Penularan koronavirus yang bermula dari Wuhan telah menenggelamkan China secara semulajadinya sebelum membadai negara-negara lain.

Walaupun data dibentangkan tidak dipegang sebagai hakikat, China ialah negara pertama yang menghampiri kemenangan.

Asalnya kadar penularan meletus-letus dengan catatan ribuan setiap hari. Purata lonjakan berlegar sekitar 4,000 kes senang kata. Daripada Mac sampai Jun, kelihatan penularan telah perlahan.

Tetapi pada 17 Jun, Beijing digegarkan dengan penularan baharu ibaratkan “kembali ke pucuk asal”. Selepas dua bulan dalam kelonggaran, sebuah kluster baharu berputik daripada sumber pasar borong (Al Jazeera, 2020).

Dua hari berturut-turut kes baharu dilaporkan dalam lambakan besar. Dan bandaraya tersebut sedang melancarkan usaha untuk mengenalpasti semua pengunjung pasar borong tersebut.

Pasar Xinfadi Menjadi Punca

Semua pergerakan – masuk dan keluar – akan dipantau dengan tegas. Ratusan penerbangan digantung supaya gelombang kedua dapat dielakkan (Kuo, 2020).

Sekolah-sekolah pula ditutup, dengan sasaran sama diletakkan terhadap perniagaan dan perkilangan. Cuma setakat ini masih belum ada perintah berkurung bagi pekerjaan.

Perkara Ini Boleh Menyukarkan Penyembuhan

Setakat 17 Jun, suspek positif dianggarkan boleh mencecah puluhan ribuan dengan 30 kejiranan dalam perintah berkurung (AFP, 2020).

Bandaraya Beijing pun telah dibahagikan dengan label-label tersendiri: “high-r1sk dan medium-r1sk”.

Tempiasnya semestinya mengganggu kestabilan politik negara. Xi Jinping tidak dapat menghela nafas lega selepas China terkeluar daripada kancah koronavirus (walaupun dengan data dipersoalkan).

Penularan yang berpunca daripada pasar Xinfadi sekarang ini telah membatalkan kenyataan Jinping pada pertengahan Mac:

China telah mengekang (penularan) virus.”

Usaha pengekangan telah mendatangkan bala apabila Beijing sebagai ibu pejabat Parti Komunis telah ditimpa badai.

Bidangkuasa eksekutif di daerah Fengtai, dimana terletaknya pasar tersebut telah diubah penguasa tempatan bernama Cai Qi (Takahashi, 2020).

Qi ialah sekutu rapat sebelum Jinping mendapat tampuk tertinggi negara. Beliau dilantik sebagai penguasa Beijing tanpa mempunyai pencalonan rasmi dalam Parti Komunis, sekaligus sebuah perlantikan politik berasaskan kuasa dan pengaruh Jinping.

Malah Qi juga mempunyai kerakusan Jinping. Beliau membuang semua penanda bangunan untuk membersihkan bandaraya – dan pekerja-pekerja pendapatan rendah juga dihalau daripada rumah.

Dan perkara-perkara ini tidak membetulkan imejnya di mata populasi Beijing.

Lebih ironi lagi, penularan baharu berlaku pada hari kelahiran Jinping ke-67. Ia jauh sekali sebuah hadiah diinginkan untuk menunjukkan kuku dan taring. Pada tahun lepas Vladimir Putin membelanjakan Jinping aiskrim.

Tetapi tahun ini, aiskrim mengejangkan urat kedua-dua negara ini dengan peny4kit begitu luar biasa yang berjaya menundukkan sektor kesihatan sedunia.

Penularan baharu ini membantutkan keupayaan China untuk mengeksploitasi peny4kit untuk melancarkan p3r4ng ekonomi terhadap Amerika Syarikat (Gaouette, 2020).

Dan gerak langkah China yang menunjukkan kebolehan untuk menggantikan Amerika Syarikat sebagai “adikuasa utama” pun terbantut juga (Schuman, 2020).

Sementara Amerika Syarikat tergelincir ke kancah krisis dalaman, China pun begitu juga. Kedua-duanya mendidik dunia bahawa tiada negara yang serba-serbi sempurna.

Bahawasanya adab dan keefisyenan seperti Malaysia ataupun disiplin di Vietnam yang memangkinkan keputusan sebuah usaha.

Dunia pasca-koronavirus akan menyaksikan usaha China untuk mencapai status adikuasa utama.

Dan Amerika Syarikat pula telah direnggang jauh dengan komitmen global serta keletihan adikuasa pula perlu menguruskan sampah dalaman seperti perkauman menebal.

Cuma persoalannya apakah Pax Sinica boleh menggantikan apabila Pax Americana menyertai Pax Britannica dan Pax Romana dalam lembaran sejarah?

RUJUKAN:

AFP. (2020, Jun 17). Beijing cancels flights, shuts schools over new Covid-19 ovtbr3ak. New Straits Times. Retrieved from (ditapiskan).

Al Jazeera. (2020, Jun 15). Coronavirus resurgence in Beijing prompts lockdown in some areas. Retrieved from https://www.aljazeera.com/news/2020/06/coronavirus-resurgence-beijing-prompts-lockdown-areas-200615044900423.html

Gaouette, N., et al. (2020, Jun 16). Pentagon warns China is exploiting the coronavirus (ditapiskan) to wage ‘economic w4rf4re’ on the US. CNN Politics. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/06/16/politics/pentagon-china-economic-warfare/index.html

Kuo, L. (2020, Jun 17). Beijing coronavirus ovtbr3ak: city raises emergency level and grounds hundreds of flights. The Guardian. Retrieved from (ditapiskan).

Takahashi, T. (2020, Jun 1). Beijing’s coronavirus second wave puts Xi ally in hot water. Nikkei Asian Review. Retrieved from https://asia.nikkei.com/Spotlight/Beijing-Diary/Beijing-s-coronavirus-second-wave-puts-Xi-ally-in-hot-water


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.