Malaysia memasuki fasa baharu dalam usaha pembendungan koronavirus. Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengaktifkan semula ekonomi negara.

Dalam perutusan Hari Pekerja, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendedahkan negara kerugian sebanyak RM63 bilion kerana PKP (Povera, et al., 2020). Jika PKP dilanjutkan lagi, kerugian ini akan berlanjutan ke paras RM98 bilion.

Walaupun bukan semua bersetuju dengan pembukaan semula ekonomi (FMT, 2020), satu kesimpulan boleh dipersetujui: koronavirus telah mencetuskan masalah kewangan yang besar.

Dan barisan antara paling awal merasai tempiasnya ialah golongan peniaga. Disebabkan itulah Muhyiddin Yassin menggunakan nama Makcik Kiah dan Pak Salleh. Tetapi bukan jualan goreng pisang dan mi kolok saja yang terjejas.

Selain daripada Tawfik (https://thepatriots.asia/badai-ekonomi-yang-melanda-pemandu-grab/) dan Ally (https://thepatriots.asia/segmen-luahan-peniaga-b40-ally-dan-perniagaan-cuci-rumah/), seorang peniaga kek di Kulim turut merasai tempiasnya.

Nurul Nabila binti Abdul Rani merupakan seorang belia yang rajin berniaga. Nabila mempunyai kelulusan dalam kulinari melalui Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Anak ketiga dalam enam beradik ini masih dalam usia 25 tahun, tetapi Nabila sudah mempunyai pengalaman kerja dalam rantauan di Pahang.

Nabila berhenti kerja di Copthorne Hotel Cameron Highlands dengan kepercayaan dan keyakinan untuk berniaga sendiri.

Memandangkan asyik ulang membuat benda yang sama bersama Copthorne, Nabila ibaratkan berpengalaman melalui hasil kerja.

Direzekikan pula atas jasa baik sahabat karib ibundanya, Nabila diajar untuk mengambil alih perniagaan bahulu yang sedia ada.

Bermodalkan RM1,000, Nabila akhirnya meletakkan tapak pertama dalam empayar bahulunya. Bukan mudah untuk membuat langkah sedemikian. “Saya takdak ilmu(pemasaran) langsung,” katanya. “Networking saya tak ramai.”

Tetapi dibuka satu demi satu jalan sepanjang tiga tahun, akhirnya pada tahun 2020 mudah kata perniagaan Nabila mekar dengan rangkaian meluas dibantu ahli keluarga yang berniaga di Kuala Lumpur pun.

Bagaimana Koronavirus Menjadi Penghalang

Nabila sebenarnya berdepan dengan satu masalah dirasai industri pelancongan dan perhotelan. Tiada perniagaan boleh selesa dengan koronavirus, kerana keramaian ialah satu masalah.

PKP yang diisytiharkan telah memastikan hanya seorang sahaja boleh keluar (Astro Awani, 2020).

Sekalipun dilonggarkan kepada dua (Huda, 2020), ia masih lagi belum menyelesaikan masalah kerana ketidakyakinan umum untuk berbelanja masih lagi dalam pertikaian.

Perniagaan Nabila dalam kategori pemanis mulut paling terkesan oleh kerana garisan masa koronavirus.

Jika negara dilanda selepas Aidilfitri, mungkin kesannya tidak begitu rancak. Ini kerana kek dan bahulu paling banyak ditempah semasa tempoh Ramadan.

Kedai disewa Nabila terpaksa ditutup untuk menepati PKP. Dan Nabila sempat memindahkan perkakas penting untuk membuat kek dan bahulu ke rumah – tetapi itu pun tidak begitu mencukupi kerana banyak klien tetapnya berada di luar lingkungan 10 kilometer.

Burnt Cheesecake

Brownies

Dan alasan hantar makanan di luar 10 kilometer bagi Nabila mungkin tidak kukuh (Berita Harian, 2020).

Sekalipun kukuh, Nabila risau jika tidak lepas sekatan jalan sekaligus menghanguskan modal dan keuntungan. “Kalau kena patah balik, takkan kita nak minta pelanggan masih bayar? Jadi nak tak nak, terpaksa tolak semua order lebih 10 kilometer.”

Masa Depan  Dalam Norma Baharu

Selama ini Nabila menambahkan pendapatan dengan menyediakan nasi lemak untuk diletakkan di kedai-kedai serata Kulim setiap pagi.

Kebiasaannya kedai-kedai di tepi Stadium Keladi, lori Masjid al-Huda dan gerai makanan Kawasan Perindustrian akan jadi sasaran.

Tetapi dengan koronavirus, semuanya tergantung juga.

Nabila masih lagi menunggu proses bagi Bantuan Sara Hidup. “Jika ada rezeki, bolehlah buat modal untuk persediaan tempahan raya.”

Setakat ini pun Nabila sudahpun aktif membuka tempahan untuk bahulu.

Dan pada masa yang sama, Nabila sedang menyambung pengajiannya di peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Awam.

Kerana sudah lama menjadi cita-cita Nabila untuk belajar setinggi mungkin.

Bagi sesiapa yang ingin menempah kek-kek seperti (burnt cheesecake, pavlova, dsb.atau bahulu), boleh hubungi Nabila di +6013-209 5910

Dan sesiapa ingin berkongsi pengalaman semasa PKP (baik atau buruk), boleh hubungi saya di: https://www.facebook.com/ahmad.faezal.90

 

Rujukan:

Astro Awani. (2020, March 21). Hanya seorang sahaja boleh keluar rumah beli barangan. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hanya-seorang-sahaja-boleh-keluar-rumah-beli-barangan-234639

Berita Harian. (2020, April 4). COVID-19: Perlu ada alasan kukuh untuk perjalanan lebih 10km – KPN. Berita Harian Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672707/covid-19-perlu-ada-alasan-kukuh-untuk-perjalanan-lebih-10km-kpn

FMT. (2020, May 1). Najib disagrees with sudden easing of MCO. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/05/01/najib-disagrees-with-sudden-easing-of-businesses/

Huda, H. (2020, April 29). PKP fasa 4 benarkan satu keluarga keluar berdua. Sinar Harian. Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/81143/KHAS/Koronavirus/PKP-fasa-4-benarkan-satu-keluarga-keluar-berdua

Povera, A., et al. (2020, May 1). PM: Malaysia has suffered RM63 billion losses due to MCO. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/05/588982/pm-malaysia-has-suffered-rm63-billion-losses-due-mco

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.