Ada satu peribahasa Bahasa Inggeris iaitu “Achilles’ heel “ yang bermaksud kelemahan terbesar seseorang yang hebat sehingga menyebabkan kegagalan. Dari segi harfiahnya, makna peribahasa tersebut ialah “ tumit Achilles”. Tapi siapa Achilles dan kenapa tumit yang dikaitkan dengan kelemahan?

Siapa Achilles?

Achilles ialah seorang watak yang wujud dalam mitos tamadun Yunani sebagai seorang jeneral p3rang yang terhebat terutamanya dalam P3rang Troy (Trojan W4r). Dia merupakan anak kepada Peleus dan Thetis.

Peleus ialah seorang raja manusia di Myrmidons manakala Thetis ialah seorang dewi sungai. Ada ramalan yang mengatakan bahawa kehidupan Achilles akan menjadi sama ada ‘seorang yang hebat dalam p3rang dan terkorban’ ataupun ‘seorang yang hidup susah dan tidak dikenali ramai’.

Sebagai seorang mak yang hidup kekal abadi, dewi Thetis ingin mengelakkan anaknya daripada m4ti seperti dalam ramalan. Thetis telah merendamkan Achilles yang masih bayi ke dalam Sungai Sphynx, sebuah sungai yang terletak dalam dunia kem4tian (Underworld) supaya Achilles akan menjadi kebal seluruh badan.

Thetis rendam seluruh badan Achilles kecuali hanya satu bahagian iaitu tumit kirinya sebab dia memegang tumit kiri Achilles sewaktu merendamnya. Oleh sebab itu, seluruh badan Achilles adalah kebal kecuali tumit kiri, kelemahan terbesarnya yang akan mengakibatkan kem4tiannya.

Trojan W4r

Dalam Trojan W4r, kerajaan Greece telah berp3rang dengan kerjaan Troy.  Achilles mengetuai salah satu pasukan tentera Greece dalam p3rang tersebut. Kehebatan dan kekebalan Achilles membuatkan setiap siri pep3rangan Troy selama 10 tahun yang disertainya memberi kemenangan kepada pasukan tenteranya. Tiada siapa yang dapat kalahkannya.

Namun pada satu ketika, kawan baik Achilles, Patroclus telah dibvnuh oleh Hector, pahlawan terulung Troy. Kejadian tersebut telah menyebabkan Achilles mengamuk dan bertindak kejam dengan semua tentera Troy sampailah dia berjaya jumpa Hector dan membvnuhnya.

Ini menyebabkan adik Hector yang penakut, Paris berdendam dengan Achilles. Dengan bantuan daripada dewa Apollo, Paris berjaya untuk membvnuh Achilles dengan memanah tepat pada tumit kirinya semasa dia berada di dalam kota Troy.

Oleh itu, daripada kisah tersebut muncullah peribahasa “Achilles’ heel” yang menggambarkan kelemahan terbesar seseorang yang kuat.

Artikel dikirimkan oleh Ajmal Mustafa untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.