Sama seperti isu Perang Syria, isu Saudi-Qatar juga memecah-belahkan masyarakat kita.

Sebabnya orang kita cenderung untuk take side dalam apa-apa saja isu. Dibelenggu mentaliti hitam-putih: Kalau si A salah (hitam), mesti si B betul (putih). Tiada grey area.

Dalam bulan Ramadan yang sepatutnya sabar dan menjaga kata-kata, kejap ada ustaz A melabel ustaz B sebagai barua Saudi, kejap lagi ustaz B membalas balik kata ustaz A sebagai pengampu Qatar. Serabut tengok. Masing-masing terlalu ghairah dalam mempertahankan pendirian.

Kalau Saudi dan Qatar berbaik semula, apa yang mereka akan buat? Adakah mereka akan salam bermaafan dan menarik balik kata-kata kesat? Atau buat dek saja dan bergaduh pasal isu lain pula?

Isu-isu politik antarabangsa dan geopolitik harus diteliti melalui kerangka kuasa dan kepentingan. Hubungan antara negara sentiasa berubah. Namun perubahan tetap berpaksikan kepada prinsip kuasa.

Pengganas hanya alasan. Ikhwanul Muslimin dan Hamas hanya smokescreen. Saudi dan Qatar dua kali lima saja. Masing-masing mahukan kuasa dan pengaruh yang lebih.

Qatar berperanan dalam Arab Spring, Saudi pun ada peranan dalam Arab Spring. Kedua-dua terlibat dalam Perang Syria [1]. Saudi baik dengan Israel, Qatar pun ada hubungan dengan Israel [2]. Qatar mempunyai pengkalan tentera udara Amerika yang paling besar di Timur Tengah (Al-Udeid), jadi mana mungkin Qatar digolongkan dalam kem anti-Zionis [3].

Qatar menaja Ikhwanul Muslimin dan Hamas bukan untuk kerja amal, tetapi untuk meningkatkan kuasa dan pengaruh dalam menghadapi Saudi. Kemenangan Ikhwan di Mesir semasa Tahun 2012 merupakan kemenangan bagi Qatar. Dasar luar Qatar yang berbaik-baik dengan semua kuasa serantau (Amerika, Rusia, Iran, Turki) adalah strategi multi-alignment untuk meningkatkan leverage diplomasi Qatar.

Ini belum mengambil kira lagi politik kabilah antara kerabat Qatar (Bani Al-Thani) yang berasal dari Bani Tamim dan kerabat Saudi, Kuwait dan Bahrain yang berasal dari Bani ‘Anaza.

Demi kuasa, musuh yang berbeza ideologi boleh bekerjasama, saudara seakidah pula boleh bermusuhan.

Cuba tengok gambar di bawah. Iran dan Saudi boleh saja shake hand (Tahun 2012 – antara Raja Abdullah dan Presiden Ahmadinejad), Qatar dan Israel pun pernah shake hand (Tahun 2008 – antara Menteri Luar Livni dan Sheikh Hamad bin Jassem). Adakah ketika itu Iran tak se-Syiah sekarang? Atau Qatar sekarang dah insof daripada hubungannya dengan Israel?

Tidak. Yang berubah hanyalah power balance di antara mereka.

Hubungan Saudi dan Qatar adalah pesaing, jadi mereka akan eksploit apa saja peluang yang ada. Kalau Qatar dah tak berbaik dengan Israel, maka Saudi akan berbaik dengan Israel. Kalau Saudi berbaik dengan Fatah, maka Qatar akan berbaik dengan Hamas. Kalau Qatar baik dengan Ikhwan, maka Saudi akan berbaik dengan Sisi.

Kali ini, Saudi cuba checkmate Qatar dengan restu Trump. Bagi Qatar, enta ada Al-Amrika, ana ada Ar-Rusiya. Kun anta tazdada jamala.

Cuma, Rusia bukanlah jenis yang knee jerk. Rusia tidak mahu terjebak dengan permainan Arab yang tak habis-habis ini, sekadar menjadi penimbang tara [3].

Jadi, kita tak perlu take side dalam perbalahan ini. Tak perlu mengangkat Saudi atau Qatar sebagai hero. Sokongan Qatar terhadap Ikhwan dan Hamas tidak menjadikan Qatar lebih mulia. Retorik Saudi yang anti-Syiah pun tidak dapat menafikan aspek pragmatisme dalam dasar luar Saudi.

Bukan bermaksud kalau kita tak take side maka kita tak bersolidariti bersama rakyat Palestin dan Hamas. Cuma kita tak perlulah mengikut rentak Bani Al-Saud dan Bani Al-Thani dalam hal ini.

Nak berkongsi berita pun kena berhati-hati. Al-Jazeera adalah lidah rasmi Qatar. Al-Arabiya, Arab News, Asharq al-Awsat, The National dan Khaleej Times mestilah akan memburuk-burukkan Qatar kerana mereka adalah media milikan Saudi dan UAE.

Kemelut Saudi-Qatar bukan cerita Bawang Merah Bawang Putih, bukannya Saudi hitam maka Qatar putih, atau Qatar hitam Saudi putih.

Lebih afdal kita mendoakan kesejahteraan rakyat Qatar dan rakyat Malaysia yang berada di sana. Kalau yang jahat sikit, buat rileks saja anggap tonton drama sambil kunyah popcorn.

Tulisan lepas mengenai isu Qatar:
(1) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206960962302155&set=a.1494100212092.57754.1821685114&type=3
(2) https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10206967369222324&set=a.1494100212092.57754.1821685114&type=3

Apa yang mahu diulas telah pun diulas. Sekarang cuma tunggu dan lihat.

Nota kaki:
[1] Qatar dipercayai menyokong Jabhat Al-Nusra manakala Saudi menyokong Jabhat Al-Islamiyyah.

[2] Sebelum perang Gaza Tahun 2008-2009 (Operation Cast Lead), Qatar adalah satu-satunya negara Teluk Parsi yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel, hubungan yang didirikan sejak tahun 1996. Qatar dan Israel masih berkomunikasi selepas itu walaupun hubungan perdagangan putus. Selepas Perang Gaza 2014 (Operation Protective Edge), Qatar turut menjadi penimbang tara antara Israel dan Gaza dan bercadang untuk membina paip gas dari Israel ke Gaza.

[3] Kenyataan Sergei Lavrov, Menteri Luar Rusia pada 9 Jun 2017.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply