Burger merupakan antara makanan segera yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Buktinya, kedai burger tepi jalan tumbuh bak cendawan lepas hujan dan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Restoran makanan segera yang menawarkan burger seperti Mekdi juga tidak kurang hebatnya apabila sentiasa dipenuhi pelanggan hampir setiap masa. Bagi yang nak makan burger lebih besar dan kenyang, smash burger adalah pilihan tepat tetapi perlu bayar harga sedikit mahal.

Hal itu sudah cukup membuktikan rakyat Malaysia memang sangat gila-gila burger. Namun pernah tak terfikir macam mana burger boleh tercipta dan berasal dari mana? Mesti ramai yang jawab burger berasal dari Hamburg, Jerman ataupun Amerika Syarikat. Jawapan itu betul tetapi agak kurang tepat.

Sebenarnya makanan seakan-akan burger telah wujud sejak abad pertama masihi lagi di Empayar Rom. Buktinya terdapat sebuah buku resepi dari Tamadun Rom yang menceritakan cara-cara membuat daging persis burger moden. Resepi itu menyatakan daging yang sudah dicincang akan dicampur kacang hancur, sedikit perasa dan wain sebelum dileperkan untuk dibakar. Sekali imbas, resepi itu memang kelihatan agak sama dengan burger moden.

Resepi burger daging spesial ketika zaman Rom

Walau bagaimanapun, resepi itu didapati tidak berkembang dan terus hilang sehingga temui semula beratus-ratus kemudian. Jadi burger moden yang kita nikmati hari ini dapat dijejaki seawal era penaklukan Monggol ke atas Eropah Timur. Ketika itu orang Monggol membawa sekali makanan berupa daging kisar berbentuk leper ke Eropah Timur ataupun lebih tepat lagi Moscow.

Lama kelamaan, orang Rusia mula mengadaptasi makanan itu ke dalam masakan mereka sehingga dikenali sebagai steak tartare. Dalam masa yang singkat steak tartare mula tersebar di seluruh Rusia dan menjadi makanan kegemaran rakyat. Tidak lama selepas itu, steak tartare mula tersebar ke luar Rusia apabila banyak kapal dari Jerman menyinggahi salah satu pelabuhan negara tersebut.

Seriuslah burger daging spesial + cili padi berapi dah wujud sejak zaman Genghis Khan? Bukan setakat itu sahaja, banyak perkara yang mengkagumkan tentang Mongol akan anda dapat tahu kalau baca buku Kitab Tamadun Mongol. Sekali baca pasti akan baca berkali-kali. Boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Mongol-i.238336777.10674339366

Resepi steak tartare telah dibawa pulang ke Jerman diadaptasi ke dalam makanan mereka. Sejak itu, steak tartare mula menjadi makanan ruji ataupun kegemaran penduduk di sekitar Hamburg. Beberapa waktu kemudian, ketidakstabilan mula melanda Jerman hingga menyebabkan ramai penduduk mula berpindah ke Amerika Syarikat.

Penghijrahan itu membawa sekali makanan-makanan Jerman dan salah satunya adalah steak tartare. Kedai-kedai yang terletak di kawasan pelabuhan sekitar Amerika Syarikat nampak peluang untuk buat duit lantas hasilkan steak tartare bagi menarik pelanggan daripada orang Jerman. Bagi orang Jerman, steak tartare yang dihasilkan oleh orang Amerika adalah palsu semata-mata.

Hal ini kerana orang Amerika menggunakan daging berkualiti rendah dan bahan-bahan yang murah. Orang Jerman berpendapat untuk hasilkan steak tartare yang enak, daging cincang dari lembu diternak di Hamburg perlu digunakan. Namun begitu, steak tartare versi murah yang dihasilkan oleh orang Amerika terus mendapat permintaan tinggi dan mula tersebar di luar kawasan pelabuhan.

Nenek moyang burger yang berasal daripada Mongol

Masalahnya sekarang dari tadi kita asyik bercakap tentang daging sahaja dan rotinya pula di mana? Burger tidak akan pernah lengkap jika hanya dihidangkan dengan daging semata-mata. Sebenarnya sejak era Rom sehingga penghijrahan orang Jerman ke Amerika Syarikat, daging yang dimakan bersama dua roti belum wujud. Paling hampir pun adalah roti yang dimakan bersama dengan sosej.

Makanan yang serupa dengan bentuk burger moden hari ini dikatakan telah muncul pada tahun 1900 apabila seorang pelanggan telah memesan sesuatu yang boleh dinikmati dengan mudah. Restoran tersebut telah memberikan stik dan dua keping roti bakar kepada individu tersebut. Ketika itu, dia telah mengapit stik dengan dua roti dan terlahirlah makanan yang dipanggil sebagai burger.

Kisah ini dinafikan oleh sesetengah pihak kerana mereka mendakwa burger telah wujud lebih awal daripada tahun 1900. Ada juga mendakwa, burger tercipta secara tidak sengaja ketika dunia dilanda revolusi perindustrian. Para pekerja telah dihidangkan dengan stik murah tetapi sukar untuk dimakan ketika berdiri. Tukang masak nampak permasalahan ini dan terus selesaikannya dengan berikan dua keping roti untuk diapit dengan stik. Kisah ini juga tidak dapat dipastikan kesahihannya sehingga ke zaman sekarang.

Oleh sebab itu, terdapat begitu banyak kedai dan individu yang mendakwa mereka adalah pencipta burger. Apa-apapun burger secara rasmi telah diperkenalkan sebagai makanan Amerika Syarikat pada pameran 1904 St. Louis World’s Fair. Bermula dari situ, semakin banyak kedai berasaskan burger telah tertubuh seperti Mekdi dan BurgerKing. Mekdi boleh dikatakan antara kedai yang bertanggungjawab membawa burger ke serata dunia sehingga menjadi makanan kegemaran sejagat.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Di Malaysia pula, kita mula terdedah dengan burger setelah sebuah syarikat iaitu Ramly cuba memasuki pasaran baru. Hasilnya, burger semakin diterima oleh masyarakat dan boleh dibeli dengan harga yang cukup mula. Malah kita juga turut menghasilkan resepi burger sendiri seperti burger spesial, burger cili padi, burger ketam dan bermacam lagi.

Kepada anda semua, dah makan burger belum hari ini?


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Avey, T. (2021, Julai 27). Do you actually know where hamburgers originated? Parade. Dipetik daripada https://parade.com/61481/toriavey/where-did-hamburgers-originate/

Barksdale, N. (2014, Ogos 29). Where hamburgers began—and how they became an iconic American food. History. Dipetik daripada https://www.history.com/news/hamburger-helpers-the-history-of-americas-favorite-sandwich

Ofgang, E. (2021, Mei 28). Who invented the hamburger? Biting into the messy history of America’s iconic sandwich. The Washington Post. Dipetik daripada https://www.washingtonpost.com/food/2021/05/28/hamburger-origin-story/

What’s Cooking America. (n.d). History and legends of hamburgers. Dipetik daripada https://whatscookingamerica.net/history/hamburgerhistory.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply