang besar dari timur hingga ke
barat. Tidak percaya? Kelibatnya boleh dilihat sejauh Madagascar di barat,
Taiwan di utara, kawasan Kepulauan Pasifik dan Hawaii di sebelah timur dan New
Zealand di sebelah selatan. Walaupun mempunyai pengaruh budaya yang berbeza,
persamaan budaya dan bahasa masih wujud sehingga hari ini. Antara persamaan
yang boleh dikesan ialah persamaan orang Melayu dan Maori dalam konteks
keluarga bahasa Austronesia.
Perkataan sama yang digunakan Melayu dan Maori
Seperti dilihat dalam jadual di atas, perkataan lice merujuk kepada kutu dan ini dinyatakan sama dalam bahasa kedua-dua bangsa ini. Begitu juga dengan perkataan mata yang diterjemah dalam Bahasa Inggeris sebagai eye. Sementara dua perkataan yang merujuk kepada angka mempunyai persamaan dari segi bunyi.
Jika anda dengar sebutan rua dan rima dalam Bahasa Maori, ia amat hampir dengan perkataan dua dan lima dalam Bahasa Melayu. Sementara perkataan yang ada kaitan dengan persekitaran seperti puke/bukit dan ika/ikan dilihat amat dekat dengan orang Melayu dan Maori. Ada juga perkataan yang hampir dari segi ejaan dan sebutan seperti mati atau mate dalam Bahasa Maori.
Jika anda rasa ini sesuatu yang unik, rujuk pula jadual persamaan Bahasa Jawa dengan Bahasa Maori.
Jika
kita lihat Bahasa Jawa pula, wujud beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu dan
Bahasa Maori yang kita gunakan hari ini. Bagi peminat burung, pasti sudah biasa
mendengar nama-nama seperti punai, tiung dan kakak tua. Walaupun berbeza sedikit
dari segi sebutan dan ejaan, ia masih merujuk kepada spesis burung yang sama.
Tetapi siapa sangka pucuk paku yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu
turut menjadi makanan kegemaran bangsa Maori sendiri. Buktinya, penggunaan
perkataan pikopiko oleh orang Maori terhadap jenis tumbuhan ini.
Berdasarkan
dua jadual ini, kita boleh simpulkan terdapat lebih daripada 12 perkataan yang
mempunyai maksud dan sebutan yang sama dalam Bahasa Maori, Bahasa Melayu dan
Bahasa Jawa. Ianya merujuk kepada angka, anggota badan dan alam semulajadi itu
sendiri. Sementara alam semulajadi pula merujuk kepada tanah (benua,
bukit-bukau dan kawasan paya), burung, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Ada juga
perkataan yang merujuk kepada kedalaman atau jarak seperti muri/mburi.
Peribahasa
Dari
segi peribahasa pula, kebanyakan peribahasa orang Melayu dan orang Maori amat
unik kerana kebanyakan peribahasa ini sudah wujud sebelum abad ke-19 lagi.
Selain itu, kedua-duanya juga berkongsi latar belakang hampir sama seperti
pertanian (penanaman padi (Melayu)) dan penanaman ubi kentang (Maori), haiwan
peliharaan (kucing (Melayu) dan anjing (Maori)), tempat tinggal berhampiran
dengan atau dalam hutan, mahir mengendali perjalanan di lautan dan mempunyai
dewan komuniti bagi mereka bermesyuarat (balai raya (Melayu) dan marae
(Maori)).
Kedua-dua
bangsa ini menjadikan sesebuah peristiwa atau persekitaran mereka sebagai asas
kepada peribahasa mereka. Peribahasa-peribahasa ini menjadi panduan hidup
kepada generasi seterusnya. Bagi orang Maori, kebanyakan peribahasa mereka mula
wujud sebelum kedatangan peneroka-peneroka Eropah ke New Zealand dan semakin
bertambah bila melalui pelbagai tempoh di negara itu. Sementara kebanyakan
peribahasa orang Melayu ini bukan sekadar semasa era kegemilangan tamadun
bangsa berkenaan tetapi juga semasa melalui zaman penjajahan dari Portugal
hingga Britain dan Jepun. Contoh peribahasa dari era ini ialah seperti Belanda
minta tanah. Peribahasa yang membawa maksud tidak puas dengan pemberian orang
dan mahu lebih lagi merujuk kepada sikap licik dan tamak penjajah itu terhadap
kerajaan-kerajaan Melayu ketika itu.
Antara
peribahasa orang Melayu dan Maori yang dianggap sama ialah:
1.
Berani.
Maori:
Ka mahi ta tawa uho ki te riri
Maksud: pahlawan berani dengan hati seperti
sebatang pokok tawa (sejenis pokok besar)
Melayu: Berani kerana benar, takut kerana salah
Maksud: berani bertindak atas dasar kebenaran
2. Bergantung kepada diri sendiri
Maori: He kai kei aku ringaringa
Maksud: Saya boleh dapatkan makanan menggunakan tangan
(kudrat) saya.
Melayu: Tulang empat kerat
Maksud: dengan kekuatan tubuh badan
3. Kerjasama
Maori: Ma pango, ma whero, ka oti te mahi
Maksud: dengan hitam dan merah, kerjanya akan
selesai.
Melayu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
(sama dengan peribahasa lain seperti bukit sama didaki, lurah sama dituruni)
Maksud: bermuafakat untuk memudahkan sesebuah
pekerjaan
4.
Kehormatan
Maori:
Kāore te kūmara o korero mōtōna māngaro
Maksud:
Kumara (ubi keledek) tidak pernah menyatakan betapa manisnya ia.
Melayu:
Masuk bakul angkat sendiri
Maksud:
suka memuji diri sendiri.
5.
Tidak tahu malu
Maori:
Rae totara
Maksud:
orang yang berbohong atau selamba
Melayu:
Muka tembok
Maksud:
orang yang tak tahu malu
6.
Nasib baik
Maori:
He rā whatiwhati kō
Maksud:
hari terbaik untuk bekerja
Melayu:
Bagai bulan jatuh ke riba
Maksud:
beruntung besar
SUMBER
Hj
Kamso, Siti Maimun, Wan Noor Taria dan Abdul Rahman, Wan Rafaei. (2013). Similarities
in Malay and Maori in the context of the Austronesian language family (55-67). The
changing values of Malays, Māori and Pacific Islanders.




No comments yet