Dinasti Nasriyah merupakan dinasti Muslim terakhir di Semenanjung Iberia. Dinasti Nasriyah memerintah Emiriyah Granada, yang ditubuhkan pada kurun ke-13 Maishi. Emiriyah tersebut merupakan negara Muslim Al-Andalus (atau Andalusia) yang terakhir dan hanya dit4kluk oleh Kristian pada penghujung kurun ke-15. Emiriyah Granada berupaya bertahan sebegitu lama lantaran para pemerintahnya merupakan penguasa bawahan dan pembayar ufti kepada Kerajaan Castile-Kristian.

Tambahan pula, dinasti ini tidak dianggap sebagai suatu ancaman yang serius buat Kristian justeru ia dibiarkan untuk terus wujud.  Walaupun Dinasti Nasriyah kehilangan wilayah mereka di tangan Kristian secara bertahap, ibu kota mereka iaitu Granada tetap kekal sebagai pusat kebudayaan Islam yang penting sehinggalah saat ketumbangannya. Alhambra di Granada adalah salah sebuah contoh pencapaian budaya Dinasti Nasriyah teragung yang selamat sehingga ke hari ini.

Jatanegara Dinasti Nasriyah

DINASTI NASRIYAH DI AL-ANDALUS DAN P3RANG YANG MENEWASKAN MEREKA

Dinasti Nasriyah mula berkuasa pada tahun 1212 Masihi berikutan kekalahan Almuwahidun dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa, iaitu sebuah pertempuran besar dalam kempen Reconquista. Dalam Pertempuran Alarcos yang meletus pada tahun 1195, Alfonso VII dari Castile mengalami kekalahan yang besar di tangan Almuwahidun.

Rentetan itu, Ketua Bishop Toledo yang bernama Rodrigo Jimenez de Rada mula menyebarkan api kemarahan terhadap Muslim. Susulannya, sebuah proklamasi p3rang salib pun diraih daripada paus dan proklamasi ini meraih sokongan beberapa orang bishop Perancis. Pada musim bunga tahun 1212, beberapa buah kontinjen kesatria Perancis dan Knights Templar tiba di Toledo. P3rang salib ini turut disertai oleh Aragon, Castile dan Portugal.

Tentera-tentera salib memulakan kemaraan mereka ke selatan pada tanggal 21 Jun dan berjaya menakluki dua buah kubu Muslim. Namun, semangat kebanyakan tentera salib bukan-Sepanyol dilunturkan dek cuaca dan suasana hidup yang kasar sekaligus hal ini mendorong mereka untuk pulang ke tanah air. Apapun, saki-baki pasukan yang tinggal dibantu oleh sepasukan tentera tambahan dari Navarre.

Pada masa yang sama, Almuwahidun membawa pasukan tentera mereka ke wilayah pergunungan di sekitar Baeza. Khalifah Muhammad al-Nasir merancang untuk mencantas tentera salib di dataran La Navas de Tolos. Pasukan salib tiba pada tanggal 12 Julai dan berupaya menakluki Castroferral dengan harapan dapat menghambat pasukan Muslim melalui laluan La Llosa.

Walau bagaimanapun, kemaraan ini bukanlah suatu yang mudah bagi mereka lantaran laluan tersebut dikawal dengan ketat oleh pasukan Muslim. Namun, tuah seakan-akan memihak tentera salib apabila seorang penggembala tempatan bertindak menunjukkan laluan alternatif ke kem tentera Muslim. Makanya, Almuwahidun yang dis3rang secara mengejut dengan mudah ditewaskan.

Kekalahan Almuwahidun dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa ini menandakan permulaan bagi pengakhiran mereka. Pertelagahan dalam dinasti dan ketiadaan pemimpin cekap memburukkan lagi masalah yang dihadapi oleh Almuwahidun. Mereka dengan pantas kehilangan cengkam ke atas al-Andalus. Kekosongan kuasa yang ditinggalkan oleh Almuwahidun ini segera diisi oleh para pemerintah Muslim tempatan yang menubuhkan taifa masing-masing, yakni kerajaan merdeka.

Pada hakikatnya, ini bukanlah kali pertama taifa-taifa sebegini dibentuk. Semasa Kekhalifahan Cordoba tumbang pada tahun 1031, para pemimpin Muslim tempatan turut mengambil peluang untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Menurut beberapa anggaran, terdapat sebanyak 50 buah taifa yang muncul selepas ketumbangan autoriti pusat. Namun, anggaran lain pula meletakkan bilangan tersebut sekitar 30 buah taifa.

Pertempuran Granada antara Dinasti Nasriyah dan Kristian

KEBANGKITAN DINASTI NASRIYAH DAN EMIRIYAH GRANADA

Emiriyah Granada merupakan salah sebuah taifa yang muncul sesudah ketumbangan Almuwahidun. Walaupun kuasa Almuwahidun telah susut secara signifikan rentetan kekalahan di tangan Kristian, mereka masih cukup kuat untuk menguasai Al-Andalus selama satu atau dua dekad. Namun, Almuwahidun tetap jua kehilangan cengkam ke atas Al-Andalus dan wilayah-wilayah kekuasaan mereka jatuh ke tangan taifa-taifa ini. Apapun, taifa-taifa ini juga tidak bertahan lama lantaran mereka dit4kluk satu demi satu oleh kerajaan-kerajaan Kristian di Sepanyol.

Pada awal 1230an, Muhammad ibn Yusuf ibn Nasr ibn al-Ahmar (juga dikenali sebagai Muhammad I dari Granada, atau Muhammad I al-Ghalib) yang merupakan seorang ketua tentera dari daerah Jaen, menubuhkan Emiriyah Granada. Pada tahun 1237, Muhammad mendirikan ibu kotanya di Granada. Kota ini berfungsi sebagai ibu kota Dinasti Nasriyah sehingga ke saat kejatuhannya. Selain Granada, Muhammad juga menguasai Jaen, Almeria dan Malaga. Dalam kata-kata lain, Dinasti Nasriyah memerintah wilayah di penghujung selatan Semenanjung Iberia.

Dinasti Nasriyah menyedari ancaman yang diberikan oleh Kristian terhadap emiriyah mereka. Justeru, mereka memilih untuk tunduk kepada kekuasaan Raja Castile. Bagi meraih keamanan, Dinasti Nasriyah membayar ufti kepada Castile secara tahunan. Mereka turut dituntut untuk menyumbang tenaga tentera kepada Castile. Muhammad sendiri merupakan penguasa bawahan Ferdinand III. Kedudukan ini terus dilanjutkan semasa era kekuasaan Alfonso X, pengganti Ferdinand. Bagi pihak Castile, mereka sememangnya bersenang hati dengan keadaan sebegini lantaran mereka sejak mula lagi tidak menganggap Dinasti Nasriyah sebagai negara Muslim yang kuat yang berupaya mengancam kedudukan mereka.

Tidak seperti taifa-taifa lain, Emiriyah Granada menikmati hubungan yang relatif aman dengan negara-negara Kristian. Kesemua taifa lain dit4kluk oleh Kristian semasa kempen Reconquista. Ramai Muslim yang dipaksa melarikan diri dari tanah air mereka. Ramai juga yang menuju ke wilayah selatan, khususnya Granada dan disambut baik oleh Dinasti Nasriyah. Pelarian-pelarian ini datang dari kota Seville, Valencia dan Murcia, yang dahulunya merupakan pusat kebudayaan Islam yang maju.

Mereka ini turut membawa bersama kemahiran yang dimiliki sekaligus hal ini menyumbang kepada kepesatan Granada sekaligus mengubah kota itu menjadi pusat kebudayaan Islam yang baru di Semenanjung Iberia. Berkat kemajuan ini, Dinasti Nasriyah berupaya melaksanakan projek pembinaan (atau lebih tepat, pengubahsuaian) Alhambra yang merupakan pencapaian teragung mereka.

Salah sebuah taman di Istana Alhambra

ALHAMBRA: LEGASI AGUNG DINASTI NASRIYAH

Istana dan kompleks kubu Alhambra yang secara harfiahnya bermaksud ‘Istana Merah’, terletak di dataran Bukit Sabika yang berlokasi di bahagian barat bandar Granada. Dari bukit ini, seluruh kota dan dataran Granada dapat dilihat. Bukit ini turut dikelilingi oleh gunung-ganang, sementara bahagian tapaknya pula diairi oleh Sungai Darro.

Lokasi Alhambra yang strategik ini memudahkan sesiapa pun jua untuk mengawal kota dan kawasan sekitarnya. Justeru, tidaklah menghairankan jika tapak itu sudah pun dihuni jauh sebelum ketibaan Dinasti Nasriyah lagi. Diandaikan bahawa dahulunya pernah beridir sebuah kubu Rom di Bukit Sabika. Rekod penulisan pertama yang memerihalkan tentang Alhambra didapati bertarikh pada kurun ke-9 Masihi. Menurut catatan ini, seorang lelaki bernama Sawwar ben Hamdun mencari perlindungan di Alcazaba di saat kaum Muslim dan Muladi (penduduk kacukan Arab-Eropah) saling bergaduh. Alcazaba merupakan sebuah kubu dan dianggap sebagai salah satu bahagian Alhambra yang paling tua.

Walaupun Sawwar ben Hamdun dan beberapa orang Muslim lain yang mencari perlindungan di Alcazaba ini mungkin telah memulakan pembinaan di sana, tapak tersebut tenggelam dari pengetahuan sejarah pada kurun ke-10. Memasuki kurun ke-11, Dinasti Ziriyah menubuhkan Taifa Granada dan mendiami Alcazaba Cadima di Albaicin.

Menurut beberapa sumber, wazirnya yang merupakan seorang Yahudi bernama Samuel ibn Naghralla berusaha untuk memelihara sebuah petempatan Yahudi yang penting di Bukit Sabika. Maka, beliau pun membina semula runtuhan bangunan di bukit itu, di samping turut membina sebuah istana baru bagi tuannya di sana. Sumber-sumber lain pula mendakwa bahawa para pemerintah Granada hanya mendirikan kediaman mereka di Bukit Sabika pada kurun ke-13, yakni ketika era pemerintahan Dinasti Nasriyah.

Kebanyakan bahagian Alhambra yang dapat dilihat pada hari ini sememangnya dibina oleh dinasti berkenaan. Ketika emir Granada yang pertama, iaitu Muhammad, memegang kuasa, beliau pada mulanya menetap di Albaicin sama seperti para penguasa Dinasti Ziriyah sebelumnya. Menjelang waktu itu, bangunan-bangunan di Bukit Sabika telah pun runtuh. Namun, keadaan ini menarik perhatian emir.

Justeru, Muhammad pun memerintahkan agar runtuhan-runtuhan tersebut dibaik-pulih dan bangunan-bangunan baru dibina di bukit berkenaan. Walaupun Muhammad bertanggungjawab meletakkan batu-batu asas bagi pembinaan Alhambra, beberapa penambahan lain turut dilakukan oleh penguasa sesudahnya dan Alhambra hanya siap dibina pada kurun ke-14.

Pada mulanya, kefungsian Alhambra lebih menjurus sebagai benteng pertahanan. Muhammad membina tiga buah menara baru di Bukit Sabika dan turut memulihkan menara-menara yang telah rosak. Beliau turut memulakan projek pembinaan istana dan kubu bentengnya. Untuk membolehkan tempat itu didiami, Muhammad juga membina terusan yang mengalirkan air dari Sungai Darro. Para penguasa sesudah Muhammad melanjutkan usahanya itu, khususnya projek pembinaan Alhambra.

Keindahan dekorasi Alhambra

Bahagian Alhambra yang paling dikenali pada hari ini dibina pada era pemerintahan Yusuf I dan Muhammad V yang kedua-duanya memerintah Granada pada kurun ke-14. Sumbangan Yusuf I kepada Alhambra melibatkan pembinaan Ruang Mandi, Istana Comares, dan Gerbang Keadilan. Sementara itu, penambahan yang dilakukan oleh Muhammad V pula antara lain ialah Istana Singa. Salah satu elemen dekorasi yang paling mengagumkan di Alhambra adalah hasil lepaannya yang meliputi hampir setiap permukaan dinding, lengkungan, bilik kebal dan syiling istana-istana diraja. Hasil lepaan Alhambra merangkumi kaligrafi, bentuk geometri, dan ukiran tumbuh-tumbuhan.

TUMBANGNYA DINASTI NASRIYAH KE TANGAN KRISTIAN

Dinasti Nasriyah tidak berupaya menjadi kuasa yang dominan di Sepanyol. Para pengganti Muhammad pula kurang cekap. Namun, terdapat satu tempoh singkat di mana Dinasti Nasriyah secara serius mendukung idea mahu menghidupkan kembali pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia. Walaupun mereka memperakui Castile sebagai penguasa atasan, Dinasti Nasriyah bertindak membentuk pakatan dengan Dinasti Mariniyah dari Barat Laut Afrika.

Pada tahun 1340, Dinasti Mariniyah merentasi Selat Gibraltar dan meny3rang Sepanyol dengan harapan dapat merebut semula wilayah-wilayah yang hilang dari tangan Muslim dalam kempen Reconquista pada abad lalu. Namun, pasukan Mariniyah dan Nasriyah ini ditewaskan oleh pasukan gabungan Castile-Portugis dalam Pertempuran Rio Salado.

Walaupun kekuatan Emiriyah Granada menyusut secara signifikan selepas kekalahan ini, pihak Kristian tidak menamatkan riwayat Dinasti Nasriyah. Raja Castile, iaitu Alfonso VI, mangkat 10 tahun selepas tamatnya Pertempuran Rio Salado. Para penggantinya pula tidak berminat untuk melanjutkan kempen Reconquista. Sebaliknya, mereka lebih sibuk melibatkan diri dalam pep3rangan lain. Rentetan itu, Dinasti Nasriyah berpeluang untuk mempertahankan emiriyah mereka selama sekurun setengah. Apapun, kejatuhan mereka ini hanya sekadar ditangguhkan lantaran pada akhrnya. Granada tetap jua tumbang ke tangan Kristian-Sepanyol.

Pada tahun 1469, Kristian-Sepanyol membentuk semula kesatuan sebagai susulan perkahwinan antara Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile. Sekitar masa yang sama, Dinasti Nasriyah enggan membayar ufti kepada Castile dan hal ini mendorong kepada meletusnya p3rang antara Emiriyah Granada dan Sepanyol. Situasi di pihak Granada diburukkan lagi oleh perpecahan dalaman.

Menjelang musim bunga tahun 1491, Dinasti Nasriyah kehilangan seluruh wilayahnya di tangan Kristian, kecuali Granada. Pemerintah terakhir Granada, iaitu Muhammad XII (juga dikenali sebagai Boabdil oleh orang Eropah) tidak berupaya memecahkan kepungan musuh ke atas kotanya. Namun, beliau berjaya memeterai rundingan damai selama empat bulan dengan pihak Sepanyol. Jika kotanya tidak menerima sebarang bantuan menjelang akhir tempoh perdamaian, beliau memutuskan untuk menyerahkan kota kepada Sepanyol. Cubaan Muhammad untuk mendapatkan bantuan daripada Mariniya tidak berhasil. Lantaran itu, pada tanggal 2 Januari 1492, Granada diserahkan kepada Sepanyol.

PENGAKHIRAN DINASTI NASRIYAH DAN LEGASI UNIK MEREKA

Kejatuhan Granada ini menandakan berakhirnya kekuasaan Dinasti Nasriyah secara khusus dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia secara umum. Pada hari ini, Dinasti Nasriyah paling diingati sebagai negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia, selain taifa yang paling lama bertahan. Lebih utama adalah legasi yang ditinggalkan olehnya, terutama Alhambra.

Pada kurun-kurun sesudah kejatuhan Granada, Alhambra menerima nasib yang jelek. Sejurus selepas Dinasti Nasriyah digulingkan, kebanyakan ruang dalam Alhambra dirosakkan dan perabotnya dihancurkan atau dibuang. Pada kurun ke-16, Charles V membina semula sebahagian Alhambra mengikut gaya Renaisans dan meruntuhkan beberapa buah bahagian lain agar membolehkannya membina sebuah istana mengikut gaya Itali.

Pada kurun ke-19, sebahagian menara Alhambra diletupkan oleh Perancis semasa berlangsungnya P3rang Semenanjung. Kerosakan lanjut pula diakibatkan oleh kejadian gempa bumi. Mujur buat Alhambra, pada kurun yang sama itu jugalah keraj-kerja pembaikpulihan dan pembinaan semula dijalankan secara rapi. Alhambra diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984 dan usaha pembaikpulihan serta pemeliharaannya masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (23 Jun 2020). The Nasrid Dynasty and the Birth of the Alhambra Palace. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-europe/nasrid-dynasty-0013890


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.