Dalam hidup ini semestinya kita akan berasa bulu roma tegak berdiri. Pada waktu itu mesti macam-macam bermain dalam fikiran. Ada banyak perkara boleh berlaku yang menyebabkan bulu roma meremang pacak. Mungkin ada penampakan hantu.

Mungkin juga kerana terlalu sejuk. Ataupun bagi sesetengah wanita, mereka terserempak dengan penulis Helmi Effendy.

Senang kata. Banyak sebab.

Namun pernah tidak kita fikir secara saintifik kenapa bulu roma meremang?

Bukan kalian saja. Charles Darwin pun pernah berfikir juga semasa menulis tentang teori evolusi. Darwin pernah membuat penyiasatannya sendiri. Beliau menggunakan ular palsu untuk menakutkan haiwan.

Dan kesimpulan beliau perolehi tentang bulu roma meremang ialah, manusia pernah mempunyai perkaitan dengan haiwan (Cole, 2015). Sama ada kesimpulannya betul atau tidak, itu tidak penting.

Banyak dapatan saintifik terdahulu telah dibetulkan atau ditambah baik. Apatah lagi dapatan daripada seseorang yang telahpun pergi buat selamanya sejak 138 tahun dahulu.

Bagi haiwan bulu yang lebat akan memerangkapkan haba untuk memanaskan badan. Bulu mereka juga boleh kembang (meremang) untuk melawan pem4ngsa.

Sebab itu semasa haiwan bergaduh, antara kucing pun, bulu mereka akan terpacak tegak untuk menampakkan diri lebih besar. Haiwan bergantung kepada saiz baru ini sebagai elemen takut-menakutkan.

Namun manusia mempunyai biologi berlainan. Dalam topik ini, manusia mempunyai dua jenis: berbulu lebat dan berbulu nipis.

Manusia tidak mampu memanaskan badan seperti beruk atau beruang dengan menggunakan bulu. Tetapi apabila takut dan sejuk, bulu roma tetap memainkan peranan.

Sudut Saintifik

Dalam sebuah kajian dibuat Universiti Harvard, para saintis mungkin telah menemui punca berlakunya remangan bulu roma.

Sel-sel yang menyebabkan proses ini sebenarnya sedang menumbuhkan semula  (regenerate) organ penghasilan (folikel) bulu dan juga bulu itu sendiri.

Di bawah lapisan kulit, otot yang mengecut sedang menghubungkan saraf dengan sel folikel itu sendiri.

Jadi mereka memberikan tindakbalas terhadap kesejukan (dengan cara meremangkan bulu) dan juga menghidupkan proses untuk jana semula bulu (Harvard, 2020).

Tindakbalas Terhadap Persekitaran

Dalam sistem saraf, terdapat satu jenis yang dinamakan sistem saraf simpatetik. Ia mengawal tindakbalas badan terhadap rangsangan luar dengan perhubungan bersama otot licin yang kecil bernama mesenchyme.

Otot ini pula berhubung dengan folikel yang penting untuk menumbuhkan semula bulu dan merawat lvka.

Hubungan antara saraf simpatetik dan otot inilah yang memberikan asas untuk berlakunya remangan bulu roma.

Suasana sejuk mencetuskan neuron untuk hantar isyarat saraf. Dan otot kemudiannya mengecut, secara langsung menyebabkan bulu roma terpacak.

Hanya selepas para saintis Harvard melihat kulit menggunakan mikroskop elektron, barulah mereka nampak fungsi saraf simpatetik di sebalik kejadian ini.

Meremang Bila Tidak Sejuk Pun

Remangan dalam situasi selain kesejukan berpunca daripada emosi melampau.

Filem yang mempunyai adegan sangat menggembirakan boleh mencetuskan remangan. Begitu juga dengan peminat-peminat lagu apabila didendangkan mahakarya bersesuaian dengan jiwa.

Jadi dengan jelas sejuk saja tidak mencetuskan tindakbalas ini. Ia merupakan tindakbalas semulajadi yang jauh lebih rumit.

Apabila berada dalam ketakutan melampau misalnya, bulu roma pun berdiri akibat rangsangan dalaman yang juga menghamburkan peluh dan menaikkan kadar denyutan jantung.

Dan perasaan di sebalik emosi melampau ini juga boleh dipengaruhi kerana fikiran, pendengaran, penglihatan, bau dan sentuhan.

Dan sebab itulah sesetengah perempuan meremang bila melihat Helmi Effendy.

RUJUKAN:

Cirino, E. (2018, September 29). Why do we get goosebumps? Health Line. Retrieved from https://www.healthline.com/health/goosebumps-on-skin

Harvard University. (2020, Julai 20). The hair-raising reason for goosebumps. Science Daily. Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2020/07/200720112325.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.