Benda ni antara soalan yang menarik tentang sejarah teknologi tamadun dunia. Sepanyol waktu tu dah jadi antara kuasa besar dunia, dan Aztec pun dikira sebagai kuasa besar di kawasan Mesoamerika. Tapi, teknologi Aztec masih sangkut teknologi zaman Gangsa padahal teknologi zaman Gangsa ni teknologi zaman 3000 – 4000 tahun dulu?

Benda ni sebab benua Amerika tak ada benda benda yang ada di Dunia Lama, yang membenarkan teknologi berkembang. Antara benda tersebut ialah kuda. Jadi mungkin pelik lah, kenapa kuda boleh buat teknologi berkembang? Macam ni ceritanya.

Masa zaman Gangsa dulu, ekonomi cuma berkembang di sekitar dia je. Bila lama lama tu baru muncul idea nak berdagang ke tamadun lain, tapi diorang nak bawak guna apa? Maka muncul lah idea bawak guna kuda. Tapi tu je tak cukup. Nak angkut benda benda ni guna apa Macam mana nak bawak peti tu dan macam mana kuda tu nak tarik?

Lepas tu terciptalah roda, teknologi paling penting dalam sejarah manusia. Daripada roda ni, maka kita boleh bawa barang dagangan jauh ke merata tempat dan bila pedagang ni sampai ke tamadun lain yang ada teknologi tersendiri, diorang bawak balik teknologi tu ke kampung diorang.

Disebabkan benda ni lah sains dan teknologi berkembang, sebab ada pertukaran teknologi daripada tamadun lain lain. Kita ambil contoh lain, serbuk api. Tamadun China yang jumpa dulu serbuk api, tapi serbuk api mula digunakan secara matang bila sampai ke Barat sebab diorang ada teknologi sesuai untuk benda tu.

Ni antara sebab kenapa tamadun Aztec mundur 3000 – 4000 tahun berbanding Sepanyol. Sebab benua Amerika takde kuda, jadi macam mana diorang nak dagang jauh jauh? Paling paling pun llama dan alpaca je, tapi deme dua ni lebih kepada unta berbanding kuda. Disebabkan kuda tak wujud, teknologi roda tak dapat dimanfaatkan dan teknologi diorang pun tersangkut tahap zaman Gangsa je.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply