Bernie Sanders tarik diri daripada pemilihan presiden US tahun 2020, so Joe Biden akan jadi calon Democrat lawan Trump (Republican) 3 November 2020 nanti (kalau masih on dan COVID dah reda).

Sebenarnya Bernie masih ada harapan lagi, tak besar pun gap antara dia dan Biden. Biden punya bilangan delegate vote ada dalam 1217, Bernie 914. Masih boleh kejar selagi tak capai 1991. Tapi kenapa dia tarik diri awal?

Sebab setakat ini, dia kalah kepada Biden di semua negeri atas pagar (swing states), terutamanya Michigan (10 Mac) dan Florida (17 Mac).

Basically “majlis tertinggi” parti Democrat tak akan calonkan seseorang yang tak mampu menang negeri-negeri ini even di peringkat parti, sebab negeri-negeri ni adalah kunci untuk menang semasa November nanti.

Sistem pemilihan presiden US ni bergantung kepada siapa yang menang paling banyak “electoral vote”, bukan bilangan negeri atau jumlah pengundi.

Setiap negeri membawa bilangan electoral vote yang tertentu yang akan diberikan kepada calon yang dapat majoriti di situ. Contoh macam kalau Biden menang California, dia akan dapat 55 electoral votes. Kalau menang New York, dapat 29 votes lagi. Bila dicampur-campurkan, siapa yang dapat majoriti (270 daripada 538) akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Jadi walaupun pada tahun 2016 Trump punya popular vote hanya 46% (63 juta pengundi), lebih sikit daripada Hillary Clinton (48% atau 66 juta pengundi), Trump tetap menang dengan jumlah electoral votes sebanyak 304 berbanding Clinton punya 227.

Basically negeri macam Texas dan Oklahoma akan sentiasa undi Republican, manakala negeri macam California dan New York akan sentiasa undi Democrat. Yang undi Republican ni dipanggil “Red States” (merah = lambang Republican) manakala negeri tegar sokong Democrat ni “Blue States” (biru = lambang Democrat).

Red States dan Blue States ni masing-masing ada dalam 200 electoral votes, so nak capai magical number 270, kena merebut “swing states” macam Florida (undi Republican tahun 2000, 2004, undi Democrat tahun 2008, 2012, undi Republican 2016) dan Ohio (undi Republican tahun 2000, 2004, undi Democrat tahun 2008, 2012, undi Republican 2016).

Trump boleh menang sebab berjaya rampas 6 swing states daripada Democrat: Florida, Ohio, Pennsylvania, Michigan, Iowa dan Wisconsin. Negeri-negeri ni membawa 99 undi, membolehkan Trump menang selesa dengan perbezaan electoral votes sebanyak 77.

Bernie walaupun popular di Internet dan di kalangan orang muda, tapi voter base dia terbatas kepada Blue States yang memang dah liberal dan progresif. Menang Blue States saja tak cukup untuk menang pemilihan presiden, dan Bernie tak mampu nak menang ke atas Biden di swing states di peringkat parti, macam mana dia nak menang semasa November nanti?

So dari segi pertimbangan strategi, memang Democrat tak akan consider Bernie, bukan sebab Bernie anti-establishment ke apa, tapi sebab Bernie tidak mempunyai wide appeal. 60% Blacks tak suka dia. 70% orang berumur 45 tahun ke atas tak suka dia. Susah nak menang pilihanraya macam ni.

Ramai kata kalau Biden jadi calon, Trump akan menang lagi dengan selesa. Memang nampaknya begitu. Dari segi umur Biden (77) lagi tua daripada Trump (73). Idea tak ada, hanya brag pasal pengalaman sebagai naib presiden pada zaman Obama. Karisma kurang, berucap berterabur. Kecuali orang kat swing state ni memang bengang sangat kat Trump, baru Biden ada chance.

Tapi kemungkinan tu bukan tak ada, especially since krisis COVID, Trump punya cara handle krisis dikecam dalam dan luar. A day is too long in politics, dalam masa 7 bulan ni macam-macam boleh terjadi sehingga memterbalikkan Fortuna antara Biden dan Trump.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.