Srikandi tertarik dengan dua perenggan ini – yang ditulis oleh orang yang bukan dari kedua-dua kumpulan politik terbesar negara kita, sebab ia membawa banyak isu tersirat:

“Many PH supporters are not aware of this, but the incoming PH government cancelled the RM300 monthly allowance paid out to 70,000 traditional fishermen in June 2018. The rubber price subsidy scheme that kicked in when scrap rubber price dropped below RM2.20 per kilogram was also stopped from June to December 2018. This scheme transferred cash to the accounts of 180,000 rubber smallholders with less than five acres of rubber land whenever the price of scrap rubber dropped below RM2.20.

The reason given for the suspension of these two programmes was that the government did not have enough money. Yet, at the same time, the government settled Goods and Services Tax and income tax refunds amounting to about RM37bn by arranging a special RM30bn dividend payment from Petronas. It is right that these refunds were paid out, but at a time when programmes for the bottom 20% of Malays were being stopped? Was that wise? Did they believe civil servants would not notice the cessation of aid to this segment of the Malays?”

(Dr Jeyakumar Devaraj, rujuk: https://aliran.com/aliran-csi/pakatan-harapan-debacle-a-clash-of-narratives/ )


Saya ada menonton satu video pemimpin kerajaan sebelum ini yang mengatakan kononnya semasa mereka mentadbir, tiada berlaku politik perkauman atau menindas satu-satu kaum. Ini semua bullshit sebab perkauman dan diskriminasi itu dikenakan kepada hanya satu kaum – Melayu, secara halus malah terang-terangan juga.

Bezanya, kebanyakan orang Melayu terutama yang muda-muda yang perasan ‘urban’ masih menjadi ‘majoriti senyap’. Mereka tidak kuat bersuara bagi pihak golongan miskin di luar bandar yang dibuli pentadbiran kerajaan secara diskriminasi perkauman. Ini ditambah pula semua menteri Melayu, juga ahli parlimen Melayu dalam kerajaan juga membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut dengan keluhan para petani, nelayan dan masyarakat luar bandar yang membentuk populasi besar akar umbi orang Melayu.

Ini ditambah lagi, tiada ahli parlimen atau wakil rakyat bukan Melayu dalam kerajaan terutama dari D4P bersuara bagi para petani, nelayan dan orang kampung Melayu ini, namun jika pemimpin Melayu sendiri dalam kerajaan hanya mendiamkan diri, masakan kita nak mengharapkan orang lain membela nasib orang Melayu marhaen ini?

Kenyataan Dr. Jeyakumar ini pun hanya keluar setelah mengulas kegagalan kerajaan lepas. Hanya nak tunjukkan ‘bedah siasat’ bagaimana kerajaan lepas gagal kerana mengamalkan dasar perkauman secara terancang kepada orang Melayu.

Suara orang Melayu marhaen tadi juga selain tidak disambut para pemimpin Melayu dan bukan Melayu, ia teruk didiskriminasi oleh media dan portal. Namun, jika ada perkara negatif berkaitan orang Melayu, ia segera dinaikkan ke media dan portal dan ditularkan.

Maka ia seolah-olah memberi mesej kepada para pemimpin Melayu dan bukan Melayu itu bahawa – orang Melayu tidak bersuara dan selesa ditindas dan itu bukan perkauman. Jika orang bukan Melayu bersuara atas kepentingannya yang diganggu, maka ia disambut oleh wakil rakyat D4P terutamanya dan diwar-warkan oleh media. Jika orang Melayu bersuara, ia dicop rasis dan pemalas.

Dasar-dasar diskriminasi ekonomi termasuk percubaan menjahanamkan aset-aset orang Melayu/muslim seperti Tabung Haji mirip sekali dengan dasar diskriminasi ekonomi oleh penjajah British. Ini kerana kamu dan kamu, walau banyak umpama buih-buih di lautan, jika mundur ekonomi, maka kalian mudah ditekan dan dijajah.

Anak-anak kalian sukar untuk akses kepada pendidikan yang terbaik. Kemunduran ekonomi juga berkadar langsung dengan jenayah dan ketidakstabilan rumahtangga. Pendapatan isi rumah setiap kalian adalah penting – ia adalah simbol kepada kesejahteraan ekonomi masyarakat dan negara.

Maka dengan tertutupnya suara orang Melayu secara begini:

1) Generasi muda Melayu menjadi majoriti senyap
2) Pemimpin Melayu senyap
3) Pemimpin bukan Melayu senyap dan memilih isu
4) Media dan portal tidak melaporkan masalah dan isu-isu berkaitan orang Melayu

…maka para pemimpin Melayu yang bebal di atas, seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku di bawah.

Bagaimana untuk melawan penjajahan dan penindasan begini? BERSUARA.

Oleh kerana orang Melayu masih memegang majoriti populasi dalam negara, sepatutnya suara kalian lebih kuat. Di zaman internet, sepatutnya kalian lebih berkuasa. Jangan malu jangan segan. Gunakan media sosial kalian – fesbuk, twitter dan lain-lain sebagai senjata untuk bersuara.

Lawan penindasan secara halus dan terancang ini. Jika kalian bersatu, kita tidak lagi bergantung harap kepada para pemimpin Melayu yang pengecut ini lagi. Kita sendiri boleh berdiri membela nasib kita sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.